
KUALA LUMPUR, 4 Mei [12.10 pm] - Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun. Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim, James Foong dan hakim Mahkamah Rayuan, Suriyadi Halim Omar. Dengan keputusan itu, Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu dan terpaksa menjalani perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya. Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku. Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan. Ia memutuskan perbicaraan perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful. Laporan klinikal bersama itu dibuat oleh Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Seng - yang memeriksa Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dia mendakwa diliwat. Pemeriksaan mereka juga mendapati tiada kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh Saiful. Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
[Satu keputusan hakim yang amat mengelirukan dan mengesahkan lagi kes liwat ini adalah satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, sepatutnya seawal Saiful membuat laporan polis maka laporan perubatan perlu digunakan sebagai bukti yang laporannya itu betul atau palsu. Saiful pula sudah membuat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis. Kenapa begitu susah untuk polis mendapatkan laporan perubatan HKL dan Pusrawi sebelum menerima laporan polis Saiful?. Ini persoalannya sekarang. Maknanya polis begitu mudah menerima laporan mulut Saiful daripada laporan perubatan hospital. Kenapa ini berlaku sedangkan dalam kes-kes jenayah seperti terhadap orang lain, laporan perubatan itu akan disahkan dulu. Amat malang manusia bernama Anwar Ibrahim, beliau harus berentap dengan satu kes yang hanya diterima pakai berdasarkan laporan mulut, bahkan hakim-hakim menolak laporan perubatan yang sepatutnya menjadi bukti kukuh kes ini berlaku atau tidak. Dengan keputusan ini juga, ia jelas bermakna rakyat sudah boleh menjangka apakah akan berlaku kepada Anwar nanti. Apapun, teruskan sokongan dan pastikan keadilan tertegak dalam kes yang penuh dengan kecelaruan dan kontroversi ini hendaknya].
[Satu keputusan hakim yang amat mengelirukan dan mengesahkan lagi kes liwat ini adalah satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, sepatutnya seawal Saiful membuat laporan polis maka laporan perubatan perlu digunakan sebagai bukti yang laporannya itu betul atau palsu. Saiful pula sudah membuat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis. Kenapa begitu susah untuk polis mendapatkan laporan perubatan HKL dan Pusrawi sebelum menerima laporan polis Saiful?. Ini persoalannya sekarang. Maknanya polis begitu mudah menerima laporan mulut Saiful daripada laporan perubatan hospital. Kenapa ini berlaku sedangkan dalam kes-kes jenayah seperti terhadap orang lain, laporan perubatan itu akan disahkan dulu. Amat malang manusia bernama Anwar Ibrahim, beliau harus berentap dengan satu kes yang hanya diterima pakai berdasarkan laporan mulut, bahkan hakim-hakim menolak laporan perubatan yang sepatutnya menjadi bukti kukuh kes ini berlaku atau tidak. Dengan keputusan ini juga, ia jelas bermakna rakyat sudah boleh menjangka apakah akan berlaku kepada Anwar nanti. Apapun, teruskan sokongan dan pastikan keadilan tertegak dalam kes yang penuh dengan kecelaruan dan kontroversi ini hendaknya].






ramai yang meragui ketelusan inques dalam berhubung kematian arwah aminulrashid.
BalasPadambekas IGP tan sri hanif omar sepatutnya tak dipilih menyiasat kes ini kerana bimbang bias kerana beliau sendiri bekas IGP atau ketua polis negara.kini beliau timbalan pengerusi genting..menurut satu sumber
datuk wira abu seman sendiri adalah timbalan menteri dalam negeri..umum tahu polis terletak di bawah kementerian dalam negeri...rakyat tak mahu ada unsur bias dan cover up.Peguam Muhammad Shafee Abdullah pula adalah peguambela abu razak baginda dalam kes altantuya dan anggota panel yang lain ialah ketua pegawai eksekutif ASLI Dr Michael Yeoh dan naib canselor UiTM Prof Abdul Halim Sidek.
rakyat tak mahu siasatan ini seperti melepaskan batuk di tangga..eloklah satu suruhanjaya di raya ditubuhkan siasat perkara ini.jika rakyat tak puas hati mana kelak tak mustahil mereka akan turun ke jalan untuk melakukan protes....
Ramai yang percaya inques ini akan menjadi seperti inques mendiang teoh beng hock yang sampai sekarang belum selesai.
BalasPadamEntah-entah sampai PRU akan datang.sudah sampai masanya polis perlukan penambahbaikan.bukan itu sahaja Musa Hasan dan Khalid Abu Bakar perlu digantung tugas serta-merta........itu barulah profesional
polis-polis yang terlibat juga patut digantung tugas dan di reman
lepas ni mereka yang menjadi mangsa polis akan beratur membuat saman dan mengadu kepada suhakam jika inques ini tidak memuaskan hati rakyat.
apa nak takut jika di pihak yang benar.
Tok heran macamana pemberian ihsan dua telaga minyak kepada brunei di dibentangkan ke parlimen.patutnya Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dimaklumkan kerana ini melibatkan soal kedaulatan negara dan tindakan memberikan 2 telaga minyak bernilai rm320 bilion bolehlah dianggap menderhaka.
BalasPadammana ada sistem barter nak tukarkan dua telaga minyak dengan limbang.kita boleh rujuk kepada mahkamah keadilan antarabangsa jika brunei ingin menuntut limbang.
mantan PM dan semua menteri kabinet yang terlibat patut dibicarakan dan satu suruhanjaya di raja patut ditubukan untuk menyiasat perkara ini.banyak yang boleh dilakukan untuk negara dengan wang rm320 bilion itu.
ramai yang mula meragui kredibiliti pemimpin umno..dulu bagi rm77 juta kat apco.sekarang 2 telaga minyak bernilai rm320 bilion kepada brunei.
BalasPadamapa yang rakyat dapat hanyalah kenaikan harga barang,tol dan akan datang minyak dan gula tak lupa GST.
Kerajaan BN wajar ditumbangkan dalam pru akan datang kerana gagal uruskan harta negara dengan baik.
beli kapal selam pun yang tak leh menyelam.......
rakyat perlu sedar.
Jika duit sebanyak rm320 bilion ini digunakan boleh membangunkan banyak sekolah,menyediakan biasiswa,kemudahan jalanraya dan letrik,hospital percuma,harga minyak yang rendah,rumah kos rendah untuk golongan miskin dan banyak lagi.....
SPRM wajar menyiasat pemberian 2 telaga minyak ini kepada brunei kerana tindakan sebegini seperti nak melingkupkan negara........
BalasPadamisu pemberian telaga ini,teog beng hock,isu arwah aminulrashid,pkfz,apco,scorpene...
boleh menjatuhkan kerajaan BN yang semakin hari semakin lemah.
banyak negeri-negeri boleh dibangunkan dengan wang sebanyak
rm320 bilion itu.
jika kerajaan gagal menyelsaikan perkara ini dengan baik,rakyat akan bangkit menentang apa yang boleh disifatkan sebagai penyelewengan dan salahguna kuasa.
pemimpindatang dan pergi tapi biarlah berundur dengan cara yang bermaruah
Eloklah tu dah nak start bicara balik,harap2 jangan cari alasan tangguh2 lagi.Banyak lagi bukti2 lain akan dikemuka.Benar salah belum tahu lagi.Kalau betul saiful menyerahkan juburnya secara rela hukum sekali saiful.Jangan pilih bulu.Jangan benarkan peliwat atau aktiviti homoseksual berleluasa di bumi Malaysia ini.Penjenayah harus dihukum!
BalasPadamTAKBIR!
Sibu akan menjadi medan menghukum BN kerana rakyat merasa rugi berkerajaankan BN.itu tak campur lagi isu perkauman yang dilontarkan oleh bekas pegawai khas najib iaitu nasir satar....tok tak sampai hati menulis kat sini ...tapi bila kita mengatakan bangsa lain itu sebaia pengemis atau pelacur dengan sengaja kita memainkan sentimen perkauman.nasir satar hingga kini tidak didakwa apakah kerana dia kebal...
BalasPadamrakyat tidak memerlukan pemimpim ultra dan suka main sentimen melayu seperti ibrahim ali,ismail ketua bahagian umno bukit bendera,seorang adun wanita di perak,nasir satar kerana rakyat sekarang sudah bijak menilai..apa yang umno lakukan untuk melayu setelah memerintah lebih 50 tahun.
tak banyakkan.rakyat makin menderita.ada tempat yang tiada bekalan air dan letrik.ibrahim ali gah dengan perkasa tapi apa yang perkasa buat untuk melayu....
mereka yang sengaja membakar sentimen perkauman ini wajar diseret ke mahkamah untuk dibicarakan.
ada ke patut bila tak undi bn je nak kena hukum...macam budak tak sekolah pulak.
inilah namanya politik tak matang atau politik budak tak sekolah.sudah sampai masanya umno dan bn disekolahkan kerana cara berpolitik mereka tak matang dan merendahkan iq rakyat.padahal rakyat dah cerdik dan bijak menilai
aku rasa bontot sepul ni di liwat oleh kambeng hitam kot..
BalasPadamJika ikhlas bantulah rakyat bukan waktu prk sahaja.duit negara bukan milik umno dan bn.kenapa MP Pakatan Rakyat tidak diberikan peruntukan.berlaku adillah kerana mereka dipilih oleh rakyat di kawasan mereka.
BalasPadamapa yang baik dengan GST.......kenapa nak dilaksanakan?rakyat dah tentang tak perlulah buat pekak je.
kenapa perlu ada satu demonstrasi untuk memahami kehendak rakyat
PPSMI tak taulah kesudahannya.Muhyidin sebagai TPM dan menteri pelajaran gagal memahami kehendak rakyat.letaklah mereka yang bijak jadi menteri pelajaran kerana negara kita perlukan tokoh sedemikian.tokoh-tokoh akademik yang tak ada kepentingan boleh dilantik supaya setiap polisi dan dasar pendidikan tapi sampai ke peringat akar umbi dan memberikan manfaat kepada semua
kalau nak tolong melayu tak payah cakap banyak..buat je.
BalasPadamini kami akan kami akan..buatnya belum tentu.
sudah sampai masanya satu ngo ditubuhkan untuk memantau salahguna polis dan kekerasan yang digunakan kepada rakyat.
memang tak dinafikan polis baik dan berdisiplin cuma segelintir daripada mereka perlu dibersihkan...
menjaga keamanan negara tanggungjwab polis.membiarkan gerombolan bodoh berdemo sambil pijak kepala lembu bukan tugas polis.kalau PR diberikan layanan gas pemedih mata dan belantan FRU ketika berdemo...perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada gerombolan ini.
polis bukan bekerja untuk gerombolan tapi untuk rakyat semua.
itu yang perlu difahami oleh polis
Keputusan yang sudah di jangka, mahkamah tolak rayuan anuar.. Memang macam tu lah senario kehakiman kat negara kita. Lebih-lebih lagi mahkamah rayuan. Mana yang sokong BN, selamat. Mana yang pembangkang, di aniaya..
BalasPadamlo ya ke anon 8.14.. dianiaya ke??? isk..isk..isk... kalau keputusan semua belah dia org semua ok la kan... isk nak tanya satu la ...mana perginya ANWAR waktu keputusan pilihan raya hulu selangor baru2 ni erk...sampai la menyepi... gi dok merayu kat mamat israel mana pula dia
BalasPadamAl kisah mnaka berjamulah 3 ekor beruk yang diupah dengan pisang seteklah membuat keputusan yang ditunjukkan! Cerita berok dalam kebun aku jiran aku!
BalasPadamSPRM nak siasat ke sume tu buang masa aje lah kalau kes berprofil tinggi x yah lah rakyat dah masak dah dgn sistem undang2 malaysia ni, mereka tak takut pada hukum Allah tapi lebih takut kpd manusia, bila dah masuk dlm kubur baru tahu mereka dah buat silap tapi nak minta keluar balik ke dunia dah tak boleh dah, lagi pun di sana pangkat2 darjah kebesaran tak laku, yg laku hanya lah TAQWA.
BalasPadamEntah apa nak komen, dah tak tau. Cuma tertanya-tanya, inikah Wajah Malaysia Sebenarnya ?
BalasPadam