script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gabungan NGO 'Gerakan Selamatkan Felda' Anjur Konvensyen Di UNISEL Selangor Pada 22 April Ini!

KUALA LUMPUR, 19 April - Gabungan NGO "Gerakan Selamatkan Felda" akan mengadakan Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Serbaguna UNISEL Shah Alam Selangor pada 22 April ini. Program itu akan membariskan ramai tokoh-tokoh penting negara sebagai tetamu khas. Sementara itu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) berkata program itu akan dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Abd Kadir Syeikh Fadil, bekas Menteri Kabinet Malaysia. Sementara majlis penutupan rasmi akan disempurnakan oleh Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. "Program ini adalah anjuran bersana NGO seperti ANAK, BAPA, BANGKIT, KERABAT, WARIS, TERAS, SAMM, SMM, ABIM, JIM dan GAMIS. Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu penting seperti penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Malaysia, Masadepan Generasi ke 2 dan 3 Felda, Transformasi Felda, penambahbaikan KPF dan Anak Syarikat Felda serta kepincangan Tanam Semula Felda", katanya. Sesuatu yang menarik mengenai Konvensyen ini ialah cadangan beberapa tawaran penting dikemukakan bagi memintas propaganda 'Durian Runtuh' yang diiklankan setiap hari oleh Kerajaan BN. Antaranya pemberian tanah Felda Plantation dan perumahan untuk Generasi Ke-2, Universiti Felda, pelupusan hutang tanam semula peneroka dan penambahan saham pencarum Koperasi Permodalan Felda (KPF). Antara yang mengambil bahagian ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dato' Arif Sabri, Dr Rosli Yaakob, Rafizi Ramli, Peguam Hj Haris Abdullah, Dr Kamari Kasan dan ramai lagi.


Antara yang ambil bahagian seperti Dato' Ariff Sabri, Datuk A.Samad Said,
Peguam Mohd Harris Abdulah dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli

Ia dijangka dihadiri seribu peserta daripada seluruh negara. Sehingga hari ini telah lebih 400 orang daripada Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor mengesahkan penyertaan dan datang dengan beberapa buah bas. Beberapa orang Peneroka Felda daripada Gugusan Sahabat dan Umas Sabah juga telah menghubungi urusetia Konvensyen untuk turut serta. Berdasarkan maklum balas sehingga jam 6 petang 18 April; penyertaan sangat menggalakkan dan dijangka melebihi jangkaan seribu orang pada hari konvensyen. "Bukan sahaja Warga Felda, penganjur juga menerima penyertaan memberangsangkan daripada tokoh2 politik, NGO, bekas pegawai Tinggi Kerajaan dan bekas Pegawai Kanan Felda. Ini mungkin faktor isu penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di sana sini mendorong minat orangramai yang ingin tahu atau mengambil bahagian semasa sesi perbahasan", kata Mazlan lagi.

[Satu program yang cukup baik untuk memberikan kesedaran kepada warga Felda tentang halatuju dan masa depan agensi itu. Para peneroka perlu hadir dan mengambil bahagian dalam program ini agar mereka lebih memahami tanggungjawab untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis dan durian runtuh yang akan diberikan oleh Felda sebagai "gula-gula" untuk mereka terus menyokong UMNO BN pada PIlihanraya Umum ke-13 nanti. Justeru, kepada mereka yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi pihak urusetia berikut untuk pengesahan kehadiran mereka. Sila hubungi Nasaie Ismail (0199624114), Yohanis Ahmad (0133039913) dan Muthanna Shaari (0192676625). Semoga program ini akan berjaya memberi input yang berguna kepada para peneroka agar mereka lebih memahami tanggungjawab dan hak mereka selama ini. Jom, sertai program ini nanti].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.