Jika dulu rakyat di Hulu Selangor mendapat "durian runtuh", kini segalanya telah dilupakan, bahkan mereka perlu menunggu masa yang lama untuk mendapat semula habuan-habuan wang ringgit dan pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan UMNO BN. Begitu juga dengan kawasan lain seperti di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bagan Pinang, Batang Ai, Penanti dan sebagainya. Semua rakyat yang menyokong BN di kawasan ini kini terpaksa menelan "air liur" melihat projek dan apa yang dijanjikan tidak kunjung-kunjung tiba. Mereka terpaksa berputih mata dan mengharapkan agar berlaku sekali lagi pilihanraya kecil di kawasan mereka barulah boleh mengharapkan semua itu. Selagi tidak ada kerusi DUN atau Parlimen yang kosong, maka selagi itulah mereka perlu menunggu hingga ke pilihanraya umum akan datang. Itu pun limpahan kemewahan yang bakal dinikmati tidaklah sehebat ketika pilihanraya kecil diadakan. Apa yang pasti, projek "mee segera" dan "wang ringgit" kini ditaburkan di Sibu Sarawak pula. Beruntung benar rakyat di sana kerana "wang besar sudah datang" untuk dinikmati mereka. Biarpun PM Najib Razak berapi-rapi menafikan BN memberi rasuah dan membeli undi untuk mendapat sokongan rakyat, namun kenyataan itu sekadar "indah khabar dari rupa" semata-mata. Bahkan, rakyat Malaysia sudah lama tahu bahawa hanya dengan "membeli undi" sahaja BN terpaksa disokong oleh rakyat. Itu pun bagi mereka yang sudah dibutakan mata dan hati daripada melihat kebenaran. Jika tidak, sudah pasti tidak ada sesiapa lagi yang akan memangkah parti karat itu buat sejak dulu, kini dan pasti buat selamanya.
Kelmarin, media arus perdana mula memainkan peranan mereka di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu. UMNO BN seolah tidak langsung mahu mematuhi segala arahan dan undang-undang pilihanraya yang telah ditetapkan iaitu kesalahan kerana merasuah pengundi. Lantaran itu bagi menghalalkan apa yang mereka lakukan, maka pemimpin UMNO BN terpaksa mengarahkan jentera komponen mereka iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang badan bebas untuk memantau pilihanraya supaya adil dan telus iaitu Mafrel dari melaksanakan tugas mereka di Sibu. Kononnya SPR sudah bersiap sedia dan cukup jentera untuk melaksanakan tugas tersebut. Walhal, SPR dilihat lebih bersikap "double standard" dalam setiap tindakan mereka. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPR, Aziz Yusof (foto) ketika di Hulu Selangor baru-baru ini juga dilihat berat sebelah. Beliau menyalahkan pembangkang 100% dalam apa jua kejadian dan kekecohan yang berlaku. Seolah-olah UMNO BN itu "perfect 100%" dan patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh mereka. Kini, ia berlaku lagi di Sibu, SPR sudah pasti akan menggunakan segala kekuatan mereka untuk memastikan BN menang besar di sana. Tambahan pula, parlimen Sibu terletak dalam kawasan "talian hayat BN". Terbenamnya Sibu kepada pembangkang, bermakna harapan untuk merampas lebih banyak kerusi parlimen di sana dalam pilihanraya umum akan datang pasti tercapai. Ini juga akan membolehkan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat. Oleh itu, Sibu akan menjadi "lambang kejayaan" dan perubahan besar yang diharapakan oleh rakyat. Sebab itulah, SPR pasti akan mencuba untuk menggagalkan hasrat pembangkang itu sama seperti apa yang berlaku di Hulu Selangor dulu.
Muhyiddin Mula Janji Rasuah Lebih RM1 Bilion
Janji-janji manis "projek mee segera" nampaknya sudah tiba di Sibu. Berbondong-bondong menteri UMNO BN mula berkampung dan menabur janji untuk meraih undi. Antara yang paling awal kelihatan ialah seperti Muhyiddin Yassin (Taiko BN di Sibu), S.Subramaniam (Tokey Kerja), Shabrey Chik (Sukan) serta ramai lagi. Apa yang jelas, BN berhadapan dengan satu masalah besar iaitu masalah banjir yang sering melanda Sibu. Maka itu, Muhyiddin Yassin selaku TPM, Menteri Pelajaran dan Taiko BN di Sibu mulalah melakukan tugasannya untuk meraih undi di sana.
Paling menarik janji manis penduduk Sibu kononnya akan diberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan projek perparitan dan tebatan banjir bernilai lebih RM1 bilion sehingga masalah itu selesai. Beliau juga menegaskan bahawa kerja-kerja untuk fasa pertama projek itu yang membabitkan peruntukan RM300 juta telah berjalan dan dijangka siap dalam masa dua tahun. Muhyiddin berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. Beliau juga sebelum itu mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk meningkat prasarana sekolah tersebut yang disifatkannya antara sekolah terbaik di negeri ini.
Jika SPR Cekap Dan Telus, Kenapa Tutup Mata
Soalnya sekarang, bukankah apa yang dijanjikan itu adalah "wang ringgit", maknanya ia adalah "rasuah pilihanraya". Jika benar SPR itu bertindak profesional "cekap dan telus" seperti motto mereka, maka seharusnya perkara ini diambil tindakan. Dengan ini terbuktilah kepada kita bahawa rakyat Malaysia terus ditipu di dibohongi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak sekian lamanya. Biar pun sesiapa yang dilantik menjadi Pengerusi badan bebas itu, maka selagi ia berada dibawah telunjuk kerajaan yang memerintah, bermakna selagi itulah SPR akan dilihat "bias" terhadap pihak lain. Amat malang sekali bagi kita sebagai rakyat terpaksa berhadapan dengan satu pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan seperti ini. Ia jelas termaktub dalam Undang-Undang Malaysia (Akta 5) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Bhg III) Perbuatan-Perbuatan Rasuah yang antara lain berbunyi seperti berikut ;

Sila rujuk disini untuk lain-lain kesalahan dan rasuah pilihanraya

[Dalam keadaan SPR yang dilihat berat sebelah itupun kita merasa amat berbangga dan bersyukur kerana rakyat membuktikan mereka adalah hakim negara. Malah, BN akhirnya tumbang dibeberapa buah negeri yang menjadi kubu kuat mereka selama ini. Apakah ini boleh kita katakan sebagai SPR "cekap dan telus" seperti telahan puak-puak UMNO BN. Mereka bahkan mengejek penyokong Pakatan Rakyat kononnya jika SPR tidak telus kenapa Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh pembangkang?. Mereka jahil tentang demokrasi sebenarnya. Kemenangan di negeri terbabit dan banyak kawasan DUN serta Parlimen dalam pilihanraya umum lalu adalah dek kerana "Suara Rakyat" dan bukannya SPR. Rakyat majoritinya menolak UMNO BN, maka SPR cubalah menipu undi banyak mana sekali pun BN masih tetap kalah. Lantaran itu, Pakatan Rakyat menang bukan kerana SPR itu sudah telus dan adil mengendalikan pilihanraya. Buktinya, BN menggunakan wang dan merasuah pengundi dengan banyak sekali. Kesalahan itu ternyata termaktub dalam akta pilihanraya yang digubal oleh SPR sendiri. Tetapi mereka mendiamkan diri dan membiarkan semua itu berlaku. Bukankah ini bukti SPR memang tidak telus dan adil melaksanakan pilihanraya di negara ini. Maka itu, seluruh rakyat di Sibu perlu menggunakan "Suara Rakyat" untuk memastikan Pakatan Rakyat menang di sana. Kita tidak yakin dengan cara biasa, kerana ada sahaja peniupan dan pakatan SPR sebagai salah satu parti komponen BN itu sebenarnya. Apakah mereka sedar semua ini?]

Bacalah jawapannya di : http://warisanpahang.blogspot.com/2010/05/prk-sibu-05-beri-janji-dan-tin-kosong.html
BalasPadamparti PKR pengkhinat negara bangsa, PKR parti busuk hati, penyebar fitnah, penghasut paling busuk,,,paling suka tabur fitnah orang PKR
BalasPadambile dgr janji puak2 BeEnd dlm PRK ni aku tertanya2 bila le DUN Penur (Parlimen Pekan) nak "adakan" PRK,....pasal Penur....ni tuhan saja yg tahu....kalu ada PRK baru org BeEnd nak ambik tahu....
BalasPadamLetihlah kalau ada PRK. Apa tidaknya, duit peruntukan semua dilabur untuk memancing undi, rasuah pilihanraya yang dihalalkan. Semua duit yang sepatutnya dibayar kepada kontraktor klas F yang telah menyiapkan projek kerajaan semua hnagus. Kalau macam inilah mampus kami kontraktor Klas F yang terdiri dari dari orang melayu.
BalasPadam....... dah tak ada akal ke kerajaaj nie, pentingkan kuasa gadaikan maruah melayu, bunuh anak-anak bangsa ? Itukah yang dinamakan ketuanan Melayu ?