KUALA LUMPUR, 12 Mac [2.30 pm] - Satu perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan seperti yang dirancang Isnin ini, kata penyelaras Protes,
Dr Hatta Ramli (foto). Perhimpunan aman itu akan diadakan selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat
Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru
Dewan Rakyat bermula, Isnin ini. Dr Hatta menjangka kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.
"Pukul 10 kita akan bersurai kerana semua ahli parlimen akan membahaskan perkara ini di dalam dewan selepas itu. "Semuanya sudah bersedia, tunggu untuk berhimpun sahaja," kata Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai. Sebelum ini, Dr Hatta dilaporkan berkata perhimpunan itu diharap berjaya menarik perhatian
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat. Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini. Dr Hatta Ramli juga dilaporkan berkata kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin. Ia berslogankan
'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'. Sebelum ini juga, terdapat juga forum-forum dianjurkan oleh NGO dan parti politik, membantah pelaksanaan cukai tersebut. Dr Hatta berkata t
idak ada sebarang perarakan Isnin ini. Menurutnya, segala persediaan untuk menjayakan perhimpunan itu termasuk persiapan dari sudut keselamatan turut dititikberatkan. Mengulas lanjut, Dr Hatta yang akan mengetuai perhimpunan tersebut menjelaskan pihaknya tidak memohon permit kerana menyifatkan ia merupakan perhimpunan aman. Ditanya sama ada pihaknya memaklumkan perkara itu kepada polis, Dr Hatta berkata:
"Kita rasa mereka sudah tahu, perkara ini bukan rahsia lagi".
[Seperti kebiasaannya, sudah pasti perhimpunan aman sebegini akan dipantau dan diawasi dengan begitu prihatin oleh pihak polis terutamanya Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Malah, kita amat yakin bahawa pihak polis sudah pasti akan menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan aman yang juga bertujuan untuk mengurangkan bebanan kehidupan mereka itu sendiri. Justeru itu, rakyat yang akan berhimpun diseru berhati-hati agar insiden yang tidak diingini terjadi. Provokasi sudah pasti akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka untuk memalukan penganjur yang juga pemimpin Pakatan Rakyat itu].
TGNA telah berjaya menamatkan kemarau panjang diseluruh Kelantan selepas mengadakan Sembahyang Hajat Khas di KB semalam.Ini bukti bahawa TGNA bukan lah insan biasa,dia diutuskan Allah khas utk menyelamatkan orang Melayu dan membawa kita kepintu syurga.Marilah kita semua sentiasa mendoakan kesejahteraan TGNA setiap kali kita bersolat.Ketahui lah takkan ada orang seperti TGNA ini walau 1000 tahun lagi!
BalasPadamPAS FOR ALL
Toksoh layan orang mabuk kat atas
BalasPadamSiapa yg mabuk, antara hamba allah yg bersolat memohon allah kurniakn sedikit hujan membasahi bumi yg gersang dan hamba anon 7:34 yg barangkali ingin turut serta solat hajat tp malu malu kerana seumur hidupnya tidak pernah tahu apa itu SOLAT HAJAT memohon pertolongan ALLAH yg maha berkuasa yg juga Tuan Besar kepada ANON 7:34 itu juga.
BalasPadamBarangkali anon ini tidak tahu bahawa ALLAH yg jadikan dari setitis mani yg hina
Syukur Alhamdulillah Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Pengasih.
BalasPadamAlangkah harmoninya jika semua Menteri besar dan Perdana Menteri Msia sama-sama sujud memohon Allah kurniakan sedikit hujanbuat membasahi bumi yg kian lama gersang. Mengapa pembesar2 kita tidak ada masa utk mengangkat tangan memohon pertolongan Allah sedangkan masa mereka ada utk kesibukan dunia.
Alangkah riangnya pak tani2 kita bila hujan membasahi tanaman mereka yg kian lama kontang.
Wajar sekali ada dlm slot atau taqwim pemimpin negara memasukkn solat hajat memohon pertolongan Allah atas apa yg tidak mampu diberikan oleh kuasa dn kudrat manusia.
Subhanallah...
Anon 8:15 MANJUNG MALI tu nganjing ke NIK aziz..ke mu dok paham..
BalasPadamni le dia penyakit orang umno bn....tak tau nak hormat para ulamak.....rspek le sikit kat tuan guru tu....udah le para ulamak bn semuanya cap rm,rm,rm....ulamak tulen pun korang nak tolak jugak ke?....kesian tol untuk korang, buta mata dan hati.....
BalasPadam