[UMNO BN nampaknya terjerat dengan isu pemberian lesen judi bola Piala Dunia ini. Rata-rata rakyat kecewa dan marah melihat apa yang berlaku. Mereka hairan, kenapa pemimpin UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tergamak tunduk kepada kehendak tokey judi, Vincent Tan untuk menggadaikan maruah agama. Malah, rakyat juga hairan kenapa pemimpin UMNO yang selama ini melaung-laungkan kononnya merekalah puak yang membela agama dan bangsa, tiba-tiba menikus dalam hal "judi bola" ini. Mereka semua tergamam kerana PM Najib Razak sanggup merelakan judi bola diluluskan gara-gara tidak mahu rakyat terjebak dengan judi bola haram. Malah, rakyat sebenarnya gusar jika isu ini tidak ditangani dengan betul lama kelamaan kerajaan UMNO BN akan mewujudkan pula lesen pusat pelacuran bagi mengelakkan daripada aktiviti pelacuran haram. Malah, akhirnya "anak haram" akan dijadikan "anak halal" gara-gara kealpaan pemimpin UMNO yang bertopengkan Islam itu. Maka itu, ayuh sekalian rakyat dan umat Islam beramai-ramai kita berhimpun dan nyatakan sokongan untuk membantah pemberian lesen judi bola sepak kepada kumpulan Berjaya ini pagi esok!].
Marquez julang gelaran dunia MotoGP buat kali kelapan di Portugal
-
PORTIMAO – Marc Marquez membuktikan dirinya adalah pelumba terbaik dunia
sejurus mengesahkan gelaran dunia MotoGP buat kali kelapan di Grand Prix
(GP) Po...
8 jam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan