KUANTAN, 18 April - Orang ramai kini mula tertanya-tanya, siapakah bekas orang kanan MARA yang dikatakan menjadi proksi Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) yang menyebabkan ekonomi negeri ini merudum sejak beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Berita panas yang tersebar di media arus perdana beberapa hari lalu berkenaan seorang bekas Ketua Eksekutif (CEO) dan seorang pengurus Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dengan rasuah sungguh mengejutkan kita semua. Namun, rupanya di Pahang senario yang sama juga telah dan akan berlaku. Ekonomi negeri Pahang senantiasa merudum, sebaliknya Adnan dan proksinya ini "kaya raya" meraihkan yang "orang UMNO" sendiri tidak tahu sebenarnya. Kini, masing-masing cuba mencari-cari siapakah individu terbabit sebenarnya. PDO tidak akan mendedahkan nama dan siapakah individu terbabit, cuma kami akan pastikan seluruh rakyat Pahang tahu bahawa selama ini Adnan selaku Menteri Besar begitu taksub dan mempercayai individu berkenaan sebagai penasihatnya hingga menyebabkan banyak anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang terjual ke tangan orang asing. Malah, umum masih ingat bagaimana Pahang Cement yang milik kerajaan negeri yang didirikan dengan megahnya di zaman Menteri Besar, Tun Khalil Yaakob akhirnya terjual ke tangan YTL Corporation Berhad. Semua ini bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi terdapat jelas unsur campurtangan individu terbabit dalam merencanakan semua ini. Kini difahamka beliau masih menjadi sebahagian orang kuat Pahang Cement selepas sahamnya dibeli oleh YTL. Permainan licik individu berkenaan sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Selama ini rakyat Pahang tertipu dengan pentadbiran Adnan Yaakob yang rupanya mendapat khidmat nasihat secara "halus" dari individu berkenaan. Justeru, PDO sedang mengumpulkan maklumat lengkap untuk pendedahan panas ini supaya seluruh rakyat Pahang seantero dunia sedar bahawa mereka telah ditipu oleh Cikgu Adnan Bin Yaakob selama ini.

Tinggal kenangan, syarikat Pahang Cement yang berdiri megah di zaman
Tun Khalil Yaakob kini tergadai dek kelicikan Adnan dan proksinya itu

Tinggal kenangan, syarikat Pahang Cement yang berdiri megah di zaman
Tun Khalil Yaakob kini tergadai dek kelicikan Adnan dan proksinya itu
[Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Inilah perumpamaan yang boleh diberikan kepada MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob. Selama ini, memang ramai pemimpin UMNO Pahang malah Exco Kerajaan Negeri yang sedar akan senario ini. Namun, mereka tidak berani dan gusar untuk membuka mulut dan takut diambil tindakan oleh Adnan. Namun, akhirnya berbagai fail panas sudah diperolehi dan ianya disalurkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO Pahang sendiri yang sudah tidak tahan dengan permainan politik Adnan untuk terus menipu rakyat. Dengan terbongkarnya pendedahan ini, lebih banyak lagi kebobrokan Adnan akan didedahkan terutamanya penyalahgunaan kuasa beliau menggunakan kuasanya untuk meluluskan projek kepada adik beradiknya. Adnan sebenarnya telah begitu banyak merompak harta kekayaan negeri Pahang sejak mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri daripada Tun Khalil Yaakob. Apa yang dilakukan Adnan ini lebih teruk dari zaman Tun Khalil dulu sebenarnya. Banyak lagi fail panas kini sudah dikeluarkan daripada pejabat-pejabat anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang untuk membongkarkan semua ini. Individu terbabit rupanya adalah penasihat ekonomi Adnan Yaakob, dan Adnan hanya akan mendengar pandangan beliau dalam menerima segala macam pelaburan yang akan masuk ke Pahang. Namun, beliau juga terlibat dalam penjualan beberapa buah anak syarikat kerajaan negeri sejak Adnan memerintah. Soalnya siapakah individu terbabit?, nantikan pendedahan panas seterusnya selepas ini].






pdo, bongkar jangan tak bongkar, biar terburai semua nya. sabar rakyat ada had nya..
BalasPadambongkar, bongkar jugak.
BalasPadambongkar sampai terburai pun tak guna jugak!
masa PRU, BN menang jugak!
gerakkan BERSIH seluruh PAHANG!!
Pendek kata panjang cerita...BN masih pipihal majoriti rakyat Malaysia. Tak percaya? Tunggu PRU13!
BalasPadamKorang ni langsung taknak sokong BERSIH!!!kenapa yea
BalasPadamMat Kantoi kata...
BalasPadamSatu lagi fitnah dan dakwaan sembrono oleh pihak Tn.
Mudah-mudah sahaja Tn kaitkan antara 'bulan' dan 'bumi' yg jika kepada mereka yang tidak tahu, akan terpengaruh dengan fitnah dan dakwaan ini tetapi tidak kepada mereka yang tahu pembohongan Tn ini.
Fakta ikut suratkhabar: Pasdec 33.3% dan Pahang State Secretary Incorporated 16.67% & YTL pegang 50%. Bila Pasdec tak cukup duit nak bayar hutang bank, maka Adnan terpaksa restu penjualan kepada YTL. Hutang tu bukannya Adnan yang buat, tetapi pemimpin dan pengurusan sebelum Adnan jadi MB Pahang.
BalasPadamPerkara ini tidak akan berlaku kalau SPRM dan AG benar-benar telus dan bebas...
Khalil Yaakub berkuasa dari 1986 sehingga 1999... kenapa pula Adnan Yaakub yang kena?
BalasPadamSebab semua MB takleh caya dan ada kes..Bukan MB UMNO je. MB PKR pn gitu.....semak lah kat negeri2 lain klu tak caya... sama je....semua ada kes...
BalasPadamNi kat Temerloh ni ada Pasdec buat projek....tak start2 lagi....tepi jalan depan Restoren SZ Rahmah...PP...dinding bolih harap....!
BalasPadamMungkin ada kebenarannya. Tetapi harus di kaji kenapa perkara ini terjadi. jangan di letakkan kesalahan pada satu pihak sahaja. Gunakan akal untuk menilai, bukannya perasaan semata. Kita jangan mudah menerima momokan tanpa usul periksa.
BalasPadam