
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang memulakan provokasi hingga menyebabkan berlaku keganasan pada Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Malah, dalam insiden kereta polis langgar peserta di hadapan Komplek Sogo juga ia menimbulkan kemusykilan, kerana ada individu "misteri" dipercayai memulakan adengan ini. Cuba lihat pada gambar-gambar yang disiarkan ini. Ini analisa tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam kes cermin kereta polis di serang itu. Apa yang penting di sini ialah tiada polis yang memandu kereta peronda di dunia ini yang memakai "helmet" mat motor sebagai status seorang polis. Dalam kes ini kemungkinan besar ada dua orang "provokator" yang menjadi pelakon "stuntman" untuk membuat adengan "lagak ngeri" terbabit. Buktinya, cuba lihat pada bulatan merah, di mana ada seorang lelaki yang sudah bersiap sedia untuk menyerang kereta polis tersebut. Nampaknya seperti beliau ditugaskan untuk menghentakkan batu ke cermin kereta polis berkenaan. Keduanya, sila lihat pada bulatan biru di mana pemandu "stuntman" ditugaskan memandu ke lokasi tersebut sambil bersedia menunggu cermin keretanya dipecahkan. Mungkin dek kerana itu sejak awal-awal lagi beliau sudah memakai topi keledar untuk melindungi dirinyer dari serpihan kaca akibat hentakan itu. Kesan daripada insiden tersebut makanya, si pemandu di dapati dengan sengaja merempuh orang ramai yang berada di situ. Ia bagi menampakkan "keganasan" kepada peserta himpunan Bersih 3.0 agaknya. Dek kerana itu orang ramai terpaksa membelasah "lelaki yang memakai helmet", sebaliknya membantu pegawai polis yang tersepit di dalam kereta yang terbabas itu. Apapun, ini hanyala analisa sahaja berdasarkan bukti gambar-gambar ini.


[Berdasarkan gambar dan adengan ini maka hanya pembaca sahaja yang boleh mengesahkan semua ini. Apa yang kami dedahkan ini hanyala analisa atas kejadian tersebut dan berdasarkan kepada maklumat beberapa orang saksi yang ditemui di lokasi kejadian berkenaan. Apapun, kini banyak yang menjadi tanda tanya dalam hal ini. Media arus perdana terus memainkan isu kononnya peserta bertindak ganas, namun kini banyak bukti-bukti yang diperolehi mengesahkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mungkin telah diupah dan dibayar untuk melakukan provokasi ini sebenarnya. Biarlah rakyat menilai dan membuat tafsiran sendiri terhadap pendedahan ini. Kami akan paparkan lebih banyak bukti sebagai rujukan dan hebahan untuk mereka yang musykil dengan kejadian tersebut. Maka, fikirkanlah!].






polisi & pelaksanaan adalah dua unit berbeza. kuasa eksekutif mengistiharkan perang & operasi adalah tanggungjawab jeneral. mengapa pihak penganjur tidak mendapat khidmat nasihat dari jeneral2 bersara samada dari atm atau pdrm yg pro-bersih. mereka adalah pakar dlm bidang itu...strategi & intip-mengintip pihak lawan adalah ciri2 penting. mereka ini mesti ada anak2 buah yg masih berkhidmat (bukan semua pro bn) & bersedia memberi maklumat.
BalasPadamSEMUA NI NGARUT JE BELAKA...
BalasPadamsemua terjadi adalah provokasi pihak polis dan umno. peserta bersih tetap bersih. hahahaha.....putiuhhh...lancauuu...
BalasPadamdari awal lagi aku dah pelik sebab KDN beri laluan kepada BERSIH 3.0 untuk berhimpun kali ini,tidak seperti sebelum ini..rupanya ramalan ku benar belaka,beri kebenaran sebab ada udang disebalik mee..
BalasPadamdorang sudah rancang untuk buat provokasi..lihat sekarang media pro BN sudah hentam habis-habisan..orang-orang kampung yang tidak ada internet akan percaya 100% apa yang dilaporkan media pro BN..
BalasPadampadan muka hampa melayu spesis bodoh bengap....
BalasPadambangsa lain cerdik hampa bodoh tahap master..
Kah...kah...kah....
"jahat2" betul abg2 polis yg muka2nya semua muka melayu tu ye. gamaknya dorang sume takde agama kot. abg polis tu sume tak kesian langsung dgn bebudak yg tengah galak nk buat rempuhan muktamad lawan umno/bn kononnya. ada 2 perkara aku konfius pasal ni.
BalasPadam1. kalau pakatan dpt mandat jd kerajaan, polis2 yg ada kt seluruh negara nk dipencenkan atau tidak. sebab dorang ni semua dh dilatih jd "jahat". kalau terus dipelihara, takut2 esok makan tuan pulak.
2. masa adegan polis tendang pendemo, pendemo tendang polis tu, dalam hati ada apa ye. tak terpikir ke aku ni tengah membelasah org yg seagama dgn aku. kalau polis tu jahat, pendemopun jahat jugak ke.
so, dalam masa terdekat ni, kalau ada adik sapa2 yg kena rogol ke, rumah masuk perompak ke, sedara mara kena colek ke, tak payah repot polis. polis sume "jahat". selesai sendiri.
aku malas nk bgtau sapa yg bodoh bangang jd pengikut kafir, balun bangsa seagama sendiri supaya kaum seagama lingkup. lu pikir la sendiri.. sejarah melaka dh kembali.
Apa susah. kalu ada kena rogol ke, samun ke, rompak ke, bunuh kecolek ke dan sebagainya, pi lah jumpa ambiga ngan anuar. Ambiga kan loyar, anuar pulak tokey keadilan, baru adil hahahahaha.....lancauuuu...
BalasPadamMamat tu memang dah lama tgh benggang ngan polis sbb asyik keluar masuk lokap je. Masuk lokap asyik kena belasah ngan polis. Tu pasalah nak balas dendam hahahahaha......
BalasPadamJangan asyik tunjuk salah orang... salah sendiri ada nampak kah abang...
BalasPadamNAK BRITAU YANG MASIH TAK RETI DAN TAK BOLEH BERFIKIR. PERANGAI MELAYU YG DOK ROSAK MELAYU PUAK PUAK UMNO LAH. BERCAKAP, MENGHINA , MENGAMPU SPESIS DARI UMNO JUGAK. BANGSA ASING MACAM AMBIGA YG NAK SELAMAT ORG DARI KEZALIMAN MELAYU DIA BERANI, PATUT DI PUJI, SEBAB MELAYU LAH MANGSA TERBANYAK. JADILAH DOK MENGUTUK CARI LAH KERJA YG MEMBINA MASYARAKAT. UMNO DAH MEREPUT.
BalasPadamPerusuh pukul polis macam mahu membunuh - Saksi
BalasPadamKUALA LUMPUR 30 April - Atas dasar kemanusiaan, jurukamera TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh mengetepikan keselamatan diri dan membantu seorang anggota polis yang diserang sekumpulan peserta perhimpunan pada Sabtu lepas.
Akibatnya beliau sendiri menjadi mangsa serangan kumpulan “pengganas"
terbabit sehingga terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur dengan 15 jahitan di kepala, selain lebam di beberapa bahagian badan.
Menceritakan pengalamannya kepada Bernama, di sini hari ini, Mohd Azri berkata, beliau sedang membuat liputan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 4 petang apabila melihat peserta perhimpunan membaling pelbagai objek ke arah sebuah kereta polis.
"Mereka baling macam-macam termasuk batu menyebabkan kereta terbabas dan langgar tembok Sogo. Mereka kemudian serbu kereta itu dan menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut.
"Mereka serang bertubi-tubi. Saya tengok anggota polis itu sudah pengsan jadi saya datang untuk leraikan sebab saya takut mereka akan terus pukul sampai dia mati," katanya.
Akibat tindakannya itu, kumpulan perusuh terbabit menyerang dan memukulnya bertalu-talu sekalipun beliau sudah terjatuh termasuk ada yang menggunakan topi keledar.
Mohd Azri berkata beliau akan membuat laporan polis selepas ini dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
Ini kerana katanya, rakaman wajah individu berkenaan berjaya diperolehinya.
Mohd Azri juga berkata kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi liputan terbaik dalam sebarang situasi termasuk ketika keganasan pada hari berkenaan.
http://www.youtube.com/watch?v=tpB48DZjvtI&feature=youtu.be
BalasPadamjawab PDO kalau berani? Wakakaka... Aku nak saman PDO atas menimbulkan fitnah terhadap pemalsuan cerita dan menimbulkan fitnah... berapa nak saman? RM30 juta kowt... takper2 aku dah save dah artikel nie... wait n see
kemungkinan x boleh diterima dalam perkara2 macam ni.berikan bukti.betul2 pasti baru boleh percaya..
BalasPadamsiapa perasan sorg dari peserta bersih memakai tutup hidung, pakai baju bersih, glove putih,topi, dan cermin mata gelap, memegang kayu, dia adalah seorang anggota polis yang diupah untuk mendatangkan provokasi. sedangkan peserta bersih tidak dibenarkan membawa sebarang jenis benda berbahaya. dah lah glove tu glove polis. bodoh betul. gambar dia ada dlm banyak akhbar antaranya berita mingguan 29 april.. wahai manusia ko jawap la kat akhirat nanti!
BalasPadam