
KUALA LUMPUR, 10 April - Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto) berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya. Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu. Difahamkan pihak polis hanya akan mengulasnya seminggu sebelum tarikh ia dijadualkan. Sementara itu, Mohmad juga berkata, pihak polis bersedia terhadap sebarang kemungkinan ekoran perhimpunan kumpulan mahasiswa Sabtu ini bagi menuntut penghapusan Perbadanan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN). Katanya, mereka sentiasa bersiap sedia walaupun perhimpunan itu belum dimaklumkan secara rasmi.
[Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Hishamuddin ini nampaknya bakal menyuntik semangat rakyat untuk datang berama-ramai bagi menyertai himpunan tersebut. Walau bagaimana pun, segala keputusan masih terlalu awal kerana kita tahu pasti akan ada banyak laporan polis dibuat oleh juak-juak UMNO BN bagi menghalang rakyat turun pada 28 April ini. Dengan laporan itu nanti ia akan menjadi alasan kepada pihak polis untuk menghalangnya. Bahkan, berbagai tindakan tegas akan diambil terhadap para peserta yang kononnya melanggang undang-undang negara dengan menyertai perhimpunan haram. Justeru, usahlah kita terlalu yakin kerajaan akan berkompromi dalam isu ini, kerana mereka memang tidak mahu menurut kehendak rakyat untuk melihat sebuah pilihanraya yang adil dan telus berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Jika ini terjadi, apakah kita yakin perubahan dapat terlaksana seperti diharapkan?].






de fuckto menteri undeng2 kata dataran merdeka bukan tempat berhimpun.....let's wait & see...wayang apa depa nak main kali ni
BalasPadamBetul ke boleh ni...aku nak bawak rombongan bas datang ni....yahoooo...
BalasPadam'Himpunan bersih 3.0' konon. Sebenarnya 'HIMPUNAN KOTOR 3.0' coz majoriti pesertanya berjiwa kotor, didalangi oleh makhluk2 berminda kotor dan punya agenda kotor' Tipikal dan taraf peserta2 perhimpunan itu tidak lebih berbanding longgokan sampah saraf di tepi longkang. Hakkkk tuih...!
BalasPadamsiakap senohong..gelama ikan duri...bercakap bohong..lama lama jadi belaci..penipu.Hishamudin ni ...otak nye betul ke!hari ni cakap nye cukup enak..tup..tup himpunan tak d benarkan..alasan nye menggangu keselamatan dn ketenteraman awam.
BalasPadamHishamudin masih 100 kali lebih terhormat dan 100 kali lebih berhak menerima puji berbanding Anwar/Azmin/Nik Aziz.
BalasPadamNak pertahankan Islam,juga bukan dengan fatwa songsang.
BalasPadamTok Lebai Pas lagi tak boleh pakai,boleh ke bersubahat dengan kaki seks dan penyokong Israel.
BalasPadamKhakkhakkhakkhak.... Kalau sokong PAS tak mengapa, semua bisa diatur. Jangan kata bersubahat dngan kaki seks atau Israel, berkawan dengan syaitan pun boleh saja.
BalasPadamTak begitu....
semua rakyat malaysia yang mahu kan keadilan, jgn percaya, selepas ni bila ahli ngo perkasam, pukida, jati, dll komplen maka u turn akan di buat dengan segala alasan, boleh huru hara dan bermacam macam lagi persepsi maka berbondong bondong lah anggota polis menyekat perjalanan dan mengepong tempat perhimpunan serta mencipta bermacam macam sebab bagi menggagalkan perhimpunan, jangan percaya..hari ini cakap ok esok ada perkara lain timbul. umpornoooooooooo. jangan percaya.
BalasPadamANYNOMOUS, bERPIJAK LAH DI BUMI NYATA, NAK BANDING KAN TN.GURU NIK AZIZ, ANWAR DAN AZMIN. DENGAN HISYAMUDDIN, LETIH LAA AWAK MAA NI TAK DAPAT NILAI, BACA SEJARAH ORG YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM,ANWAR ORG YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT MARHAEN, AZMIN SEORANG PEJUANG RAKYAT YANG BERKALIBER CUMA PUAK PUAK AWAK YANG TAK KENAL BISA NYA MEREKA YANG BERPRINSIP, BUKAN FLIP FLOP BERSAUDARA TU. UBAH LAH PERSEPSI CUKUP LAH NILAI LAH DENGAN JIWA YG BERSEH.. BARU AWAK TAK BERFIKIRAN KOTOR.BERLAPANG DADA LAH..
BalasPadamHishamudin masih 100 kali lebih terhormat dan 100 kali lebih berhak menerima puji berbanding Anwar/Azmin/Nik Aziz.
BalasPadamTapi memang YA, pada satu sudut, ANWAR/AZMIN/NIK AZIZ memang hebat...
ANWAR memang pembohong, penipu dan selebriti murahan dan badut terhebat pernah dilahirkan di Malaysia.
Azmin pun apa kurangnya... JANTAN PALING PEMURAH pernah dilahirkan di Malaysia.
Nik Aziz pula ulama lidah bercabang paling dominan.
Tak begitu....