script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak, Pusat Pekan Jaya Fasa II "Nafi Dakwaan" ADUN Dan PM Tidak Bela Nasib Pembeli Projek Terbengkalai Itu !

PEKAN, 10 April - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pusat Pekan Jaya Fasa 2, Mohd Shamsuzani Md Nor (foto) hari ini menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Peramu Jaya, Ibrahim Awang dan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak gagal membela nasib para pembeli perumahan Taman Rendang Azalea yang terbengkalai dekat sini. Beliau berkata demikian dalam posting terbarunya pada artikel Pahang Daily Online (PDO) yang bertajuk Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib, Pembeli Kecewa Sikap ADUN Dan Perdana Menteri yang disiarkan pada 4 April 2012 yang lalu. Dalam kenyataan tersebut beliau mengatakan bahawa video yang ditayangkan pada artikel itu adalah benar. "Selain daripada itu, yang mengatakan bahawa YB Ibrahim dan PM, memberikan jawapan tunggu dan dan lihat adalah tidak benar sama sekali. Begitu juga dengan kenyataan PM melayan warga asing dengan baik tidak benar, anak melayu dipinggirkan dan ianya bukanlah keluar daripada mulut saya. Ianya merupakan manipulasi pihak pembangkang untuk menjatuhkan YB Ibrahim dan PM. Saya mempunyai mempunyai dua orang saksi yang ada semasa temubual dijalankan. YB Ibrahim telah berusaha sedaya upaya untuk menolong kami dengan membawa isu kami ke mesyuarat exco. Di samping beliau telah menguruskan hal ini dengan pihak Kementerian dan Kerajaan Tempatan Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek (Wilayah Timur Pahang) dan dengan Pihak Pihak KPKT di Putrajaya" kata beliau.


"Pada hemah saya tidak timbul soal dianaktirikan malah YB perihatin dan mengambil berat, disamping mudah untuk berjumpa dengan YB Ibrahim. PM pula saya rasa berbangga mempunyai PM seperti Dato Seri Najib yang berjiwa, dimana saya telah berjaya memberikan surat berkaitan perumahan kami semasa pemberian BR1M di Pekan.YB dan PM telah cuba buat yang terbaik untuk menyelesaikannya. Saya ingin memuji sikap YB Ibrahim yang berjiwa rakyat dimana senang untuk berjumpa dengan beliau.Pada dasarnya mereka mengatakan bahawa mereka merupakan satu badan NGO untuk menolong rakyat, tetapi mereka sebenarnya mempergunakan rakyat yang didalam kesusahan untuk kepentingan politik murahan mereka.Malah mengusutkan lagi keadaan. Maklumat yang diberikan telah diputarbelitkan untuk kepentingan politik mereka. Apa yang saya nyatakan disini, tidak didesak oleh mana-mana pihak, malah ianya lahir dari hati nurani saya sebagai pengerusi Jawatankuasa bertindak Pusat Pekan Jaya Fasa 2. Ianya meruapakan atas dasar rasa tanggungjawab yang tinggi dan tidak mahu digula-gulakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka", kata kenyataan beliau pada ruangan komen di artikel terbabit.


Majlis dialog isu projek terbengkalai berkenaan di tapak tersebut Ahad lalu

Syed Ali (MTRK) dan Mohd Shukri (PJV) antara NGO yang cuba membantu

Shamsuzaini juga turut hadir semasa majlis dialog dengan NGO 8 April lalu
Susulan kenyataan ini, maka PDO tidak lagi berminat untuk campurtangan dengan segala urusan yang berkaitan demi kepentingan pihak terbabit. Walau pun pada asalnya, satu pertemuan khas telah diadakan antara pihak kami dengan beberapa orang wakil pembela pada Ahad, 8 April yang lalu di taman perumahan terbabit. Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Pengerusi NGO People's Justice Voice (PJV), Mohd Shukri Mohd Ramli dan Syed Ali Badaruddin Syed Othman dari Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP) telah bersetuju untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut. Namun, difahamkan selepas itu, nadanya sudah bertukar dan ada pengharapan baru mereka kepada pemimpin terbabit untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semoga pihak yang berkenaan dapat melakukan tindakan dengan segera demi kebaikan semua pihak hendaknya. Lebih afdal, isu ini diselesaikan sebelum PRU ini.

[Justeru kami dengan bangganya menarik balik segala artikel berkenaan yang telah disiarkan sebelum ini. Harapan kami, semoga jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai antara kedua belah pihak. Bukan tujuan kami untuk mengatakan pihak berkenaan tidak membantu, cuma itulah luahan hati yang diterima daripada sebahagian daripada mereka yang hadir bertemu dengan wakil kami di Kuantan sebelum ini. Kami amat terkilan bila dikatakan bantuan dan kerjasama yang kami hulurkan untuk mengeluarkan isu ini di blog Pahang Daily Online (PDO) dianggap untuk kepentingan politik semata-mata, sedangkan PDO tidak bernaung dibawah mana-mana parti politik sebenarnya. Justeru kenyataan yang mengaitkan kami dengan dakwaan tersebut amatlah mengecewakan. Tambahan pula, PDO hanya bertindak mamaparkan permasalahan rakyat untuk diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Malah, dengan tersiarnya artikel berkenaan juga menyebabkan ADUN kawasan terbabit melenting dan berjanji untuk memberi perhatian serius terhadap permasalahan yang dihadapi mereka. Sepatutnya pihak pembeli berterima kasih dengan pendedahan PDO, jika tidak siapa lagi yang mahu memberi perhatian terhadap kes yang mereka tanggung sejak sekian lamanya itu. Selamat berjuang dan semoga berjaya!].
Share:

2 ulasan:

  1. Manipulasi adalah kerja Pembangkang,mereka sanggup berbuat apa saja asalkan boleh mendapat kuasa.Pembangkanglah yg sebenarnya suka memfitnah.

    BalasPadam
  2. kerja membalun duit rakyat, tipu projek dan berjanji itu ini merupakan kerja Najib Altantuya dan konco2nya yg bodoh lagi dibodohkan. maka rakyat yg dah sedia bodoh menjadi lebih2 bodoh di bawah menteri wanita yg baru ini

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.