Politik keluar masuk nampaknya semakin menjadi-jadi sekarang ini, tambahan pula bila menjelang sesuatu pilihanraya. Inilah yang berlaku bila setiap kali pilihanraya kecil diadakan di negara kita. Rakyat semakin panik dan "bengong" melihat senario yang berlaku ini. Apa tidaknya, pemimpin yang dipilih dan diberi kepercayaan untuk membawa agenda perubahan untuk mereka tiba-tiba berpaling tadah dan menongkah arus. Persoalannya, apakah isu "lompat parti" ini berjaya menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti lawan terutamanya Pakatan Rakyat. Jika soalan ini diajukan kepada penganalisis politik yang mencari makan dengan kerajaan UMNO BN, maka sudah pasti mereka akan mengampu dan mengatakan keluarnya pemimpin tertentu akan menyebabkan parti pembangkang ditolak rakyat. Namun, hakikatnya sokongan rakyat terhadap pembangkang di negara ini semakin melonjak selepas berlaku episod pemutihan "lompat parti" mutakhir ini. Di mana-mana sahaja diadakan Ceramah Umum Pakatan Rakyat, maka sudah pasti berbondong-bondong manusia dari segelenap pelusuk negara akan hadir membersi sokongan. Malah mereka kelihatan bersemangan dan mengharapkan perubahan. Memang benar, ada sesetengah pemimpin UMNO BN melihat keluarnya beberapa pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat tertutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan parti itu hilang sokongan. Namun masalahnya yang hilang itu hanyalah beberapa kerat pemimpin terbabit tetapi bukannya sokongan rakyat. Pemimpin seperti Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibung Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan ramai lagi yang berbuat demikian ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini iaitu Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan Setiausahanya, Muhammad Ezri Zainal Abidin. Malah, kononnya ramai lagi yang dijangka berbuat demikian selepas ini.Dua Tiga Orang Keluar Pun Mahu Dihebohkan
Kenapa Yang Berparti Boleh Dibenarkan Bebas
Hikmah Di Sebalik Isu Insiden Lompat Parti
Berapa ramai sekali pun pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR yang lompat parti, maka rakyat tidak harus menggelabah dan gusar dengan fenomena ini sebenarnya. Malah, keluarnya pengkhianat rakyat itu adalah dengan satu hasrat dan tujuan, iaitu mereka tidak tahan lagi untuk meneruskan perjuangan dan gagal dipertengahan jalan. Inilah yang merugikan mereka sebenarnya. Sia-sia sahaja perjuangan yang dilalui selama bertahun-tahun lamanya. Malah ada yang sanggup dipukul dan dizalimi pihak polis semasa berjuang kini rebah dengan habuan duniawi. Begitu juga dengan mereka yang relah ditahan ISA, kini termakan dengan pujuk rayu akhirnya kembali ke jalan yang disangka benar belaka. Apa yang penting, berapa ramai pun pemimpin yang melompat maka kita harus ingat bukan rakyat atau penyokong yang dibawa bersama mereka. Oleh itu, apa yang mahu ditakutkan?. Biar berapa ramai pemimpin PKR "cap ayam" yang melompat, kita juga harus ingat ramai juga pemimpin UMNO BN yang kini bersama kita termasuk yang meletakkan jawatan ketika bergelar menteri seperti Datuk Zaid Ibrahim dan bekas menteri seperti Datuk Seri Chua Jui Meng sendiri. Inilah kehebatan suara rakyat namanya. Mereka berbangga kerana beberapa kerat pemimpin melompat, tetapi akhirnya apa yang berlaku di Sarawak pabila sebuah parti politik iaitu Sarawak National Party SNAP (foto) kini tiba-tiba menyertai Pakatan Rakyat.Satu parti masuk Pakatan Rakyat dengan beberapa kerat pemimpin
PKR keluar parti, mana yang lebih besar impaknya kepada BN?
[Inilah sebenarnya politik. Kekuatan BN bakal hancur di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat ini. Maka, pemimpin UMNO BN kini bagai cacing kepanasan untuk mencari jalan bagi memenangkan dan mengekalkan kerusi Parlimen Sibu dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Sokongan rakyat kini semakin melonjak-lonjak, kekalahan PKR di Hulu Selangor bakal membenamkan BN dalam pilihanraya umum akan datang di kerusi yang sama. Lihat saja apa yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim di Ijok dulu, beliau kalah dalam pilihanraya kecil tetapi akhirnya menang bergaya dalam pilihanraya umum selepas itu. Maka itu, BN boleh berbangga atas bantuan SPR untuk menang di Hulu Selangor. Apa yang penting sokongan rakyat untuk melihat perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datan pasti akan tercapai. Kejayaan yang cukup bermakna untuk sekalian rakyat yang cintakan Islam dan keadilan di negara ini. UMNO BN pasti menggigit jari].






HAKIKATNYA MEREKA INI ADALAH AHLI UMNO JUGA SO YOUALL JANGAN LAH MENJADI HAIRAN. CUMA KOSMETIKNYA AJE, HATI MEREKA TETAP JUGA BERKIAS KEPADA UMNO. KERANA DALAM UMNO YOU NAK APA SEMUA MEREKA BOLEH ADAKAN. YG SALAH BOLEH JADI BETUL TAPI DALAM PEMBANGKANG YG BETUL MEREKA KATA TETAP SALAH.KALAU TAK PERCAYA SILA BACA MEDIA MELOYAKAN. MANA ADA PEMBANGKANG YG BETUL, WALAUPUN MEREKA BERI IDEA YG BAIK.
BalasPadamELOK SANGATLAH MEREKA KELUAR, JANGAN JADI MACXAM BN KHASNYA UMNO, AKHIRNYA BARAH - BARAH INI BUSUK HINGGA KESELURUH USUS.
BalasPadamHakikat yang hakiki, itulah Senario Politik Malaysiaku Yang Tercinta. Apa nak dikata ?
BalasPadam