Susulan keputusan Kerajaan "Islam Hadhari" UMNO BN yang meluluskan pengeluaran lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 ini, maka rakyat terutamanya yang beragama Islam perlu bangkit dan melakukan protes dengan segera. Tambahan pula kejohanan ini akan berlangsung tidak lama lagi (Jun 2010). Memandangkan syarikat yang memohon lesen itu adalah Berjaya Group, yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan (foto), maka langkah terbaik ialah "memboikot" produk dan bisnes-bisnes yang dikuasai oleh syarikatnya. Untuk menghalang kerajaan, mungkin agak sukar kerana kebenaran lesen itu telah pun diumumkan oleh Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin (Melayu Islam) dengan mendapat arahan daripada Perdana Menteri, Najib Razak (Melayu Islam). Maknanya, sia-sia sahaja beberapa kerat pemimpin UMNO peringkat bawahan berjuang dan melaungkan kononnya mereka membela Melayu dan Islam selama ini. Malah, ketika isu minum arak Datuk Zaid Ibrahim dikecohkan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini maka kita menyangka bahawa UMNO benar ikhlas mahu perjuangan maruah agama Islam itu sendiri.
Rupa-rupanya hanya "ritorik politik" untuk meraih undi semata-mata. Hakikatnya, pemimpin peringkat atasan UMNO tidak langsung peka kepada sensitiviti umat Islam di negara ini. Kebenaran memberikan kelulusan sesuatu yang haram bermakna menghina agama Islam itu sendiri. Makanya, bagi rakyat yang mengundi pemimpin dan parti yang menyokong benda yang haram seperti ini, apakah hukumnya di hari kiamat nanti?. Bukankah mereka sama-sama terlibat dan akan mendapat saham diakhirat nanti. Maka, jika selama ini kita sering memboikot produk-produk keluaran syarikat Yahudi kini kita juga harus melakukan perkara yang sama terhadap Berjaya Group. Atas alasan mereka gagal menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini, maka kita haruslah bertindak segera untuk memberi pengajaran kepada mereka.
[Kita juga agak hairan kenapa Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu UMNO yang katanya beragama Islam tergamak meluluskan lesen judi ini?. Apakah motif disebalik semua ini agaknya?. Mungkin juga da perjanjian sulit dengan Berjaya Group supaya memberi komisyen tertentu kepada kerajaan untuk digunakan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka itulah kelulusan diberikan biarpun mendapat bantahan umat Islam di negara ini. Jika beginilah keadaannya, maka sia-sialah ahli UMNO peringkat bawahan berjuang untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa. Jika pemimpin beragama Islam dan berbangsa Melayu sendiri khianat kepada amanah yang diberikan, bererti mereka telah menafikan hak ahli terbabit. Apalah lagi yang mahu ditunggu, berpijaklah dibumi yang nyata dan kembalilah ke pangkal jalan mulai sekarang. Jika tidak, dosa-dosa judi itu juga akan terpalit kepada mereka yang mengundi UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini sejak sekian lama].

Saya rasa syarikat judi merupakan menyumbang terbesar duit untuk BN dalam pilihanraya. Jadi tidak hairanlah mereka luluskan lesen judi itu...
BalasPadamFitnah tu PDO,,,,,tutup aje laman fitnah ni,,,dah bosan dgn PKR,,,hampes
BalasPadamorang Pahang dan semua rakyat Pahang dah tau apa rancangan busuk PDO ni,,,sebab NAJIB PM orang Pahang maka dia dengki,,,,PDO bukan orang Pahang,,,boleh blah PDO,,,,,,pengdengki orang Pahang jadi PM,,,,,
BalasPadamKami orang Pahang sangat bersyukur kepada Allah kerana memilih orang Pahang JADI PM,,,,kamu PDO tak usahlah dengki,,,,DAH bukan rezeki Anuar Ibrahim terima aje lah takdir Allah hai PDO PKR,,penjilat ANUAR
BalasPadamPDO---PUKIMAK,DAYUS,ONAR
BalasPadamSukan kena campurkan dengan judi 'halal', barulah boleh tarik kaki bola jadi pelanggan baru Berjaya Sport Toto. Lagi pun kerajaan menggalakan kita bersedekah kan Vincent Tan.
BalasPadamMalaysia dah cukup penagih dadah, mat rempit, GRO, kaki minum tapi tak cukup penagih judi. Jadi kena lah tambahkan kuota yang kurang tu.
hentikan fitnah dan busuk hati kamu PDO PKR,,,,,
BalasPadamkenapa dengki pula kami o0rg pahang jug atapi tahu menilai mana kaca mana intan mana sampah ini bukan fitnah tapi kalau umno cakap baru fitnah
BalasPadamorg pahang kena belajar dan belajar lagi se,pit kerana kain sehelai
BalasPadam