KUALA LUMPUR 4 Mei [2.00 pm] – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada tuduhan menyertai satu perhimpunan haram di Parlimen pada tahun 2007. Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anslem Charles Fernandis gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. Dalam penghakimannya, Fathiyah berkata, seramai 13 saksi memberi keterangan bahawa ada orang awam berada di susur keluar tetapi tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang menunjukkan wujudnya satu perhimpunan. Mereka ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Mohamad Ghazali, 53; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli, 54; ADUN Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim, 63; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, 40; dan Ketua Muslimat Pas, Nuridah Mohd, 49. Turut sama dilepaskan dan dibebaskan ialah Ang Hiok Gak, 53; Mohammad Sabri Sapiai, 44; Hashim Awang, 41; Azira Ariffin, 36; dan Mohd. Badilah Muda, 35. Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu di jalan susur keluar bangunan Parlimen pukul 11 pagi pada 11 Disember, 2007.
[Pihak polis dan mahkamah terkadang menghukum ikut suka hati sahaja. Perhimpunan aman yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dianggap haram, sebaliknya bila ia dilakukan oleh puak-puak UMNO BN mereka terus menghalalkannya biarpun tidak mempunyai permit yang sah. Akhirnya, bila dibawa kepada perbicaraan mahkamah, mulalah mereka kekurangan bukti dan hujjah yang kukuh untuk menyokong tindakan tersebut. Akhirnya, ramai tertuduh yang pada awalnya dipersalah kemudian dibebaskan oleh pihak mahkamah. Inilah dia sistem kehakiman di Malaysia yang telah jauh menyimpang dari matlamatnya].






yeh..yeh akhirnya menang jugak.....tak ade PDO salah kan mahkamah.....PDO memang betul....tapi betul untuk Parti sendiri aje......
BalasPadamya betul... mmg ok kalau menang pada dia org pdo kata bagussssssssss semua
BalasPadamKes kecil-kercil memang dilepaskan kerana nak kenakan yang besar-besar walaupun tak ada kes ? Nak tunjuk adil konon! Ini semnua belit pemimpin Umno dengan menggunakan mahkamah - polis - Peguam negara - SPRM - dan belacinya yang hanya pandai komen saja untuk isi perut!
BalasPadam