KUALA LUMPUR, 4 April - Dewan Rakyat hari ini akhirnya meluluskan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa sesi perbahasan. Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (foto) ketika membuat keputusan tersebut menegaskan pembangkang tidak berminat untuk menyertai sesi perbahasan berhubung laporan PSC yang dibentangkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili serta mereka sengaja menimbulkan kekecohan. Kekecohan yang berlaku pada 2.50 petang menyebabkan Pandikar membuka ruang pengundian yang menyebabkan usul tersebut diluluskan tanpa bahas. Terdahulu, Pandikar telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan ketika sesi perbahasan Laporan PSC. Mereka yang diarahkan keluar ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Kekecohan bermula apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyambung giliran membahaskan usul syor itu selepas persidangan rehat tengah hari ini di hadapan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya bangun mencelah dengan membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak laporan minoriti awal pada sesi awal pagi Selasa. Antaranya Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dzulkefly (PAS-Kuala Selangor) dan Sivarasa (PKR-Subang). Mereka mempertikai alasan Pandikar yang menolak laporan minoriti di sebelah pagi yang menolak tanpa alasan munasabah dan didakwa tidak pernah diamalkan di mana-mana parlimen di dunia. Selepas beberapa kali namanya disebut, Pandikar kemudian masuk dan menggantikan Ronald untuk kembali mempengerusikan persidangan.
Perlayaran ‘Dayang Mastura’ di pulau legenda
-
Keindahan Langkawi bukan sahaja terletak pada pantai berpasir putih dan
kehijauan hutan hujan tropikanya, malah pada pengalaman meneroka kepulauan
itu da...
5 jam yang lalu






umno dulu kini dan selama nya.. semoga ALLAH mencampakkan taufiq dan hidayah kepada mereka mereka ini. menjadi orang yang berlapang dada dalam menjalankan amanah rakyat..insyaAllah pru akan datang umno akan mendapatbalasan setimpal diatas kerakusan 50 tahun berkuasa. tumbangkan lah..umporno.
BalasPadamTan Sri Pendekar Putar Alam Mulia
BalasPadamCEO of Iblis Incoporation.