[Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan badminton China atas permainan mereka yang cukup menakjubkan. Menewaskan Malaysia 3-0 dan hari ini Indonesi juga dengan keputusan 3-0. Apa yang membezakan Malaysia dan Indonesi ialah, mereka tewas dengan rubber set untuk dua perlawanan terakhir. Malah perlawanan berkesudahan lebih dari satu jam untuk ditamatkan. Ini menunjukkan prestasi Indonesia lebih baik dari pemain-pemain Malaysia yang tewaskan straight set ketika bertemu China dalam separuh akhir baru-baru ini. Apapun, edisi Thomas dan Uber 2010 sudah berakhir, dan Malaysia perlu membina semula kekuatan jika berhasrat untuk membawa pulang Piala Thomas di gelanggang luar selepas ini. Jika di gelanggang sendiri pun pemain kita ternyata gagal melaksanakannya, apakah kita mampu lakukannya di tempat orang. Itulah yang menjadi kemusykilan ramai peminat badminton negara sebenarnya].
Marquez julang gelaran dunia MotoGP buat kali kelapan di Portugal
-
PORTIMAO – Marc Marquez membuktikan dirinya adalah pelumba terbaik dunia
sejurus mengesahkan gelaran dunia MotoGP buat kali kelapan di Grand Prix
(GP) Po...
8 jam yang lalu






pakat pakat r keras kan badan mcm lin dan,pantas mcm lin dan,pandai saiko mcm lin dan,, buat chong wei: lu lembut sgt..skill da ade tp tak cukup pantas mcm lin dan..tarak minum darah ular ker..hehehe
BalasPadamBuat BAM, sila-silalah cari bakat baru dan asah-asahlah bakat mereka tu kalau nak terus dikenang sebagai kuasa badminton dunia.
BalasPadamBuat pemain, kalau dah diberi peluang tu, bermainlah bersungguh-sungguh dan ikhlas, jgn nk mengira habuan dan wang ringgit yang bakal diterima.
Ya dulu malaysia kuasa badminton dunia. Tapi masa tu dah berlalu. Yang ada hari ini, perlulah bangkit dan buktikan yang kita mampu mengulangi sejarah lalu. bukan berangan dan asyik mengenang saja. Tak guna.
Kalau menang asyik ulang-ulang jer kejuaran apa yang dimenangi oleh mamat tu, naik bosak dan muak dengar.
Kalau kalah, alasan mental tak kuat nk atasi tekananlah, tak ada pengalaman peringkat antarabangsalah.
Persoalannya sampai bila nak ada dan cukup pengalaman ? Sampai bila nak jadi pasukan pelengkap kejohanan ? sampai bila nak bijak di gelanggang ?