KUANTAN, 10 Mei [3.33 pm] - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Summer Set Resort di Kuala Rompin (foto) ditutup sementara mulai hari ini kerana gagal mematuhi syarat penyelenggaraan yang ditetapkan. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata seramai 265 pelatih di kem itu telah dipindahkan ke beberapa kem PLKN berdekatan untuk mereka meneruskan latihan. "Ibu bapa telah dimaklumkan mengenai perpindahan anak-anak mereka dan pergerakan telah dimulakan pagi tadi, setakat ini ia berjalan dengan lancar, tiada apa-apa masalah," katanya hari ini. Abdul Hadi berkata JLKN memberi tempoh tiga bulan kepada pihak kem itu untuk membuat penambahbaikan termasuk daripada aspek kebersihan dan keselamatan kem sebelum ia dibenar beroperasi semula. Beliau berkata penutupan sementara kem itu adalah yang kedua dilakukan oleh JLKN selepas Kem PLKN Titian Bintangor, Rembau di Negeri Sembilan pada 7 April lepas atas masalah sama. "JLKN ingin memastikan pelatih berada dalam keadaan selesa, boleh mengikuti latihan dengan sempurna dan keselamatan pelatih diutamakan. Setiap kem mempunyai jadual pematuhan, jika mereka tidak menyelenggara kem sebaik mungkin tahap kerosakan akan lebih cepat dan membahayakan" katanya.
[Nampaknya semakin program PLKN ini berjalan lama maka semakin banyak peraturan dan syarat yang ditetapkan gagal dipatuhi oleh pihak pengurusan kem terbabit. Bukankah ini akan memberi kesan kepada peserta yang menjalani latihan di kem tersebut. Amat memalukan apabila kem di Pahang tiba-tiba ditutup, selepas kita dikejutkan dengan adengan "Tuan Muda" menipu Pengarah JLKN dan Exco Pahang, untuk melawat ke kem PLKN dekat sini. Semua ini merupakan satu kealpaan yang sukar untuk dimaafkan sebenarnya. Maklumat dalaman yang diterima mengatakan PLKN lebih mengutamakan jatidiri dan semangat patriotisme dikalangan peserta, sebaliknya nilai moral dan agama telah dinafikan sama sekali. Malah, ada sesetengah kem yang menghalang peserta untuk menunaikan solat semata-mata perlu tepat pada jadual latihan yang telah ditetapkan. Lantaran itulah ramai ibubapa yang tidak mahu anak-anak mereka terlibat dengan kem yang dilihat lebih merupakan dakyah menjauhkan diri mereka daripada pengetahuan agama Islam itu sendiri].






parti PKR bakal pupus sebabnya PKR hanya tahu buat fitnah dan adu domba perkara paling busuk,,,,,selamat pupus PKR,,,,,
BalasPadam