
PEKAN, 5 April - Tokoh agama terkenal yang terpalit dengan kontroversi di tangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Balok baru-baru ini iaitu Ustaz Dr.Badrol Amin Baharon (foto) akan menyampaikan ceramahnya dekat sini malam nanti. Beliau dijangka akan bersama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi berceramah di Markas PAS Kg.Mengkasar jam 9.00 malam ini. Kehadiran beliau amat dinanti-nantikan kerana inilah kali pertama dia hadir ke pentas ceramah selepas isu panas itu meletop ketika orang ramai sedang sibuk untuk ke Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan ketika itu. Susulan kes itu, berbagai tohmahan dari banyak persepsi telah dilontarkan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu. Namun, sehingga ke saat ini beliau masih lagi belum didakwa oleh JAIP atas dakwaan tersebut. Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir pada malam ini.





