script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Spekulasi ADUN Pahang Kawasan Kerdau Kritikal, Apakah Pilihanraya Kecil Bakal Berlaku!

Dalam kesibukan orang ramai tertumpu kepada Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita panas bahawa satu lapi pilihanraya kecil peringkat DUN akan berlaku di Negeri Pahang Darul Makmur. Kekecohan berlaku akibat ada spekulasi yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto) berada dalam keadaan kritikal yang memungkinkan pilihanraya kecil akan berlangsung pada bila-bila masa dari sekatang. Beliau kini dikatakan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh. Awal minggu lepas ADUN BN dari UMNO terbabit telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010. Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran. Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam. Difahamkan selepas pembedahan usus tersebut, beliau tiba-tiba mengalami masalah komplikasi jantung pula dan terpaksa dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain.

[Kami cuba menjengok ke Blog ADUN Kerdau untuk melihat perkembangan terkini aktiviti politik beliau, namun ternyata hampa apabila paparan terakhir yang dikeluarkan bertarikh 29 Jun 2009 (hampir setahun yang lalu). Ini membuktikan kepada rakyat Pahang bahawa ternyata UMNO Barisan Nasional di Pahang cukup lemah dalam "perang siber", malah mereka langsung tidak peka dengan pengaruh blog dan internet yang telah banyak mengkucar-kacirkan BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Biarpun keadaaan YB terbabit dikatakan semakin stabil, namun ramai juga dikalangan pemerhati politik di Pahang yang kini mencongak untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil negeri pada bila-bila masa dari sekarang. Sebelum ini, sudah berlaku dua pilihanraya kecil negeri iaitu bagi DUN Sanggang dan juga DUN Ketari di negeri ini. Andainya berlaku pilihanraya kecil di Kerdau, makanya sudah pasti satu lagi pertembungan hebat akan berlaku dan menyaksikan apakah kekuatan BN di Pahang masih utuh atau tergugat. Apapun, kita mendoakan semoga ADUN terbabit cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat seperti biasa kepada seluruh rakyat di kawasanya].
Share:

10 ulasan:

  1. Kita doakan beliau cepat sembuh tapi kalau dah ajalnya sampai juga maka pengundi kawasan tsb akan bakal dapat durian runtuh seperti projek mee segera.

    BalasPadam
  2. btul2...kalau ADUN cpt mati cpt la membangun kws tu...

    BalasPadam
  3. projek bebilion dah ada tungu utk diumumkan jer kot.... mungkin nak buat zoo terbesar di dunia kot ...hahahaha...

    BalasPadam
  4. Betul tu, 2010 7:59:00.
    Membangun macam mee segera dah kembang...
    Matilah kami kontraktor Klas F. Semua duit peruntukan dah disogok kat temapt PRK.

    BalasPadam
  5. masyallah busuknya hati perut orang PKR,,,,PKR parti busuk hati penuh dendam dan berperangai syaitan,,,, SEMOGA PUPUS lah parti PKR ni

    BalasPadam
  6. Busuknya hati perut PKR,,,,memang parti busuk hati perut PKR,,,,

    BalasPadam
  7. Adake patut PKR berniat busuk,,,,seMUGA CEPAT lah PUPUS dan LENYAP parti PKR ni,,,,ya Allah kau lenyapkan lah parti PKR ni,,,,

    BalasPadam
  8. Mari lah kita sama2 bermohon kepada Allah semoga parti PKR ni pupus

    BalasPadam
  9. YA semoga parti PKR yang busuk hati perut ini pupus dan lenyap dari masyarakat Malaysia...

    BalasPadam
  10. Aku rasa comment 2010 10:10, 2010 10:11:00, 2010 10:13:0, 2010 10:14:00, 2010 10:28:00 mangkuk ayun karat yang sama kot. Gila ke otak dia or dah tahap nyanyuk ? tulis tak guna akal. Tuhan bagi akal sempurna gunakan sebaiknya wak kang.... Memang dah tahap OKU nie ( orang kuat UMNO )

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

MARAN : Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka me...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.