script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Punca Utama Datuk Lee Chong Wei Kalah Dikenal Pasti, Semunya Dek Kerana Lemas Akibat Di Peluk Bini PM Najib Rosmah Mansor Rupanya !

Petang ini, pasukan China bakal bertemu Indonesia dalam Perlawanan Akhir Badminton Piala Thomas, dari Stadium Putra Bukit Jalil. Peminat badminton Malaysia bakal dapat menyaksikan acara tersebut menerusi siara langsung yang bakal dibawakan oleh RTM1 dan juga Astro Arena. Ada sesuatu yang sukar untuk diterima oleh jutaan peminat badminton Malaysia seantero dunia. Ia berkaitan dengan kekalahan memalukan Malaysia kepada China 0-3 dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ini. Kesedihan itu ditambah lagi dengan kedukaan apabila, bintang yang dikatakan berjaya membawa Malaysia melangkah ke akhir iaitu Hafiz Hashim gagal diturunkan selepas Chong Hann tewas dalam perlawanan perseorangan kedua yang menyaksikan kita tunduk 0-3. Malah, kita juga amat kecewa kerana harapan yang kita pertaruhkan untuk pemain Malaysia membawa pulang Piala Thomas selepas kempunan selama 18 tahun rupanya menjadi igauan buruk buat kita. Apa tidaknya, harapan menggunung kepada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akhirnya menyaksikan beliau menjadi "ulam" atau "ayam belasahan" pemain nombor dua dunia, Lin Dan dari China. Persoalannya, kenapa begitu buruk permainan Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia?. Apakah status ranking itu sudah cukup untuk membuatkan Chong Wei ditakuti oleh semua pemain handalan dunia?. Rupa-rupanya, Lin Dan dilihat lebih hebat dan lincah dari "ayam tambatan" kita itu. Kemenangan yang dicari dihadapan ribuan penyokong dalam stadium akhirnya berkesudahan dengan dia kecundang 21-17, 21-8 kepada Lin Dan. Sukar untuk dipercayai Chong Wei tewas "under ten", iaitu bawah angka 10. Inilah yang diperkatakan oleh ramai peminat badminton negara. Mereka tidak hairan kiranya Chong Wei tewas dengan "rubber set" atau perbezaan mata yang tipis. Namun, Chong Wei tewas digelanggang sendiri dengan penuh kehinaan sebenarnya. Apakah ini tahap pemain nombor satu dunia yang kita impikan selama ini?.

[Kami cuba mencari jawapan atas kekalahan tersebut. Rupanya, Chong Wei "terkejut dan shock" kerana Perdana Menteri dan isterinya turut hadir dalam perlawanan separuh akhir pada malam itu. Inilah yang menyebabkan Lee Chong Wei "gelabah" dan bermain dalam keadaan "tidak tentu hala" serta "hilang keyakinan". Ini kerana selepas beliau menang di perlawanan separuh akhir dengan Denmark sebelum itu, Isteri PM iaitu telah memberi penghormatan kepada beliau dengan memeluk erat pemain tersebut. Tindakan Rosmah ini jelas sekali Rosmah Mansor"haram dari sisi agama", tambahan pula Chong Wei bukanlah mahramnya. Dek kerana kejahilan dan kedangkalan tentang Islam, Rosmah tergamak memeluk erat Chong Wei malah muka pemain nombor satu Malaysia itu telah disembamkan ke dadanya. Inilah yang menjadi punca utama kenapa Chong Wei lemas dan gagal bermain dengan baik ketika bertemu Lin Dan baru-baru ini. Tambah mengejutkan bila Rosmah turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Maka itu, bersyukurlah kerana kita tidak menang dalam perlawanan separuh akhir itu, jika tidak pasti semua pemain Malaysia akan dipeluk erat oleh isteri Perdana Menteri Malaysia yang merupakan oran Melayu Islam itu].
Share:

6 ulasan:

  1. Big mama jangan gatal sangat semua orang dia nak peluk

    BalasPadam
  2. dia nak balas dendam pada PM kot...hehehe

    BalasPadam
  3. FUUYOOOOO....
    MANTAPP...

    BalasPadam
  4. Salah peluk tu. Patutnya peluk Lin Dan. Baru Chong Wei leh menang. Apa dah bigg mama nie..

    BalasPadam
  5. haha..teori yang boleh dipertimbangkan...

    BalasPadam
  6. Datuk lee choong wei keracunan akibat terminum segelen susu expired pemberian kak semah tu pasal la kalah..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.