script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Untungnya Menjadi Si Kartika, Gara-Gara Hukuman Sebatnya Di Tukar Kepada Kerja Amal Dia Dapat Pula Imbuhan Ribuan Ringgit !!

KUANTAN, 3 Mei [1.30 pm] - Ini satu perkabaran yang amat mengejutkan kami terima. ia berkaitan perihal wanita yang bernama "Kartika Sari Dewi Sukarno" (foto). Beliau yang pernah menggemparkan negara dengan isu "hukuman sebat akibat minum arak" kini dikatakan menerima imbuhan bernilai "ribuan ringgit" gara-gara kesanggupannya membuat kerja amal khidmat masyarakat. Beliau yang baru sahaja menjalani hukuman terbabit di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, selama tiga minggu dikatakan mendapat imbuhan itu daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, pihak terbabit dikatakan terpaksa membuat bayaran berkenaan kononnya Kartika bukan sahaja dianggap menjalani hukuman tetapi beliau juga bekerja secara sambilan disitu. Andainya maklumat ini benar, maka ini adalah satu lagi berita yang amat mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula, Kartika sepatutnya tidak dibayar walau sesen pun atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Beliau mengaku melakukan "maksiat minum arak" dan telah dijatuhkan hukuman "sebatan" dan menjalani hukuman kerja amal seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang. Kini, tiba-tiba beliau mendapat pula bayaran atas kerja amal yang dilakukan. Bukankah ini satu penghinaan terhadap undang-undang Islam di negeri dan negara ini sebenarnya. Kami sendiri masih kurang pasti, atas alasan apakah Kartika dibayar imbuhan sebanyak itu, sedangkan beliau jelas telah melakukan satu perbuatan "terkutuk" akibat meminum arak.

[Soalnya sekarang, apakah wajar umat Islam seronok melihat apa yang berlaku kepada Kartika ini. Beliau melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama dan dijatuhkan hukuman, tiba-tiba dibayar pula imbuhan oleh pihak terbabit. Bukankah istimewa benar Kartika disisi agama Islam. Jika inilah yang berlaku kepada Kartika, maka sudah pasti lebih ramai lagi umat Islam akan "minum arak" di Pahang selepas ini. Malah mereka juga kemungkinan besar mahukan layanan yang sama seperti Kartika. Bukankah ini akan menggalakkan maksiat terus disuburkan di negeri Pahang yang sudah memiliki banyak tempat maksiat seperti Genting Highlands, Cherating dan sebagainya. Kami sendiri tidak faham dan musykil kenapa pihak terbabit perlu membayar Kartika?. Beliau sepatutnya bersyukur dengan hukuman yang telah dipinda dan tidak wajar menerima habuan tersebut. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang melanda umat Islam di negara ini. Orang yang melakukan maksiat diagung-agungkan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Maka itulah, marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Jadikanlah ia sebagai sempadan dan pedoman untuk kita meneruskan perjuangan Islam].
Share:

11 ulasan:

  1. Mahkamah Syariah malaysia seperti tidak punya kuasa. Lebih baik bubarkan saja. Habiskan duit rakyat bayar gaji hakim2 bacul, peguam tolol. Nak tanya nie, sultan duduk atas undang2 Allah S.W.T ke ?

    BalasPadam
  2. Menentang sultan dianggap derhaka, Sebab perbuatan dan hukuman nampak di mata masyarakat tapi kalau menentang Allah S.W.T dan segala undang-undang dan peraturan yang telah termaktub dalam kitab suci Al Quran tak apa-apalah sebab dosa tak nampak di mata. Tapi Tunggulah pembalasan di Hari kiamat nanti.

    BalasPadam
  3. Menentang sultan dianggap derhaka, Sebab perbuatan dan hukuman nampak di mata masyarakat tapi kalau menentang Allah S.W.T dan segala undang-undang dan peraturan yang telah termaktub dalam kitab suci Al Quran tak apa-apalah sebab dosa tak nampak di mata. Tapi Tunggulah pembalasan di Hari kiamat nanti.

    BalasPadam
  4. Menentang sultan dianggap derhaka, Sebab perbuatan dan hukuman nampak di mata masyarakat tapi kalau menentang Allah S.W.T dan segala undang-undang dan peraturan yang telah termaktub dalam kitab suci Al Quran tak apa-apalah sebab dosa tak nampak di mata. Tapi Tunggulah pembalasan di Hari kiamat nanti.

    BalasPadam
  5. Mengambil iktibar dari kes ini, nescaya selepas ini ada kemungkinan bekas-bekas banduan akan menuntut hak mereka (dibayar upah) jika mereka ada membuat kerja2 amal yang dianjurkan oleh penjara. 1Malaysia bodoh jadinya!...

    BalasPadam
  6. Biasalah kat negara kita ni, yg cun cun mestilah dapat layanan istimewa. Silap2 Kartika satu hari nanti dapat gelaran dato' pulak. Jangan terkejut.

    BalasPadam
  7. Mungkin jugak... maklumlah sekarang ni Artis2 kita telah diagong2kan oleh pembesar2 negara, malahan ada yg telah dibuat bini..

    tak mustahil apa yg anom 3:53 cakapkan.. saya setuju!!!

    Kalau Ulamak plak mereka caci sesuka hati..lihatlah nnti wahai rakyat malaysia...kalau ginilah terus2an, percayalah.. satu hari nnti Allah akan turun kan bala yg amat dahsyat..

    Ini bukan doa, tapi takutlah akan azabnya apabila kita semua engkar perintah tuhan.

    BalasPadam
  8. KPN Musa Hassan angin satu badan..sebab NGO & orang ramai tak simpati dengan polis, sebaliknya lebih peka dan simpati dengan 'bebudak nakal' AL-FATIHAH buat adik Aminurrashid, moga rohnya tenang di sisiNya. Kepada KPN Musa Hassan, saya nasihatkan cermin dulu diri dan PDRM. Mengapa NGO & masyarakat bersikap prejudis terhadap PDRM??? Tidak lain tidak bukan kerana PDRM telah mengumpul banyak 'dosa' sehingga kami rakyat kecil mual dan meluat dengan PDRM.

    BalasPadam
  9. Nak duit kaaa? pi minum lah.

    BalasPadam
  10. Mana ada undang Islam/syariah di Malaysia dan Pahang. Yang ada hanyalah undang-undang mahkamah syariah sahaja. Malaysia Boleh..

    BalasPadam
  11. Yang jadi pemimpin pun kaki arak juga. Macam mana nak tegakkan undang-undang yang berlandaskan Islam. Bak kata pepatah Ketam mangajar anak berjalan betul...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.