TEMERLOH, 19 Jan [10.00 am] - Lawan sebenar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin jika mahu berdebat bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman (foto) berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Umum PKR itu. Tambah Fauzi, ini disebabkan Khairy hanya duduk di kaki lima kabinet Najib yang tidak tahu apa-apa tentang dasar ekonomi dan subsidi kerajaan, justeru tidak layak berdebat tentang ‘Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat’. "Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula. Lagi pun Yusri , walaupun berketurunan Orang Asli adalah lulusan universiti yang bijak menganalisis perkembangan ekonomi “PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh baru-baru ini. Sebelum ini, Khairy berya-iya mahu gantikan Najib untuk sahut cabaran berdebat dengan Anwar, setelah Anwar mencabar PM Najib berdebat isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.[Berdebat memang satu cara terbaik untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam sesebuah negara itu. Malah, negara yang dianggap "polis dunia" seperti Amerika Syarikat sekali pun mengamalkan amalan berdebat secara terbuka untuk mana-mana pemimpin yang berhasrat menawarkan diri bertanding dalam jawatan utama politik di negara itu. Rakyat akan menilai setiap hujjah dengan minda yang terbukan tanpa dipengaruhi oleh faktor lain. Namum, anehnya negara Islam seperti Malaysia ini takut untuk berbuat demikian. Apakah yang ditakutkan sangat oleh mereka agaknya?. Apakah takut rakyat ketahui banyak penyelewengan yang berlaku atau sebaliknya. Lantaran itulah kami yakin debat ini tidak akan berlaku secara profesional di negara kita, malah jika ada sekali pun pasti akan dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan mereka dan gusar dengan kebangkitan rakyat itu sendiri sebenarnya].






Pas tidak tenang di Tenang
BalasPadamTimbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad dilaporkan Sinar Harian hari ini menafikan khabar di Internet bahawa Pas melarang PKR berkempen di kawasan Melayu.
Katanya, "Bukan kita tidak benarkan, tetapi pihak kita membuat pengkhususan untuk memudah dan melicinkan lagi gerak kerja.
"PAS berasakan mereka mempunyai kelebihan terhadap orang Melayu, manakala bagi DAP dan PKR pula mempunyai kelebihan untuk masyarakat Cina dan India. Jadi mereka boleh fokuskan terhadap pengkhususan masing."
Kalau itu yang dikata, apa pula tidak benar. Betullah PAS melarang PKR dan DAP berkempem kepada orang Melayu. Persoalannya berjayakah PAS berkempen dalam kawasan Melayu?
Pemerhati di Tenang memberitahu Pas merasakan cara kempen PKR dan Dap tidak sesuai dengan suhu orang setempat lalu mereka hanya mahu masaalah itu tertumpu hanya di kawasan bukan Melayu.
Satu yang tidak menyenangi Pas ialah kempen PKR yang menggunakan tipu muslihat terhadap pengundi akan menimbulkan masalah kemudian hari. Walaupun tidak ramai ahli di Labis, sekurang-kurangnya Pas sudah adatapak di Labis.
Difahami satu bas yang membawa lebih kurang 40 orang India dari Ladang Voules, Bukit Dato dan Taman Tenang telah dibawa PKR menghadhiri jamuan makan malam di GD Restoren untuk dihadhiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kebanyakkan yang diabwa ialah kaum wanita. Satu lagi bas pula berisi penuh dengan pengundi kaum Cina.
Rupanya mereka ditipu penganjur yang mengatakan bahawa mereka di bawa ke sana untuk mendapat bantuan kebajikan sebuah gereja.
Baru-baru ini sebuah surat palsu Perkasa diedarkan di Tenang kepada pengundi Cina. Ini merupakan tipu helah yang sama diguna di PRK Hulu Selangor.
Jika di Hulu Selangor, surat palsu Perkasa di tuju kepada pengundi Melayu. Surat palsu di Tenang diguna untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan membakar sentimen perkauman dalam hal kenaikkan harga barangan..
Setiausaha Agung Perkasa, Tuan Syed Hassan dilaporkan Sinar Harian berkata, "Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini."
Tipu helah bodoh sedemikian hanya datang dari jari jemari PKR. Ini tidak disenangi Pas kerana akan membangkitkan kemarahan pengundi Melayu di Tenang.
Pas pun tidak senang dengan cara pemimpin DAP dan pemimpin Cina PKR seperti Chua Jui Meng membawa isu luar dan perkauman untuk membakar sentimen perkauman di Tenang.
Mereka tahu ianya akan back fire sebaik saja MCA menimbulkan isu negara Islam yang masih releven di kalangan kaum Cina Tenang.
Parti yang cuba menembusi kawasan Melayu bukan sangat DAP tetapi PKR, yang membuat PAS tidak senang. Masaalahnya PKR pun tidak sabar dengan kempen Pas yang tidak laku.
Cara kaum Muslimut pergi rumah ke rumah awal-awal tidak menjadi. Banyak rumah-rumah di kawasan Felda sudah memgibarkan bendera UMNO dan BN hingga lemeah semangat mereka untuk masuk mencuba.
Majlis yang dianjurkan oleh Pengarah Pilihanraya Kecil Tenang PAS, Mazlan Alimin dan PAS Johor pun tidak menarik kehadhiran para pengundi. Pas dilihat hanya berceramah sesama mereka.
Apabila PKR menegur Pas, jawapan balas mereka ialah Majlis Anwar pun orang tidak berapa nak datang. Kata mereka, jika penyokong-penyokong Pas dari jauh tidak datang mengisi kehadhiran, majlis Anwar pun lengang.
Hahahahaha..dah kena dah...
BalasPadamAssalamualaikum....
BalasPadamSaya adalah pengundi dalam Dun Tenang. Saya ada kekeliruan berhubung fakta yang agak bercanggah dan saya mohon penjelasan secara berhemah.
suatu masa, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pernah berkata bahawa adalah haram mencalonkan seorang wanita dalam pilihanraya. Dan yang terbaru beliau berkata bahawa adalah haram mengundi calon UMNO. Mana satu yang betul?
Mohon Penjelasan.