script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Adik MB 'Bekas Chairman IAEA' Pada 2010, Apakah Wajar Rakyat Percaya Kepada Agensi Itu !

Orang ramai kini wajar mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) yang membuat dakawan kononnya pengawasan sebarang standard keselamatan bagi projek nadir bumi Lynas di Gebeng, perlu dilakukan oleh badan yang dipercayai orang ramai iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Katanya, "Kesihatan dan keselamatan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan," kata beliau dalam wawancara 90 minit, "Chat Time With Najib" yang disiarkan secara langsung di NTV7 malam semalam. Malah Najib dengan bangganya mengatakan Lynas telah mematuhi piawaian yang diperlukan untuk projek berkenaan, walaupun Jawatankuasa Eropah mengenai Risiko Radiasi (ECRR) menyatakan mengenai kesan pengekalan torium dalam tubuh manusia namun IAEA katanya bertanggungjawab memantau projek ini akan melihat bahawa standard sentiasa ketat, untuk memberi keyakinan kepada rakyat. "Kita juga perlu memberi jaminan kepada mereka, dari segi pelaksanaan," kata Najib. Persoalan yang timbul, apakah benar IAEA itu boleh dipercayai?. Ini kerana terdapat beberapa maklumat panas yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia tentang siapakah yang berada di belakang IAEA ketika projek ini dibawa masuk dulu. Malah terdapat rekod yang menunjukkan dua orang Board Of Govenor IAEA adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Mereka ialah Dato' Mohd Arshad Hussain, Duta Besar Malaysia ke Austria dan seorang lagi ialah Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Duta Besar Malaysia ke Qatar. Kedua-dua mereka menjadi Board Od Gavenor IAEA pada tahun 2009 hingga 2010. Ini bermakna, kedua-dua mereka memainkan peranan penting untuk membawa masuk Lynas ke Malaysia. Tambahan pula ketika itulah isu Lynas ini sedang hangat diperkatakan oleh rakyat.


Bukti, dua orang rakyat Malaysia telah dilantik Board Of Governor IAEA



Dato' Mohd Arshad Hussain dilantik Board Of Governors IAEA (2009-2010)
Masih kita ingat sebelum ini dalam satu wawancara khas isu Lynas dengan seorang rakyat Australia, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob juga pernah berkata demikian. Beliau yakin dan mahu rakyat percaya kepada IAEA yang kononnya sebuah badan profesional untuk memantau Lynas. Dalam satu kenyataan Adnan berkata "Kali ini pihak yang bertanggungjawab sendiri, iaitu yang paling berwibawa iaitu IAEA (International Automic Eenergy Agency). Kita telah panggil, oleh Kerajaan Persekutuan untuk buat kajian... dan pihak IAEA telah pun mengeluarkan beberapa panduan supaya diikuti oleh Lynas untuk menjadikan projek ini satu kenyataan. Kalau misalannya syarat-sayart itu tidakk dipenuhi maka projek ini tidak boleh diluluskan... dan pihak yang bertanggungjawab di Malaysia ni iaitu AELB (Automic Energy Licency Board) untuk memantau dan memastikan supaya Lynas mematuhi segala arahan .... tetapi masih lagi, selepas kita adakan penerangan dan sebagainya, mereka masih lagi menimbulkan (mereka ini ialah mereka yang menentang).. menimbulkan isu-isu yang tidak relevan. Sebagai contoh mereka mempertikai IAEA itu... Kalau bukan IAEA yang memberikan pandangan daripada badan yang kita anggap ada authority ... siapa lagi kalau bukan IAEA .... Sekarang ni IAEA telah memberikan pandangan mereka dan projek ni boleh diteruskan tetapi mereka yang menentang masih belum menerimanya", kata beliau. Persoalannya sekarang, daripada siasatan yang dijalankan membuktikan salah seorang Board Of Goverment: Chairman IAEA 2010 ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang sendiri iaitu Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. Jika ini keadaannya, apakah rakyat boleh percaya kemasukan Lynas ke Malaysia itu tidak mempunyai kaitan hubungan "adik beradik".


Apakah hubungan "adik beradik" ini tiada kaitan kaitan langsung kenapa IAEA
amat menyokong penuh kemasukan kilang proses rare earth Lynas ke Pahang


Bukti, wajah-wajah adik MB Pahang ketika menjadi Chairman IAEA (2010)
[Dalam kes Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil beliau akhirnya ditamatkan khidmat sebagai Menteri oleh Najib kerana terbongkarnya kes NFC yang melibatkan suaminya. Walau pun pada awalnya, Sharizat menafikan dia terlibat dan tahu menahu perniagaan suaminya tetapi lama kelamaan dia terpaksa berpijak di bumi yang nyata. Kini, beliau menerima hukuman apabila kontraknya sebagai Senator tidak lagi disambung oleh Kerajaan Malaysia. Maka itu, apakah kita boleh terima hakikat hubungan MB Pahang dengan Chaiman IAEA tidak langsung ada kaitan dalam kes membawa masuk Lynas ke negeri Pahang ini agaknya?. Mungkin, kita tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan penglibatan mereka, namun hakikatnya pasti ada "rahsia tersembunyi" hingga IAEA boleh menyokong penuh Lynas dibawa ke Malaysia. PM dan MB Pahang tidak wajar berselindung di sebalik semua ini, kerana semua ini boleh menimbulkan kemusykilan. Lantaran itulah rakyat ada hak untuk tidak percaya kepada IAEA sebenarnya. Maka, apakah mereka boleh paksa rakyat percaya kepada IAEA itu sendiri, sedangkan bekas Chairman IAEA rakyat Malaysia dan ada hubungan rapat dengan kerajaan termasuk juga hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob itu sendiri].
Share:

10 ulasan:

  1. Chairman IAEA yang pakar dalam bidang sains nuklear tidak semestinya tahu semua perkara mengenai bahaya-bahaya berkaitan dengan Lynas. Dr. Chan Chee Khoon pula mengatakan Lynas mendatangkan bahaya.

    BalasPadam
  2. kalu mcm tu report iaea pasal program nuclear iraq pun tak bole pecaya la ye.
    mr anon.kalu org yg pakar pasal nuclear pun tak tau pasal bahaya lynas yg dlm bidang dia, medical doctor, lawyer, org politik lg tak tau apa2. mn punya logik korang guna ni?

    BalasPadam
  3. zainajib, kenapa hasil bumi digali di australia, kemudia dibawa ke pahang. dicuci bagai dan yang pure dibawa balik ke australia, tetapi sisa cucian tidak dibenarkan dibawa balik. kalau tiada apa2 masalah, kenapa tak dicuci di autralia sahaja? kenapa nak susah2 cuci ke negara orang lain? tak ke menambahkan kos operasi..?

    BalasPadam
  4. Helo, doktor pun ramai jual ubat batuk/jual mc, lawyer bunuh orang pun ada. Kesimpulannya, apa yang ada di hati tu penting, bukan sijil atau kapakaran. Hanya manusia(doktor, lawyer, ahli politik,..)dengan panduan Islam yang akan membuat tindakan terbaik.

    BalasPadam
  5. Baginilah jadinya kalau orang ramai (rakyat biasa)dah mula tidak mahu menerima apa-apa lagi nasehat dari perdana menteri ,sebabnya mudah iaiatu apa saja yang dibuat oleh perdana menteri semuanya ada pertalian samaada dengan saudara , kroni atau pun kerajaan ,yang peliknya orang ramai tak pula diberi tahu terlebih dahulu apa perlu sesuatu perkara yang hendak dibuat ,aleh-aleh keputusan telah dibuat untuk buat itu dan ini , jadi eloklah PM jangan guna kuasa terlebeh sangat bawalah berbincang dengan rakyat ,biarlah terbuka sikit jangan asyik hendak menuduh pembangkang saja ,rakyat dah muak dengan kerenah orang-orang politik ,cuiba selesaikan masaalah rakyat yang dalam serba kepayahan ini denga adil ,kita ini semua rakyat malaysia ,cuma berbeza agama saja dengan kaum-kaum lain ,jagalah agama kita ,ikutlah perintah Alquran dan sunnah maknusia itu tidak bezanya siapa dia .

    BalasPadam
  6. senang citer, adik dpt cikit abang dpt cikit aaaarr

    BalasPadam
  7. nak kabor kalau abang tak pertahan adik sapa lagi. org kampong pun sekarang dah cerdik, cuma yang saluran 3, boleh di gula gulakan, tak pa tunggu lah anakcucu akan datang dia orang pun ada anak cucu, nanti sumpah seranah kat arwah dato nenek dia yang beri kelulusan lynas. sedih kerana jawatan dan wang ringgit sanggup menyusahkan rakyat. banyak lagi pelaburan selamat yg kita boleh terima.. cukuplah..

    BalasPadam
  8. titik fitnah bermulanya disini. Kalau betul ini fitnah , confirm masuk neraka walaupun sehari....
    tak tahu buat tak tahu sahaja.

    BalasPadam
  9. Program P:PAS diteruskan di seluruh negara
    12/04/2012 7:36pm

    KUALA TERENGGANU 12 April – Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

    Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

    "Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

    Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. - BERNAMA

    BalasPadam
  10. PAS....SELAMATKANLAH TANAH MASJID PULAU PINANG TU...BARU BETUL TEGAKKAN ISLAM...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.