KUANTAN, 13 Mei [8.05 am] - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto) yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Ahad lepas, kini beransur pulih. Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Ismail Mohammad Said yang menziarahinya di IJN hari ini berkata Zaharuddin, 63, sudah boleh berinteraksi dengan anggota keluarga dan para pelawat yang menziarahinya. "Beliau tidak lagi menggunakan alat bantuan penafasan,” katanya. Beliau dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Beliau dimasukan ke hospital itu pada 3 April lepas setelah mengadu sakit bahagian perut. Ismail berkata Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut berkenan untuk menziarahnya, pagi semalam.
[Kami mengucapakan selamat kembali bertugas kepada YB Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin selepas ini. Berita ini pasti sedikit mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat yang amat mengharap satu pilihanraya kecil berlaku di bumi Pahang ini. Apa pun, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kami juga difahamkan YB Leong Ngah Ngah, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Triang kini mengalami sakit peribadinya dan masih menjalani rawatan secara berkala. Semoga beliau juga akan kembali sembuh seperti sediakala dan dapat berkhidmat kepada rakyat di kawasannya. Ramai yang tidak perasan beliau sakit kerana semangat juang dan tradisi membela rakyat yang cukup tinggi dalam dadanya. Justeru itu beliau berjaya pertahankan kerusi DUN Triang untuk penggal yang kelima].






amain ya rabulalamin....
BalasPadamNasib baik tak kiok, kalau tak habislah duit rakyat dijadikan umpan untuk memancing undi. PRK dijadikan medan UMNO untuk memperkotak-katakkan SPRM.
maka lambat la pembangunan kat kws tu...
BalasPadamBusuk niat PKR ni,,,semoga cepat lah lenyap dan pupus parti PKR ni,,,,,
BalasPadam