script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Selepas Wartawan, 'Blogger' Cucumatkilau Pula Telah Di Halau Keluar Dari Majlis MB Pahang

KUANTAN, 9 April - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob agaknya?. Sebelum ini, beliau bertindak menghalau wartawan akhbar Cina ketika dia hadir untuk merasmikan satu pesta buku di sebuah hotel dekat sini. Namun hari ini beliau bertindak drastik dengan menghalau dan melarang pula blogger Cucumatkilau (foto) dari berada dalam Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau di Annexe Rest House petang tadi. "Wartawan China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan yang lain semua boleh ada sini. Tapi blogger saya tak benarkan. Kalau CMK (blogger cucumatkilau) ada saya tak akan mulakan majlis hari ini", kata MB Pahang dihadapan lebih 30 orang penduduk Cameron Highland yang hadir. Program yang sepatutnya diadakan di Pejabat MB di Wisma Sri Pahang itu telah ditukarkan di saat-saat akhir ke lokasi berkenaan. Sementara itu, blogger Cucumatkilau ketika dihubungi menyatakan sungguh terkejut dengan tindakan MB Pahang itu. "Saya hadir untuk mendapatkan maklumat dan berita pertemuan khas beliau dengan penduduk Cameron Highland. Malah saya rasa sebagai salah seorang blogger (media baru) saya layak untuk mendengar majlis dialog berkenaan. Tambahan pula saya dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur iaitu Suresh Kumar (Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Cameron Hihgland)", kata CMK. Tindakan MB Pahang itu jelas sekali menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat menerusi media baru sebenarnya. "Saya diarahkan oleh pihak polis (SB) agar tidak memasuki dewan selepas jamuan makan atas arahan MB. Mujurlah saya tidak tergamak menimbulkan kekecohan dan mengikut arahan beliau, demi memberi ruang kepada para penduduk Cameron Hihgland berdialog denganya dalam beberapa isu yang mereka bangkitkan. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Adnan Yaakob kerana tidak membenarkan saya membuat liputan majlis yang diadakan secara terbuka itu. Jika ia diadakan secara tertutup di pejabat beliau, mungkin menjadi kesalahan jika saya masuk. Tapi tempat itu terbuka dan ramai lagi orang awam yang turut berada di situ sebenarnya", kata blogger terbabit lagi.

[Apa yang berlaku kepada blogger terbabit adalah satu lagi episod malang buang masa depan MB Pahang sebenarnya. Selama ini sudah berulang kali beliau mewar-warkan nama blogger terbabit kepada umum, bagi menunjukkan betapa marahnya kepada beliau atas banyak pendedahan panas yang dia lakukan terhadap isu-isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Pahang. MB Pahang nampaknya semakin gusar dengan media baru yang dimonopoli oleh blogger-blogger pro rakyat terutamanta yang melibatkan beliau. Akibat ketakutan inilah yang menyebabkan MB Pahang akhirnya sanggup bertindak menghalau dan tidak membenarkan dia hadir dalam mana-mana program Kerajaan Negeri Pahang. Apapun, ia satu petanda jelas yang blogger kini semakin diberi penghormatan tinggi oleh pemimpin politik termasuk MB Pahang sendiri. Jika dulu blogger hanyalah satu kerja sukarela, namun dengan tindakan MB ini ia membuktikan pengaruh blogger dan media baru bakal menggugat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.