script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Penyerahan Blok L Serta M Kepada Brunei Merupakan Malapetaka Yang Paling Serius Dalam Sejarah Pemerintahan BN Di Negara Ini !!

Isu Penyerahan Blok L dan M kepada Kerajaan Brunei merupakan malapetaka paling serius dalam sejarah pemerintahan UMNO Barisan Nasional. Tragedi ini lebih buruk bilamana pihak kerajaan cuba merahsiakan isu sebenar di sebalik penyerahan kedua-dua blok yang mempunyai hasil lebih dari RM320 billion. Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) apa yang mendukacitakan ialah penyerahan kedua-dua blok ini hanya diumum sepintas lalu, seolah-olah ianya bukanlah perkara besar yang perlu diketahui oleh rakyat. Sikap baik sangka rakyat terhadap kenyataan PM pada waktu itu, bahawa pertukaran surat dibuat bagi menyelesaikan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara, dan lebih meyakinkan bilamana ia dianggap jalan baik “win-win situation” bagi menyelesaikan isu tuntutan Limbang oleh Kerajaan Brunei. Pertikaian sempadan wilayah adalah perkara biasa dialami oleh mana-mana negara di dunia, apatah lagi bila ianya melibatkan kawasan ZEE. Lantaran itu penyelesaiannya akan mengambil masa yang panjang dan pelbagai jalan dilakukan bagi mempertahankan hak negara. Kita boleh bandingkan negara berhak mengambil tindakan ketenteraan bilamana perairan atau ruang udara diceroboh. Itulah makna kedaulatan negara. Amat malang bilamana pemimpin hanya mengadakan perbincangan di peringkat kabinet, dan membuat keputusan menyerahkan wilayah sendiri sebegitu mudah.

"Kita memahami deklarasi yang dibuat, Namun ianya bukanlah bermakna kita terus tunduk tanpa membuat apa-apa usaha. Tragedi ini adalah kali ketiga negara menghadapi situasi kehilangan wilayah. Bermula dengan penyerahan Singapura, kemudian melalui mahkamah antarabangsa kita kehilangan Batu Putih, dan hanya melalui mesyuarat kebinet kita hilang dua blok minyak. Apakah selepas ini kita akan hilang lagi kedaulatan mana-mana wilayah kita? Dengan sikap pimpinan BN yang ada semuanya tidak mustahil. Rakyat kini menuntut satu tindakan ke atas semua pemimpin yang terlibat dengan tragedi malang ini"
kata beliau. "Kita sangat sedih dengan kehilangan ini. Namun lebih dukacita bilamana pemimpin seolah-olah melihat isu ini sebagai perkara remeh temeh, dan rakyat pula disibukkan dengan kempen Piala Dunia yang diulang setiap kali selepas berita utama. Andainya isu sebegini berlaku di negara lain, kita yakin kerajaan BN sudah hilang dari persada politik tanahair; bahkan mungkin pimpinannya sedang termenung di sebalik tabir besi. Ternyata sebenarnya rakyat semakin hilang petrotisma; sehingga kehilangan wilayah sebesar ini pun tidak menjadi satu isu yang membangkitkan amarah rakyat" tambah Dato' Tuan lagi.


Isu ini berlaku kerana PM Pak Lah Badawi yang punya angkara
Menurut beliau kerajaan UMNO BN perlu lakukan sesuatu. Saman awam perlu diteruskan, di samping tuntutan agar satu usul tergempar perlu dibawa agar Parlimen mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu ini. Rakyat perlu tahu dan perlu diberitahu apa sebenarnya telah terjadi. Kerajaan dituntut agar telus dalam sebarang isu besar negara kerana negara ini milik semua warga. Sikap menyembunyi apa yang berlaku; tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mewar-warkan sebagai sebuah negara paling pesat membangun. Sumber Blog selamatkan pahang

[Penjelasan mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi berhubung penyerahan padang minyak iaitu Blok L dan M kepada Brunei secara jelas memperlihatkan Malaysia mengalami kerugian RM320 bilion (boleh bayangkan tak apa yang kita boleh buat dengan duit sebanyak itu?). Ini kerana, negara kehilangan hak mutlak ke atas kedua blok itu dan syarikat Murphy Sabah Oil Co Ltd yang sebelum itu sudah pun memasuki perjanjian dengan Petronas Carigali Sdn Bhd untuk memajukan kedua blok itu menarik diri dari usaha sama berkenaan kerana kedua blok itu bukan lagi milik Malaysia. Tindakan Murphy itu nyata memperlihatkan kerugian kepada negara ini. Daripada milik Malaysia kepada bukan milik Malaysia. Kalau Pak Lah tidak serahkan hak itu kepada Brunei, maka Petronas dan Murphy Oil pastinya boleh teruskan kerjasama itu. Apa yang berlalu kini, Malaysia hanya 'dipelawa' untuk memajukan kawasan berkenaan di bawah perjanjian pada 16 Mac 2008 antara kedua negara. Elok kita boleh monopoli sendiri, Pak Lah boleh pulak bagi begitu sahaja dan kemudian dimalukan, apabila Kerajaan Brunei dengan terbuka menafikan ia mengugurkan tuntutan ke atas wilayah Limbang].

Share:

19 ulasan:

  1. diharap kerajaan brunei teruskan tuntutan keatas limbang. selamatkan rakyat limbang daripada pemimpin rakus rasuah bn. rakyat limbang pasti hidup selesa dibawah pemerintahan brunei. tak perlu bayar cukai, rumah murah, kereta murah, minyak murah, penganggur diberi elaun khas dan sebagainya. rakyat limbang dan lawas mempunyai ramai saudara-mara di brunei. pertuturan mereka juga sama bah. jika anda pergi ke rumah-rumah di kawasan nelayan lawas seperti punang, awat-awat dan sundar anda akan melihat gambar sultan brunei digantung di dalam rumah. penduduk kawasan ini merasa lebih rapat dengan kerajaan brunei yg dilihat lebih prihatin kepada rakyatnya. daulat tuanku sultan brunei.

    BalasPadam
  2. aku minta geng pdo ni semua elok berambus dok kat negara lain la...kalau asyik nak melingkup dan memecah belahkan rakyat malaysia ni...tak ada hampa semua aman aje... termasukla anuar tu...elok hantar pi ulu banat mana2 la...kawan ngan monyet2 tu

    BalasPadam
  3. kah kah kah ada orang sensitif nampak. sebenarnya kami rakyat sarawak tak kisah pun negara kehilangan 2 blok minyak tengah laut tu. ada ker takde blok berisi rm320 billion minyak tu tak ada beza pun pada kami rakyat bawahan yg kais pagi makan pagi ni. yang masyuk hanyalah pemimpin2 bn sarawak dan semenanjung yg kowtim. kalau boleh jual seluruh sarawak ni pada brunei lagi bagus

    BalasPadam
  4. parti PKR dianggotai orang sakit jiwa yang suka tabur fitnah,,,orang PKR tak reti buat kerja tapi hanya pandai jadi dajjal menabur fitnah sana sini,,,,apa lah dalam hati perut org PKR,,,tempat tinggal syaitan agaknya,,,,

    BalasPadam
  5. PKR takyah tabur fitnah,,,,korang memang simpan syaitan dalam hati perut tu pasal suka jadi batu api,,,,,si kitul PKR,,,,,

    BalasPadam
  6. Mari lah rakyat Malaysia kita humban orang PKR ke luar negara,,mereka PKR ni penabur fitnah jiwa busuk,,,,

    BalasPadam
  7. semuga parti PKR berkubur sama macam semangat 46

    BalasPadam
  8. ya semuga parti PKR lenyap dari tanah melayu tercinta,,,pegi berambus sama PKR,,,parti kuat rusuhan

    BalasPadam
  9. Ayuh rakyat malaysia marilah kita singkirkan PKR dari tanahair kita

    BalasPadam
  10. Nape anon ni meroyan... apa yang Fitnah nye... sebut.. tapi takde bukti apa2 pun... hehe..kesian

    BalasPadam
  11. Tu beruk mana pulak sesat ? Marah sangat dengan PKR ? Kau tau tak bahalol, Siapa Orang-Orang PKR ? Mereka adalah bekas-bekas ahli UMNO Yang korup, yang tak dapat pangkat, yang tak dapat projek. Pokoknya yang tak dapat apa-apa keistimewaan pun dalam UMNO dulu. Pendek ceritalah mereka nie adalah orang-orang UMNO yang kecewa. Sebab tulah perangai depa-depa nie lebih kurang jer dengan suku sakat UNMO dulu.

    BalasPadam
  12. Tu beruk mana pulak sesat ? Marah sangat dengan PKR ? Kau tau tak bahalol, Siapa Orang-Orang PKR ? Mereka adalah bekas-bekas ahli UMNO Yang korup, yang tak dapat pangkat, yang tak dapat projek. Pokoknya yang tak dapat apa-apa keistimewaan pun dalam UMNO dulu. Pendek ceritalah mereka nie adalah orang-orang UMNO yang kecewa. Sebab tulah perangai depa-depa nie lebih kurang jer dengan suku sakat UNMO dulu.

    BalasPadam
  13. Tu beruk mana pulak sesat ? Marah sangat dengan PKR ? Kau tau tak bahalol, Siapa Orang-Orang PKR ? Mereka adalah bekas-bekas ahli UMNO Yang korup, yang tak dapat pangkat, yang tak dapat projek. Pokoknya yang tak dapat apa-apa keistimewaan pun dalam UMNO dulu. Pendek ceritalah mereka nie adalah orang-orang UMNO yang kecewa. Sebab tulah perangai depa-depa nie lebih kurang jer dengan suku sakat UNMO dulu.

    BalasPadam
  14. anon tu kecewa sebab tembelang sepol di mahkamah dah mula terbarai sikit demi sikit kah kah kah

    BalasPadam
  15. Abislah si sepol tu. Tak lama lagi korang tengok sepol tu menonggeng kat mahkamah sebab dah kehabisan ayat dan kata-kata nk jawab soalan KS. Dia menonggeng sebab dengan cara tu jer dia akan terlepas..... dan dsai akan ke penjara.

    BalasPadam
  16. Hari ini, pada tahun 2010, Mahkamah Malaysia, secara langsung akan mementaskan drama yang berjudul HIKAYAT KHAYALAN DUBUR SAIFUL.
    Drama Pentas ini akan di barisi pelakon PENIPU yang memang dah terkenal dengan kehandalan memnutar belit dan temberang dengan bayaran Jutaan Ringgit.
    Drama Tragis ini adalah :
    1. arahan Najib dibantu oleh Rosmah
    2. tebitan UNMO Produksi Sdn Bhd
    3. Kosnya habislah duit nrgara
    4. Pelakon-pelakon ;
    watak utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, dibantu baik punya oleh DSP Rodwan Yusuf, DSP Jude Pereira, Datuk Mohad Yusof Zainal Abidin dan Zabidin Md Diah serta Tali barut-tali baru UMNO Produksi Sdn Bhd.
    Lokasi pengambaran : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Mari kita sama-sama memeriahkan dan mertabatkan filam Malaysia.

    BalasPadam
  17. Hari ini, pada tahun 2010, Mahkamah Malaysia, secara langsung akan mementaskan drama yang berjudul HIKAYAT KHAYALAN DUBUR SAIFUL.
    Drama Pentas ini akan di barisi pelakon PENIPU yang memang dah terkenal dengan kehandalan memnutar belit dan temberang dengan bayaran Jutaan Ringgit.
    Drama Tragis ini adalah :
    1. arahan Najib dibantu oleh Rosmah
    2. tebitan UNMO Produksi Sdn Bhd
    3. Kosnya habislah duit nrgara
    4. Pelakon-pelakon ;
    watak utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, dibantu baik punya oleh DSP Rodwan Yusuf, DSP Jude Pereira, Datuk Mohad Yusof Zainal Abidin dan Zabidin Md Diah serta Tali barut-tali baru UMNO Produksi Sdn Bhd.
    Lokasi pengambaran : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Mari kita sama-sama memeriahkan dan mertabatkan filam Malaysia.

    BalasPadam
  18. Hari ini, pada tahun 2010, Mahkamah Malaysia, secara langsung akan mementaskan drama yang berjudul HIKAYAT KHAYALAN DUBUR SAIFUL.
    Drama Pentas ini akan di barisi pelakon PENIPU yang memang dah terkenal dengan kehandalan memnutar belit dan temberang dengan bayaran Jutaan Ringgit.
    Drama Tragis ini adalah :
    1. arahan Najib dibantu oleh Rosmah
    2. tebitan UNMO Produksi Sdn Bhd
    3. Kosnya habislah duit nrgara
    4. Pelakon-pelakon ;
    watak utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, dibantu baik punya oleh DSP Rodwan Yusuf, DSP Jude Pereira, Datuk Mohad Yusof Zainal Abidin dan Zabidin Md Diah serta Tali barut-tali baru UMNO Produksi Sdn Bhd.
    Lokasi pengambaran : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Mari kita sama-sama memeriahkan dan mertabatkan filam Malaysia.

    BalasPadam
  19. Hari ini, pada tahun 2010, Mahkamah Malaysia, secara langsung akan mementaskan drama yang berjudul HIKAYAT KHAYALAN DUBUR SAIFUL.
    Drama Pentas ini akan di barisi pelakon PENIPU yang memang dah terkenal dengan kehandalan memnutar belit dan temberang dengan bayaran Jutaan Ringgit.
    Drama Tragis ini adalah :
    1. arahan Najib dibantu oleh Rosmah
    2. tebitan UNMO Produksi Sdn Bhd
    3. Kosnya habislah duit nrgara
    4. Pelakon-pelakon ;
    watak utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, dibantu baik punya oleh DSP Rodwan Yusuf, DSP Jude Pereira, Datuk Mohad Yusof Zainal Abidin dan Zabidin Md Diah serta Tali barut-tali baru UMNO Produksi Sdn Bhd.
    Lokasi pengambaran : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Mari kita sama-sama memeriahkan dan mertabatkan filam Malaysia.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.