script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Awasi Anak Dan Isteri Anda Dari Laman Sembang Sosial Kerana Ia Kini Menjadi Punca Utama Gejala Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Mutakhir Ini

Rakyat Pahang dan seluruh Malaysia gempar dengan berita seorang isteri dibelasah sehingga mati oleh suaminya gara-gara cemburu. kejadian yang berlaku di Kg.Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang petang Ahad lalu dipercayai akibat tindakan mangsa Rosmawati Abd Rahman "curang dan bermain kayu tiga". Malah, suaminya bertambah panas hati apabila melihat mangsa asyik berbual-bual menggunakan telefon bimbit dengan lelaki terbabit. Menurut sumber, mangsa dikatakan sudah berhubung dengan lelaki terbabit sebelum kejadian itu lagi, malah suaminya sudah banyak mengumpul bukti kukuh kecurangan isternya termasuk menyimpan segala surat-surat dan dokumen yang berkaitan. Dalam kes ini, siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang benar si suami mengambil tindakan nekad dengan memukul dan mencederakan isternya. Namun apakah beliau terfikir apa yang dilakukan itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa, sedangkan dia tahu itu adalah isterinya. Mana-mana lelaki yang berada dalam situasi ini sudah pasti akan marah apabila melihat "jantan lain" berhubung dengan isterinya. Kejadian ini berlaku di mana-mana sebenarnya. Cuma banyak yang tidak dihebahkan di dalam media mungkin dek kerana tidak sampai ke peringkat yang lebih buruk. Apakah puncanya?. Bukankah ini menunjukkan bahawa betapa runtuhnya institusi keluarga di negara kita. Isteri berhubung dengan lelaki lain dan suami pula mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?. Mutahkir ini juga umum mengetahui bahawa kecurangan dan keterlanjuran itu banyak berlaku akibat tindakan isteri yang gagal mengawal diri mereka sendiri.

[Hari ini kewujudan begitu banyak laman sembang sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Hi5, eKawan, Friendster dan sebagainya telah menjurus ke arah keruntuhan institusi kekeluarga itu sendiri. Agenda Yahudi begitu jelas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah umat Islam hingga ia gagal dibendung sama sekali. Maka akibat rasa kekosongan dan kesunyian, si isteri akhirnya berhubung dengan lelaki lain. Malah, lelaki yang sudah bersuami pun tergamak berhubung dengan isteri orang atas dasar kononnya mengubat kesunyian dan kesepian. Akhirnya masing-masing bertukar nombor telefon dan meleret hingga kepada berbual dan SMS. Inilah yang menyebabkan berlaku keruntuhan yang amat mendadak kepada umat Islam di negara ini bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, kita tidak hairan bila berlaku adik angkat abang angkat dikalangan orang yang sudah bergelar suami isteri. Malah lebih dari itu, suami orang berjumpa isteri orang hingga membawa kepada perbuatan zina dan sebagainya. Inilah yang menjadi masalah yang sukar untuk dibendung jika keimanan itu tidak ditanam dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Langkah terbaik ialah kembali kepada Islam, itu sahaja jalan terakhir untuk kita perjuangkan. Selagi UMNO BN terus berkuasa, maka selagi itulah gejala sosial dan segala macam aktiviti maksiatakan terus disuburkan di negara kita ini].
Share:

3 ulasan:

  1. facebook,myspace,twitter dan sewaktu dengannya ada pro dan kontranya.jika diri sendiri yang bersalah mengapa harus menuding jari pada pihak lain

    BalasPadam
  2. aku sokong PDO..memang banyak masa dihabiskan dengan melayan chat.kadang si isteri membiarkan ank2 sendiri pada mlmnya..pada siangnya di pusat asuhan..dimana kemesraan dlm famili..

    BalasPadam
  3. Tajuk pun...sila awasi.... apsal ada yg panas telinga pulak nii...ker memang keje dok goda anak dara org guna laman sembang sosial..siapa maka cili dia terasa pedasnya..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Khai Bahar Meriahkan Karnival Kerja Pahang 1st Di Komplek Belia Dan Sukan Di Kuantan Pada 26 September Ini

KUALA LUMPUR : Penyanyi popular Khai Bahar dan Haqiem Rusli bakal menghiburkan pengunjung menerusi mini konsert sempena Karnival Kerjaya Pah...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.