KUANTAN, 22 April - Susulan kejadian pergaduhan akibat isu "bendera parti" yang berlaku di Jalan Mahkota, berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I kelmarin, maka satu laporan polis akan dibuat oleh Blogger Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) dalam masa terdekat ini. Laporan dibuat atas tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam keselamatan beliau pada malam kejadian tersebut. Difahamkan, lebih dari sepuluh orang "samseng" cuba untuk mengasari beliau gara-gara tidak berpuas hati dengan kes itu. Menurut Shukri, demi keselamatannya maka beliau terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. "Ini bukan kali pertama saya diancam. Sebelum ini pun sudah dua kali saya mengalami nasib yang sama akibat perbezaan pandangan dan ideologi masing-masing. Kali pertama saya hampir-hampir dipukul oleh lebih 30 puluh orang penyokong UMNO ketika hadir ke kediamaan MB Pahang di Jalan Teluk Sisek untuk mendengar penerangan Isu Lynas oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Dato' Sri Mustapa Mohamed. Saya cuba dikepung oleh kumpulan terbabit selepas program itu tamat. Namun, Alhamdulillah saya berjaya meloloskan diri walau pun mereka cuba mengejar. Kali kedua saya hampir dipukul ketika Himpunan Hijau di Taman Gelora. Saya telah dikepung dan dikasari oleh beberapa orang penyokong kuat UMNO yang marah dengan pendedahan panas yang saya lakukan selama ini. Saya kenal semua yang berkenaan namun demi persahabatan saya tidak tergamak untuk mengambil apa-apa tindakan. Kejadian terbaru malam kelmarin adalah kemuncaknya dan saya rasa sudah tiba masanya saya membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan", kata Shukri. Susulan beberapa kejadian berkenaanlah maka sudah sewajarnya beliau perlu melakukan tindakan itu.

Laporan akhbar Nanyang Siang Pau hari ini tentang insiden malam kelmarin
antaranya melaporan beliau hampir diserang kumpulan samseng berkenaan

Laporan akhbar Nanyang Siang Pau hari ini tentang insiden malam kelmarin
antaranya melaporan beliau hampir diserang kumpulan samseng berkenaan
Tambahan pula melihat kumpulan terbabit kini semakin "mengganas" dan bila-bila saja kejadian yang tidak diingini pasti akan berlaku. "Saya bukanlah nak cari gaduh dengan sesiapa. Saya hanya seorang penulis blog (blogger) yang dipertanggungjawab melaporkan apa jua pandangan berkaitan politik semasa di negeri ini. Biasalah ada kalanya ia akan tajam, pedas dan panas apabila terkena kepada batang hidung masing-masing. Namun, apakah dengan cara keganasan semua ini dapat diselesaikan. Saya kenal semua pihak yang berkenaan, tetapu bagi saya mereka semua adalah sahabat saya dan tidak timbul perasaan berdendam dengan pihak berkenaan. Laporan polis hanyalah untuk tunjuan berjaga-jaga andainya ada lagi sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas saya lagi", katanya.
[Politik menjelang pilihanraya umum ini nampaknya semakin kritikal bila ada pihak yang mula menggunakan kekerasan dan bertindak ganas untuk menghalang pihak lain. Tindakan menggunakan tindakan "samseng" untuk tujuan mencetus pergaduhan adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula bila melibatkan dua parti politik yang dinaungi oleh orang Melayu itu sendiri. Kadangkala perjuangan itu memerlukan pengorbanan, namun bila sudah wujud ancaman yang boleh mengganggu keselamatan seseorang maka sudah sewajarnya jalan terbaik ialah mengadu kepada pihak berkuasa agar mereka mengambil tindakan. Senario yang berlaku ini membuktikan politik kita kini semakin tercemar malah dicemari dengan budaya samseng yang tidak sesuai di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Semoga insiden keganasan tidak seharusnya menjadi satu tabie kepada rakyat di negara ini. Berjuanglah secara sihat dan harmoni].