KUANTAN, 13 Mei [8.10 am] - Orang ramai di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap institusi kewangan yang sewenang-wenangnya membenarkan individu yang tidak mempunyai "kuasa" untuk mengambil upah "tarik kereta" bagi pihak mereka. Semalam berlaku satu kes "tarik kereta" yang jelas membuktikan kealpaan pihak institusi kewangan terbabit iaitu CIMB Bank di sini. Menurut seorang mangsa dari Jalan Air Putih, berkata beliau kecewa kerana pihak CIMB membenarkan sesiapa sahaja untuk menjalankan kerja tarik kereta. "Kereta itu juga telah ditarik ketika saya langsung tidak menandatangani apa-apa surat daripada pihak terbabit. Alasan yang diberikan, mereka kecewa kerana saya meminta ditunjukkan kad kuasa oleh pihak CIMB. Jika mereka benar, kenapa harus takut. Itu adalah prosedurnya dan sebagai pengguna saya juga ada mempunyai hak tersebut" katanya lagi. Pihak terbabit mahu berunding sebelum menarik kereta tersebut, namun akibat marah dengan sikap suami pemilik kenderaan itu yang meminta "kad kuasa" maka mereka terus membawa lari kenderaan berkenaan. "Saya kecewa dengan tindakan tersebut, kerana kereta berkenaan baru tertunggak dua bulan masuk tiga bulan dan bayaran terakhir dibuat pada awal bulan April yang lalu dan tunggakan hanyalah sekitar RM700 sahaja" katanya lagi. Tambah mengecewakan lagi, sikap kumpulan tarik kereta tersebut telah membawa seramai tujuh orang ahli mereka bagi tujuan menakutkan beliau. "Saya dapat melihat dari raut wajah mereka itu, ada yang masih muda dan mentah serta langsung tidak ada tauliah serta kad kuasa untuk menarik kereta" katanya lagi. Lantaran itulah mereka marah ketika saya meminta kad kuasa tersebut. Sebelum mereka beredar beliau sempat merakamkan gambar kumpulan terbabit. "Saya akan memikirkan tindakan selanjutnya atas kejadian itu, kerana CIMB Bank jelas menggunaka penarik kereta tidak berlesen jalankan tugas tersebut" tambahnya.
Laporan Polis Serta Tindakan Saman Menyusul
Bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit terutamanya tindakan institusi kewangan (CIMB Bank Kuantan) yang sewenangnya membenarkan individu yang tidak berlesen menjalankan operasi tarik mereka, maka mangsa dikatakan akan membuat satu laporan polis di IPD Kuantan dan tindakan saman menyusul selepas itu. Ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hak-hak mereka jika berhadapan dengan kes seperti ini. Kita tidak mahu pihak bank menggunakan prosedur yang ada untuk menarik kereta sesuka hati seperti apa yang berlaku sekarang. Kepada mana-mana pihak yang mengalami kes yang sama atau lebih teruk dari ini diharap dapat mendedahkannya kepada umum dengan menghantar email ke pahangdaily@yahoo.com untuk tujuan siaran di blog eksklusif ini.
[Justeru itu, pihak CIMB diminta memantau perkara ini agar ianya tidak berulang pada masa yang akan datang. Malah, ada pemilik kereta yang bukan sengaja tidak mahu membayar ansuran bulanan, tetapi mungkin menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Jika inilah keadaannya, maka kami amat yakin ramai warga Kuantan dan seluruh Malaysia akan takut untuk berurusan dengan CIMB selepas ini. Imej institusi kewangan terbabit musnah dan rosak binasa akibat kealpaan mereka memilih individu yang layak dan bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera!].
Laporan Polis Serta Tindakan Saman Menyusul
Bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit terutamanya tindakan institusi kewangan (CIMB Bank Kuantan) yang sewenangnya membenarkan individu yang tidak berlesen menjalankan operasi tarik mereka, maka mangsa dikatakan akan membuat satu laporan polis di IPD Kuantan dan tindakan saman menyusul selepas itu. Ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hak-hak mereka jika berhadapan dengan kes seperti ini. Kita tidak mahu pihak bank menggunakan prosedur yang ada untuk menarik kereta sesuka hati seperti apa yang berlaku sekarang. Kepada mana-mana pihak yang mengalami kes yang sama atau lebih teruk dari ini diharap dapat mendedahkannya kepada umum dengan menghantar email ke pahangdaily@yahoo.com untuk tujuan siaran di blog eksklusif ini.
[Justeru itu, pihak CIMB diminta memantau perkara ini agar ianya tidak berulang pada masa yang akan datang. Malah, ada pemilik kereta yang bukan sengaja tidak mahu membayar ansuran bulanan, tetapi mungkin menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Jika inilah keadaannya, maka kami amat yakin ramai warga Kuantan dan seluruh Malaysia akan takut untuk berurusan dengan CIMB selepas ini. Imej institusi kewangan terbabit musnah dan rosak binasa akibat kealpaan mereka memilih individu yang layak dan bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera!].






Bank is business. Dah lah tak bayar, lepas tu marah-marah. I have been in service line before and I tell you, Malaysians are very strange. If they talk nicely to the bank and ask for an extension, sure the bank will give them more time. Prosedur bank juga adalah untuk call he client to remind them. Biasanya, client-client ni pulak tak nak jawab call or marah-marah dengan alasan-alasan macam ni lah hutang RM700 aje. Kalau rm700 aje, kenapa tak bayar aje. Because we didn't hear the other parties story. Adakala si penghutang pulak nak tunjuk gengster. This is the law, when you buy a car installments you do not own your car, the banks own your car because the bank lend you money to buy the car. If you think you cannot afford rm700, don't buy a car. Sit a motorcycle. IT's not right la bro. Trust me you talk to salesman and bank officers they will tell you all the nightmare stories like this fella. Peace ok. Don't hate me. I'm just sharing. Kalau ada apa2 yang salah atau tersinggung, minta maaf ok
BalasPadambank adalah perompak berlesen, sama macam kerajaan umno/apco. lebih-lebih lagi cimb yg diterajui perompak besar negara
BalasPadambetoi tu...9:58:00
BalasPadammemang betul tu saya sokong lebih2 lg CIMB bank, 2 hari lps anak saya di Penang kol saya mengatakan keretanya yg di letakkan di tempat letak kereta kaw. rumah pangsa sg batu di dapati takde di tempat letak kereta dan hari yg sama saya menerima surat dari lawyer bank atas nama anak saya oleh kerana surat tersebut surat dari peguam saya membukanya kerana kalau ada apa2 yg mustahak dan di dlm surat tersebut terdapat alamat tempat tinggal anak saya di penang ini bermakna beliau mendapat satu lg salinannya kerana anak saya gagal mebayar selama 3 bln, sebenarnya anak saya menjelaskan tiap2 bulan sebulan 2 kali bayaran tapi mungkin tak mencukupi utk 1 ansuran jadi saya dah nasihatkannya kalau buat 2 kali byrn mestilah cukup utk 1 ansuran. selepas itu saya arahkan dia pergi buat laporan polis atas kehilangan tersebut sesampai beliau di Balai Polis anggota yg bertugas memberitahunya tak payah buat report sbb kereta anda yg hilang tu sebenarnya di ambil oleh Penarik kereta CIMB sedangkan surat lawyer baru saja di terima semalam 12hb mei 2010 polis bagitahu kereta sudah di tarik pada 11hb mei 2010 dlm surat tu diminta berunding dgn pegawai di auto finance, nak berunding mcm mana awal2 kereta dah di tarik persolannya di sini saya ingin bertanya : 1. bagaimana kereta tersebut di tarik samada dgn tow truck atau dgn master key, saya rasa kalau dgn tow truck tentu sukar sedikit sbb terdapat byk kereta di situ dan sempit jika tow truck nak tarik kereta tersebut. 2. jika mereka menggunakan master key ini bermakna mereka telah melakukan kesalahan dgn menceroroboh harta orang lain tanpa pengetahuan si Pemilik. saya telah bagitahu anak saya supaya membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Negeri (CAP) di Pulau Pinang dan Biro Pengaduan Awam (BPA) ats apa yg telah berlaku. Jika anak saya mengambil kembali kereta tersebut mesti menjelaskan semua tunggkkan dan termasuk upah menarik kenderaan RM 500 kalau tidak kereta tersebut akan di lelong, lojik kah upah menarik kereta RM 500 yg dikenakan ke atas anak saya senang betul kerja CIMB ye upah samseng tarik aje kereta kalau byk cakap nahas jawab nya. Oleh itu saya berharap pihak bank terutama Pengurusnya bertindak lah dgn professional krn tanpa urusniaga sewa beli bank pun tak boleh hidup kalau berdasarkan utk menyimpan duit saja bila bank tutup pekerja pun kena cari makan tempat lain jadi jgn sombong dan bongkak. kepada ssiapa yg nak beli kereta second hand atau baru tak payah lah pinjam dgn CIMB bank byk bank lain lg spt Bank Islam, Ambank dll yg bertindak secara professional dan ada runding carabila pemilik menghadapi masalah kewangan semuanya boleh di atur ini undang2 manusia bukan undang2 Tuhan yg tak boleh diselaraskan dgn keadaan. seperkara lagi cara mereka bawa lari kenderaan anak saya tanpa pengetahuannya adalah tidak mematuhi prosedur akta sewa beli bayangkan lah ye jika dalam kenderaan yg dilarikan oleh penarik kereta terdapat dokumen2 berharga spt Passport antarabangsa,sijil2 dan lain lain lagi yg berharga kemudian didapati hilang mahu kah pihak bank CIMB mengakunya, sbb itu saya suruh juga anak saya buat ke agensi yg saya sebutkan di atas dan juga laporan polis kerana kereta diambil tanpa pengetahuan pemilik bagi tujuan tindakan UNDANG UNDANG.BRANDON SAID Bank is business it's ok I agreed, the car is still in installment is belong to the bank as the owner of the car because the bank lend the money but the bank must also think the others party too because they also give the money to the bank in exchanged if not the bank has no business!
BalasPadamkalau dah tau bank macam tu, jangan buat pinjaman, kumpul dulu duit , beli tunai.
BalasPadamKalau tak mampu jalan kaki !!!!!!
Jangan suka cari salah orang lain ?
Muhasabah diri dulu !!!!!!!!!!!!
Kereta-kereta kat malaysia ni mahal.Sebab tu la pinjam bank. Cuba bandingkan harga kereta proton kat malaysia dengan harga kat arab saudi. Sebab tu Rakyat didahulukan (menanggung derita), pencapaian di utamakan.
BalasPadamrakyat malaysia ditipu hidup-hidup oleh kerajaan umno/apco dan kowtim dengan bank-bank dengan menjual kereta dgn harga yg mahal kepada rakyat. inilah jenis manusia yg menjadi pemerintah di negara kita. kasihan sungguh rakyat malaysia ditipu tak habis-habis.
BalasPadamhelo bung 1:37:00. awak beli kete tunai ke ? LHDN tak cari ke ?
BalasPadamBOIKOT CIMB...BOIKOT UMNO...BOIKOT BN....BOIKOT PDRM....BOIKOT SPRM....MEREKA NI SEMUA KAPITALIS YAHUDI...apa susah bro.
BalasPadambukan kat arab saudi je keta murah..kat philipina,indon,dan laen2 negara asean murah2 blaka sebab negara diaorg caj cukai sikit ajer.. cukai minima jer jgn ke tidak..kat jepon negara taiko kereta lg la murah kereta2 nye..contoh kat sini toyota wish smpai 100k keatas sana 60k ajer..kita kan negara cukai..segala macam cukai..segala macam bil..berapa arga honda jazz kat indon?brp harga honda freed kat indon?..cari la sendiri puak2 amco yek...tq
BalasPadamkwn baru balik umrah,,kat sana kereta toyota macam kereta nasional diaorang vios,altis,camry,inova dan lain lain model toyota..masa nak gi tanaim naek inova(teksi)..sambil2 tu borak dengan tok arab tu tanya Toyota Camry berapa duit..dia kata dalam 80k riyal(lbh kurang rm78k gitu)..pastu minyak sen2 je se liter(da lupa yg tepatnye)..adui murah giler..kat malaysia tak ade 160k jgn beli teringin Camry..padan la byk keta nak kena tarik kat malaysia nih..huhuhuhu
BalasPadamntah2 kete pdo tu kena tarik..tak bayar..haha..duit iklan sikitla katakan..duit tak berkat pulak tuh..haha
BalasPadamanonymous 1:37:00 said simpan duit beli tunai apakah beliau beli kete dgn tunai ingat kete kat m'sia mcm beli goreng pisang ke anak saya dah membayar ansuran kete hampir 5 thn sebulan RM 700 hanya 2,3 bln kebelakangan ini dia mempunyai masalah kew. sedap betul mulut kamu bercakap suruh mahasabah diri lah usia awak saya fikir belum pun sampai 40 thn, orang2 ahli sufi hari2 muhasabah diri dan hati orang2 sufi tak lekang dari mengingati Allah setiap masa ye, jadi x payah lah nak suruh orang lain muhasabah diri jika satu hari nanti kamu mengalami kesulitan hidup yg amat sgt masa tu kamu muhasabah lah diri kamu dan Muraqabah lah selalu, ini bukan nak cari salah orang lain, di m'sia ini kalau kerja makan gaji baik dgn swasta atau kerajaan tak de siapa ug membeli kenderaasn dgn tunai, jika zaman dulu boleh lah jalan kaki, jgn lah bercakap sedap mulut kamu aje.
BalasPadamkalau dah tau bank macam tu, jangan buat pinjaman, kumpul dulu duit , beli tunai.
BalasPadamKalau tak mampu jalan kaki !!!!!!
Jangan suka cari salah orang lain ?
Muhasabah diri dulu !!!!!!!!!!!!
en..oooi cakap cam takder otak..hampeh punya orang.. mengambil kesenangan atas kesusahan orang lain tu buruk perangainya..bank tu bank la punya pasal ..mereka untung berjuta2 pa ko dapat..yg penarik kereta tu apa kene mengena dgn bank..mcm berhutang dengan mereka. lagak samsing..kalau nak tau..cuba check penarik kereta punya kereta..semua kereta piang..tak er satupun penarik kereta bayar ansuran kerata tau..aku penah berkawan dengan meraka. aku tau sapa meraka...kata tak bayar ansuran..mereka lagi la..rompak kerata orang lepas tu guna sendir wat harta sendiri..boleh lak tu jual murah2. Pihak berkuasa pun sama..lepas penarik kereta tarik kerata..salam kaut..dapatlah 20 ringgit upah sign..jgn melatah yek..sapa makan cili dia rasa pedas. negara ada undang2..jgn guna undang2 rimba tuk menyelesaikan masalah..
Macam ni lah manusia manusia penghuni negara barua malaysia... Undilah barisan nasional amno utk hidup senang lenang....tarak hal cukai 500% kita blh settle...kereta 160k no hal rakyat kita kan mewah BN AMNO kasi duit utk rakyat krn BN mendahukukan rakyat...lu talak faham lg ka... apa bising bising...diam la... wa mau undi AMNO sampai kiamat sbb wa hdup senang dpt duit byk dari BN AMNO.
BalasPadamSkrg gula tarak. kasi sorok dulu la paksa kerajaan BN naik harga RM5 sekilo baru kita kuar stok gula. pas ni petrol kita kasi sorok lg...kita rakyat msia blh bayar la petrol RM5 seliter no hal....jgn kita kat arab 50sen seliter sebab mereka punya rakyat bodo nk harga murah...kita mau tolong kita punya kelajaan ma...kita baya baya semua cukai kita termasuk cukai nk berak sekalipun...
AKu sayang negara malaysia sbb bg aku hidup senang lenang....UNDILAH BN
haha..duit takda nak bayaq..padan muka lu..la..lain kali keje tetap..jangan nak tulis blog jer
BalasPadamWahai BN ade lg tak cukai selain GST nak suh kami bayar?..bagi byk2 lagi ye..aiman tak kesah..aiman akan bayar..aiman nak gi berak nie..bayar masuk tandas 30sen tax 5sen..jumlah 35sen aiman kena bayar..eee murah nya!!!!..masih murah di bandingkan negara2 jiran...kahkahkah
BalasPadamWEI..PAKATAN RAKYAT..ko memang sampah..sampah yang ada berengga..weks3x
BalasPadamorg duk cita pasal kesusahan org yg kena tarik keta ni... tapi ada plak yg duk mengaitkan dgn politik... suma benda nk kaitkan politik, agaknye kalu kes kucing masuk lam longkang pon nk salahkan kerajaan sbb buat longkang kt situ. simpati ngan nasib org yg kena tarik kereta tu, saya pon buat pinjaman keta kt cimb, bila baca post bapa mangsa tu, takut plak rasa ape akan jadi kt keta saya kalu satu hari nanti saya berada di tempat anaknye...
BalasPadam