
KUANTAN, 17 April - Kuliah Maghrib, pendakwah terkenal tanahair Ustaz Azhar Idrus (foto) terus mendapat sambutan dikalangan umat Islam. Ribuan hadir ke Masjid Saidina Ali Bin Abu Talib, Bukit Sekilau dekat sini malam tadi. Kehadiran orang ramai menyebabkan, jalan utama dari bandar ke Bukit Sekilau terpaksa ditutup untuk mengelakkan kesesakan bermula di persimpangan kawasan gerai berhadapan dengan UiTM Bukit Sekilau. Orang ramai kelihatan berjalan kai dan meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan bangunan kedai sekitar kawasan terbabit untuk ke masjid berkenaan sekitar 500 meter dari situ. Di sepanjang jalan Bukit Sekilau, gera-gerai jualan memenuhi setiap ruang sejak awal-awal lagi. Kesesakan lalu lintas dapat dikawal dengan kecepatan petugas-petugas Unit Amal PAS mengawal keadaan. Sementara itu di kawasan masjid orang ramai sudah mula bersesak-sesak, hingga ke pintu pagar. Ramai yang tidak dapat masuk ke kawasan masjid. Mujurlah pihak penganjur menyediakan banyak skrin besar termasuk di kawasan padang sekolah bersebelah masjid berkenaan. Ustaz Azhar seperti biasa membuat orang ramai tidak kering gusi dengan kuliahnya yang penuh dengan unsur-unsur humor dan jenaka. Kuliah beliau malam tadi membicarakan persoalan tentang "ibadah puasa". Kuliahnya seperti biasa berakhir dengan sessi soal jawab. Ketika program hampir berakhir iaitu 15 minit sebelum jam 10.00 malam, tiba-tiba hujan lebat turun mencurah-curah. Ini menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dan berlindung dibawah kanopi yang disediakn di perkarangan masjid berkenaan. Hujan menyebabkan, air bertakung di sana-sini. Ia menyebabkan suasana menjadi panik seketika, sebelum kuliah Ustaz Azhar berakhir sekitar jam 10.05 malam. Program berakhir dengan solat Isyak berjemaah, namun ramai yang berada di luar tidak dapat bersama kerana tikar yang disediakan "basah kuyup" akibat air hujan yang bertakung. Apapun, apa yang menarik kuliah beliau malam tadi turut dirakamkan oleh krew-krew Pahang FM (RTM). Apa yang pasti, ini menunjukkan kuliahnya semakin diterima oleh pelbagai pihak baik pembangkang mahu pun kerajaan. Malah, di sebelah paginya beliau telah mengadakan program soal jawab agama bersama ahli-ahli Puspanita di Rompin selepas berceramah malamnya.




[Apa yang jelas, nampaknya semakin dikritik tapi Ustaz Azhar Idrus semakin diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Apa yang membanggakan beliau berjaya menyatupadukan rakyat walau berbeza fhaman politik sekali pun. Malah, ramai anak-anak muda kini mula membanjiri setiap kuliah yang dihadiri oleh beliau. Bak kata sahabat, sudah tiba masanya kuliah Ustaz Azhar Idrus diadakan di Stadium Darul Makmur atau lain-lain dewan yang lebih besar untuk menampung kehadiran orang ramai yang semakin meningkat sekarang. Difahamkan, bulan depan (Mei) beliau akan mengadakan kuliahnya di Masjid Balok Makmur pula selepas ini. Kehadiran beliau ke lokasi sekitar Kuantan menyebabkan ramai peminatnya di seluruh negeri Pahang terkilan malah tertanya-tanya bilakah dia akan turun ke daerah lain seperti Temerloh, Jerantut, Maran atau sebagainya. Semua itu bergantung kepada permintaan dan jadual beliau yang semakin ketat sekarang ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mencetuskan fenomena baru kepada anak muda untuk lebih mencintai Islam. Semoga dengan ini akan menimbulkan kesedaran dalam jiwa-jiwa mereka supaya menyintai Islam].






bersama membudayakan ceramah agama, marilah kita mengambil pengajaran yang baik.pemandangan yg macam ini lah yang menggerunkan puak puak yg tak berminat dengan kuliah dan ceramah, semoga mereka terbuka hati untuk bersama.
BalasPadamSetuju utk membudayakan ceramah agama. TAPI kena pastikan guru itu saorang yg berwibawa dgn isi ceramah yg sealiran dgn sunnah wal jamaah seperti ust Azhar ini.
BalasPadamJadikan tokoh-tokoh seperti ust Azhar, Harun Din, Ismail Kamus dll, ikon kepada anak muda kita. Bukannya artis-artis yg lalai......
ramai sungguh...terbaik org kuantan
BalasPadamLepas dengar ceramah....pakat2 lah posa sunat...itulah yang terbaiik.. jom PDO, jom CMK kita puasa sunat sebelum ramadhan ni....kita posa dan kita jaga mulut, jaga jari jemari kita agar jangan tabur fitnah, mengumpat, mencela orang, mengaib orang sana sini....
BalasPadam