script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Orang Ramai, Persoalkan Kreadibilti Ahli Parlimen Maran, Gagal Halang Isa Samad Lantik Dirinya Jadi Pengerusi KPF Oktober Tahun Lalu!

Ramai pihak terutamanya masyarakat peneroka Felda di seluruh negara kini mempersoalkan kreadibiliti Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib (foto), yang tidak membantah tindakan Tan Sri Isa Samad melantik diri beliau sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Menurut mereka, Ismail adalah satu-satunya Ahli Lembaga Pengarah Felda yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), bukti SINI. Maka itu, beliau sepatutnya memainkan peranan untuk menasihat dan menghalang tindakan Isa Samad yang jelas melanggar Akta Koperasi apabila melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau bukanlah ahli koperasi. Malah, Isa dilaporkan telah menyalahgunakan kuasa dengan merampas jawatan Pengerusi Permodalan Felda Malaysia Berhad dari pemagang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab secara tidak sah dan semasa beliau berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan umrah pada Oktober tahun lalu. Semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli , Isa Samad telah mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Felda Malaysia Berhad (KPF) dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa Samad telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF secara bertentangan dengan undang-undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007 ) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sebagai Pengerusi baru kepada KPF mengambil alih jawatan yang sedang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab sewaktu beliau mengerjakan umrah. KPF telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk jadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota FEDA penubuhah KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan satu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warganya.


Datuk Dzulkifli Wahab, Tan Sri Isa Samad dan Dato' Seri Sabri Ahmad ketika
masih bersama dalam pengurusan tertinggi Felda satu masa dulu

Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli Kepada KPF yang membukakan keahlian hanya kepada peneroka FELDA atau anak peneroka FELDA atau kakitangan tetap. Kedudukan Isa Samad di dalam FELDA adalah bertaraf kontrak. Perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang Koperasi dan menyalahgunakna kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri. KPF merupakan salah sebuah daripada 10 buah koperasi yang menjadi contoh, menjadi koperasi contoh yang berjaya memberikan dividen yang tinggi di atas dasar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelola dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya, pengambil alihan Jawatan Pengerusi dengan cara bertentangan dengan undang-undang Koperasi ini adalah merupakan satu pengkhianatan terhadap KPF.

[Persoalannya sekarang, Datuk Ismail Muttalib selaku Ahli Lembaga Pengarah SKM sepatutnya menggunakan kedudukannya untuk menghalang Isa Samad berbuat demikian, namun beliau mengambil sikap selamat dengan mendiamkan diri walau pun tahu ia jelas bertentangan dengan akta berkenaan. Justeru, Ahli Parlimen Maran itu dilihat tidak layak lagi untuk mewakili rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, kerana jelas beliau lebih mementingkan elaunnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah daripada menegakkan kebenaran yang sepatutnya. Tindakan ini sungguh memalukan kerana beliau bukanlah sebarangan orang dan mempunyai pengalaman yang cukup dalam perkhidmatan kerajaan. Sususaln dengan ini, ramai yang mendesak supaya rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda menolak Datuk Ismail Muttalib jika beliau terus dicalonkan bagi Parlimen Maran pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Adalah difahamkan Ismail dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mulai 15 Julai 2008 kemudian setelah tamat dia kemudiannya dilantik semula pada 15 Julai 2012 dan 15 Julai 2011 lalu].
Share:

13 ulasan:

  1. inilah akibatnye melantik manusia yg berpenyakit menjadi MP.....dalam kepaladan otak Mail Mutalib ni...hanya satu aje...pitis..pitis.D harap warga FELDA gugusan Jengka lakukan terbaik dlam PRU 13 nanti....nyahkan manusia keparat ni dari menjadi wakil rakyat

    BalasPadam
  2. NAK KABOR,.. TU LAH PERANGAI ORANG UMNO, KALAU PASAL PITIS KETAR KEPALA, PERUT DIDAHULUKAN. SEMUA NYA BAHAM BELAKA,JANJI MASYUUUUK...BUKAN NAK JAGA KEBAJIKAN WARGA FELDA, PRU AKAN DATANG JANGAN DI BERI SATU UNDI PUN KPD SEMAIL NI...

    BalasPadam
  3. Oooooolupa YB maran kan.... Huhuhu, Maran ni kira macam bapak dia punya, klu dia xdipilih sbg calon keturunan dia gak yang dapat, org lain xde chance lah... Selagi keturunan ni ada, kadang2 terasa macam pengemis di kawasan sendiri....

    BalasPadam
  4. OK.. kita nyah kan umno dan bn dari persada satu malaysia, bangun dan bangkit lah warga Felda yang prihatin, jangan jadikan anak cucu kita eksperimen pemimpin yang mementingkan perut mereka. selamatkan islam dan keadilan. Pastikan ISA SAMAD dan balaci balaci umno kecundang.....

    BalasPadam
  5. Ni budak kenit Mail kalau pasal menyalak dalam Parlimen dia lah orang nya. Kat kawasan parlimen dia
    habuk pun tak ada. Kalau tak percaya sila lah datang melawat/melihat Maran Bandar Ayam Kampung. Memang kampung betul.Cita cita besar tu kalau tak MB ,Menteri Kabinet pun tak apa. "Come boy, woof woof woof"

    BalasPadam
  6. dah, klu handal sgt ngata kat mail...g lah bertanding tahun ni... lawan mail tu klu boleh menang...aku rasa mail gak yang menang klu dia bertanding lagi....

    BalasPadam
  7. @anon. Memang benar lah, kat Maran ni, kalau UM No tarok calun lembu tepok pun boleh menang. Kesian betul dgn orang Maran bila nak celek mata tak tau lah,padan dgn kain pelikat selai, kelam butir mata. Kali ni ustaz kita tu tak pergi Medan ke ? Jgn tak pegi! tu kan routine awak me. " Come on boy , here your bone " woof woof woof

    BalasPadam
  8. @anon. Memang benar lah, kat Maran ni, kalau UM No tarok calun lembu tepok pun boleh menang. Kesian betul dgn orang Maran bila nak celek mata tak tau lah,padan dgn kain pelikat selai, kelam butir mata. Kali ni ustaz kita tu tak pergi Medan ke ? Jgn tak pegi! tu kan routine awak me. " Come on boy , here your bone " woof woof woof

    BalasPadam
  9. @anon. Memang benar lah, kat Maran ni, kalau UM No tarok calun lembu tepok pun boleh menang. Kesian betul dgn orang Maran bila nak celek mata tak tau lah,padan dgn kain pelikat selai, kelam butir mata. Kali ni ustaz kita tu tak pergi Medan ke ? Jgn tak pegi! tu kan routine awak me. " Come on boy , here your bone " woof woof woof

    BalasPadam
  10. Dear Guest,I,am sorry for mistakenly repeating my comment, It's not intentionally. Surprisngly I dont heard from Anon 12:16 any more ,I'am expecting him/she! or may be he/she still in deep slumber as usual

    BalasPadam
  11. Dengan penuh tak tahu malu geng-geng Penipu Rakyat menghina ahli parlimen Maran, untuk pengetahuan geng-geng Penipu Rakyat semua, Ahli Parlimen Maran jenis tak sombong, jenis suka bergaul dengan masyarakat, suka membantu orang, dia juga mahir dalam bab agama, bukan ustaz PAS saja yang reti agama kerana ada yang pakai kopiah putih dan kain pelikat pun tak reti agama juga.

    Di Parlimen Maran, insyaAllah Datuk Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib akan menang lagi jika dicalonkan, rasanya dia akan dicalonkan buat penggal ketiga bagi mempertahankan parlimen Maran kerana ketokohan beliau memperjuangkan rakyat bukan saja dalam kawasan beliau, malahan ada rakyat di luar parlimen beliau pun beliau bantu jika memerlukan pertolongan selagi tidak menyalahi syarak dan undang-undang negara.

    PAS di Maran pula buat apa kerjanya? Sibuk memecah belahkan masyarakat saja, samalah dengan puak DAPigs dan PKR suka memecah belahkan masyarakat dengan pelbagai penipuan, semua benda diputar belit untuk mengelirukan rakyat, lihat sajalah isu tanah Felda Plantation yang hendak dibahagikan kepada semua generasi kedua dan seterusnya FELDA dan kepada pesara tentera, berapa ekar seorang akan dapat? Nanti tak pasal-pasal dapat tanah cukup untuk sebatang pokok getah atau pokok sawit saja kot. Jenis suka menjanjikan perkara bukan-bukan seperti Penipu Rakyat ni bukannya boleh dipercayai, tak reti buat kerja membangunkan negara dan rakyat, tapi sibuk menghasut rakyat menentang kerajaan dan merosakkan pembangunan oleh kerajaan kepada rakyat adalah.

    PRU 13 saya akan undi Barisan Nasional, kepada Penipu Rakyat terutamanya PAS yang bertanding di kawasan saya, boleh pergi jahanam, cakap berapi-rapi, tapi sekadar cakap saja, jenis tak fikir dosa pahala memang macam Penipu Rakyat terutama PAS inilah, janji itu dan ini, tapi tak ditepati, ajaran amende tu? Jangan ingat undi PAS boleh masuk syurga, itu ajaran sesat yang dicanangkan oleh tok guru yang suka cakap ikut sedap mulut tidak peduli maslahah ummah. Lihat Barisan Nasional, dituduh macam-macam pun tetapi bantu rakyat dengan berbagai bantuan dan pembangunan, itulah kerajaan yang perihatin kepada rakyat.

    BalasPadam
  12. Nik Aziz dan Mat Sabu cakap merapu hingga merosakakn pemikiran rakyat ada pernah ustaz PAS tegur? Sedangkan Dr. Hasan Ali yang hendak pertahankan kesucian Islam dari dinodai oleh puak DAPigs pun PAS sanggup pecat, itulah PAS cakap menggunakan nafsu serakah, tak reti guna akal, sebab itu bodoh memanjang tak tahu nak fikir baik dan buruk, pakai main hentam sajalah.

    BalasPadam
  13. Penipu Rakyat perosak pemikiran masyarakat, Penipu Rakyat perosak masyarakat dengan ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar, apakah dengan kerja lagha sedemikian rakyat akan dapat mencari rezeki? Jangan kata tak dapat cari rezeki tambahan, rezeki sedia ada pun boleh hilang bila pelabur tidak yakin dengan keselamatan negara ini akibat banyak sangat demontrasi liar dan hasutan di sana sini hingga negara jadi kacau bilau, inilah ajaran sesat Penipu Rakyat yang suka merosakkan masyarakat. Blah la, PRU 13 hancurkan Penipu Rakyat, PRU 13 Undilah Barisan Nasional demi kesejahteraan dan kemakmuran Agama, Bangsa dan Tanah Air, Takbir! Allahuakbar.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.