
Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar agar kes liwatnya tidak diteruskan, nampaknya dipandang enteng oleh institusi kehakiman di negara kita. Amat memalukan malah lebih mengelirukan bilamana Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes tersebut mendakwa bahawa terdapat "empat calitan kapas" yang diambil menunjukkan wujudnya "air mani". Bagi menyokong dakwaan itu, beliau telah merujuk buku "Forensic Medicine for Lawyers" alam satu topik mengenai kesalahan homoseksual. Menurut beliau penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku. Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku. "Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof. Sementara Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku penetrasi di dubur. "Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal kepada pendakwa di mahkamah semalam. Ada banyak perkara yang amat memusykilkan kita ialah tentang dakwaan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim itu sendiri yang dilihat semakin bercelaru dan amat meragukan.
Dakwaan Seksyen 377B Yang Amat Mengelirukan
Melihat kepada dakwaan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu berdasarkan kepada Seksyen 377B, Kanun Keseksaan itu sendiri dilihat agak kabur dan boleh dipertikaikan sebenarnya. Apa tidaknya, Anwar didakwa atas kesalahan yang kononnya dilakukan secara sukarela tanpa paksaan atau dipanggil "consensual". Ini bermakna kesalahan yang berlaku melibatkan sekurang-kurangnya dua orang pesalah yang secara sesama boleh didakwa di Mahkamah. Di dalam jenayah-jenayah consensual atau dengan kerelaan, tidak ada victim atau mangsa yang terlibat. Hanyalah pesalah, seperti kes-kes rasuah di mana terdapat dua pihak bersalah, si pemberi dan si penerima. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengadu sebagai mangsa kesalahan tersebut, maka orang yang telah melakukan kesalahan ke atasnya haruslah didakwa mengikut Seksyen 377C dan bukan Seksyen 377B. Amatlah menghairankan sekiranya orang yang disuspek (Anwar) membuat kesalahan tersebut ke atas orang yang membuat aduan sebagai mangsa (Saiful) didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukannya Seksyen 377C. Perbezaan di antara kedua-dua seksyen adalah seperti berikut :
Terkadang sebagai rakyat Malaysia, kita amat hairan dengan sikap "double standard" yang diamalkan di negara kita. Apa tidaknya, dalam mana-mana kes jenayah seperti liwat, rogol atau sebagainya sudah pasti "laporan perubatan hospital" akan menjadi bukti bahawa pengadu memang telah menjadi mangsa. Maknanya ketika pengadu membuat laporan polis, maka pihak polis akan mendapat "bukti klinikal" untuk menyokong laporan yang dibuat. Malah, pengadu atau mangsa akan dihantar untuk menjalani rawatan perubatan di mana-mana hospital yang berdekatan. Jika sah kes berlaku, barulah laporan tersebut akan diterima dan diambil tindakan. Maka, mana-mana suspek yang dikatakan terlibat mulalah dijejaki dan tangkapan dibuat untuk siasatan. Tahanan reman akan dilakukan terhadap suspek yang dinyatakan oleh mangsa berkenaan. Inilah lazimnya berlaku dalam kes jenayah seperti ini di negara kita selama ini. Tanyalah mana-mana pegawai polis atau mereka yang mahir dengan undang-undang jenayah seperti ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam "kes liwat II" semua ini tidak berlaku malah dipersetankan oleh pihak berkenaan?. Apakah kerana namanya "Anwar Ibrahim"? Dan apakah kerana yang individu yang menjadi suspek itu adalah "musuh politik" kerajaan memerintah, maka prosedur sepatutnya berlaku diabaikan. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Saiful Bukhari Azlan. Pihak polis sepatutnya merujuk dulu kepada laporan perubatan hospital terbabit sebelum membuat tangkapan dan mendakwa Anwar. Ini tidak berlaku, hanya dengan "laporan mulut Saiful" maka pihak polis melakukan operasi yang cukup drastik, seolah-olah menjejaki penjenayah untuk menangkap Anwar. Bukankah Saiful telah berjumpa doktor sebelum membuat laporan polis. Kenapa, pegawai yang menerima laporan polis itu tidak merujuk pihak hospital bagi mengesahkan Saiful memang diliwat. Mungkin juga beliau membuat satu fitnah atas kepentingan tertentu. Tambahan pula Saiful dikatakan ada bertemu Najib Razak dan pegawai polis tertentu sebelum laporan dibuat.
Bukti DNA Air Mani, Diperlukan Bila Adanya Kes
Agak aneh dan menakjubkan, dakwan kes terhadap Anwar berdasarkan Seksyen 377B dibuat tanpa "bukti klinikal dan saintifik". Alasan pihak pendakwa terdapat bukti "4 calitan kapas air mani Anwar" yang dijumpai pada dubur Saiful. Soalnya sekarang, ketika mana calitan itu diambil dari dubur Saiful agaknya?. Apakah ketika beliau membuat laporan polis itu atau selepas itu. Dari manakah datangnya DNA air mani Anwar?. Malah, bukti itu sebenarnya hanya boleh digunakan sekiranya "ada kes yang berlaku", iaitu mangsa dibuktikan telah diliwat oleh Anwar secara saintifik oleh pihak hospital. Jika tiba-tiba DNA digunakan untuk mensabitkan kesalahan seseorang dalam kes jenayah seperti ini, maka mudah benar undang-undang di Malaysia dilaksanakan. Sepatutnya, bukti klinikal dulu diperlukan dan kiranya Anwar masih tidak mengaku di mahkamah selepas bukti klinikal itu digunakan maka barulah DNA air mani beliau boleh digunakan bagi menyokong hujjah pendakwa. Bukankah ini mengelirukan rakyat bahkan pengamal undang-undang seantero dunia. Ini kerana bukti seperti itu boleh sahaja diada-adakan oleh pihak pendakwa melalui berbagai cara. Amat malang bagi seseorang individu apabila DNA digunakan terlebih dahulu sebelum pertikaian berlakunya kes itu masih diragui. Jika tiada kes dan tidak berlaku tusukan, bagaimana DNA air mani boleh berada di dubur Saiful?. Inilah yang amat meragukan kita sebagai rakyat. Kenapa dalam kes yang melibatkan orang lain, DNA air mani tidak digunakan terlebih dahulu sebaliknya "laporan perubatan hospital" dirujuk sebagai bukti "adanya kes". Oleh itu, sudah tentu keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan juga kes Anwar diteruskan sebenarnya masih lagi "khilaf" dan membuktikan kepada kita wujudnya satu lagi "teori konspirasi terancang dalam kes liwat II" ini.
[Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan, marilah kita sama-sama berdoa agar individu terbabit terselamat dari segala dugaan yang akan dihadapinya. Tipu muslihat dan segala macam kebobrokan yang mereka lakukan ini pasti akan dibalas oleh Allah SWT jua akhirnya. Yakinlah, "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu yang paling utama". Penghinaan terhadap manusia terutamanya orang Islam dalam kes seperti ini amatlah mengharukan sama sekali. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mengesahkan lagi kepada kita sebagai umat Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kerana kuasa. Sebagai hambanya, kita harus bertawakal dan menyerahkan kepada Allah. Biarpun kita sendiri nampak banyak kekeliruan dalam kes ini, malah kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh jika kes ini diteruskan. Namun, ingatlah pilihanraya ke-13 tidak lama selepas itu, jika Anwar terpenjara maka ia menunjukkan petanda awal UMNO BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat pasti bangkit memberontak dengan memastikan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, dan ditakdirkan maka ketika itulah baru puak-puak UMNO BN akan merasa bersalah akibat kezaliman mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ini].
Dakwaan Seksyen 377B Yang Amat Mengelirukan
- Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual. Seksyen 377B: “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.“
- Seksyen 377C pula adalah kesalahan yang dilakukan tanpa keralaan, secara paksa atau dengan ugutan. Seksyen 377C “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.“
Bukti DNA Air Mani, Diperlukan Bila Adanya Kes
Agak aneh dan menakjubkan, dakwan kes terhadap Anwar berdasarkan Seksyen 377B dibuat tanpa "bukti klinikal dan saintifik". Alasan pihak pendakwa terdapat bukti "4 calitan kapas air mani Anwar" yang dijumpai pada dubur Saiful. Soalnya sekarang, ketika mana calitan itu diambil dari dubur Saiful agaknya?. Apakah ketika beliau membuat laporan polis itu atau selepas itu. Dari manakah datangnya DNA air mani Anwar?. Malah, bukti itu sebenarnya hanya boleh digunakan sekiranya "ada kes yang berlaku", iaitu mangsa dibuktikan telah diliwat oleh Anwar secara saintifik oleh pihak hospital. Jika tiba-tiba DNA digunakan untuk mensabitkan kesalahan seseorang dalam kes jenayah seperti ini, maka mudah benar undang-undang di Malaysia dilaksanakan. Sepatutnya, bukti klinikal dulu diperlukan dan kiranya Anwar masih tidak mengaku di mahkamah selepas bukti klinikal itu digunakan maka barulah DNA air mani beliau boleh digunakan bagi menyokong hujjah pendakwa. Bukankah ini mengelirukan rakyat bahkan pengamal undang-undang seantero dunia. Ini kerana bukti seperti itu boleh sahaja diada-adakan oleh pihak pendakwa melalui berbagai cara. Amat malang bagi seseorang individu apabila DNA digunakan terlebih dahulu sebelum pertikaian berlakunya kes itu masih diragui. Jika tiada kes dan tidak berlaku tusukan, bagaimana DNA air mani boleh berada di dubur Saiful?. Inilah yang amat meragukan kita sebagai rakyat. Kenapa dalam kes yang melibatkan orang lain, DNA air mani tidak digunakan terlebih dahulu sebaliknya "laporan perubatan hospital" dirujuk sebagai bukti "adanya kes". Oleh itu, sudah tentu keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan juga kes Anwar diteruskan sebenarnya masih lagi "khilaf" dan membuktikan kepada kita wujudnya satu lagi "teori konspirasi terancang dalam kes liwat II" ini.[Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan, marilah kita sama-sama berdoa agar individu terbabit terselamat dari segala dugaan yang akan dihadapinya. Tipu muslihat dan segala macam kebobrokan yang mereka lakukan ini pasti akan dibalas oleh Allah SWT jua akhirnya. Yakinlah, "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu yang paling utama". Penghinaan terhadap manusia terutamanya orang Islam dalam kes seperti ini amatlah mengharukan sama sekali. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mengesahkan lagi kepada kita sebagai umat Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kerana kuasa. Sebagai hambanya, kita harus bertawakal dan menyerahkan kepada Allah. Biarpun kita sendiri nampak banyak kekeliruan dalam kes ini, malah kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh jika kes ini diteruskan. Namun, ingatlah pilihanraya ke-13 tidak lama selepas itu, jika Anwar terpenjara maka ia menunjukkan petanda awal UMNO BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat pasti bangkit memberontak dengan memastikan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, dan ditakdirkan maka ketika itulah baru puak-puak UMNO BN akan merasa bersalah akibat kezaliman mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ini].






Aku rasa semua pengamal undang-undang kat Malaysia dah buta tuli kot. Atau terpaksa membuta tuli ataupan dipaksa tuli buta. Tak payah ada mahkamah. Suruh Pak Jip dan kuncu2nya yang melaksanakan undang-undang. Habis cerita.
BalasPadamHidup mati UMNO pada hari ini, kini dan selamanya adalah bergantung kepada JUBURI Saiful. Sebab itulah mereka dari puak yang berkaitan sibuk mencipta bukti, menyediakan skrip untuk dihafal dan dilakonkan oleh badut-badut upahan mereka di mahkamah nanti dan pelbagai peralatan lain yang dikira mampu memenangkan mereka nanti.
BalasPadamSemoga ALLAH SWT menunjukkan kebenaran kepada kita semua... Semoga ALLAH SWT juga menimpa kan bala kepada yang bersalah...
BalasPadampelik aku ngan kes ni..
BalasPadamnape sepol tu dh tak update blog dia..kalau dulu bukn main lg menulis bila mula2 kes ni nak di bicarakan..
Allah maha berkuasa. Tunggulah pembalasannya. Sudah banyak pembalasan yang telah ditunjukkan oleh Allh, namun manusia yang telah dibutakan mati hati nya tidak akan dapat melihat. Perjuangan perlu diteruskan!!
BalasPadamapasal hakim2 x gna laporan doktor sbgai bahan bukti.dah terbukti sudah JUBUQ dia x dk kerosakan..
BalasPadampenat2 doktor tu semua belajar brtahun2 kt luar negara...
suruh lawan kes kt mahkamah syariah x mau mcm2 alasan depa bg....
Bro lu punya analisa macam Detektif Conan. Wa respek. Lu patut jadi polis. Ni kata ada calit air mani kira canggih. Kalu ada DNA tu wa kira logik sangat. Tapi air mani dia tak kering walau dah 2 hari!! Mamat tu tak berak? Tak mandi? Tak berpeluh?
BalasPadamYou say full don't half. Other wise you bloody fool. Fool around and everybody fool by you. I think maybe you correct.. Don't do like this. Economy down, people suffer. Brother you make everybody sick..
Itu tandanya mka benarX mau DSAI dipenjarakan bagi membendung kemaraan PR.Sdra musliminku sekelian,marilah kita sembahyang hajat secara istiqamah minta DSAI dilindungi Allah swt.Dan jgn lupa juga baca qunut Nazilah setiapkali lepas solat semuga semua mereka yang membuat fitnah terhadap DSAI,para konspirator,PegawaiX di JabatanX K'jaan yang terlibat dan bersekongkol dlm konspirasi ini dimusnahkan Allah atas perbuatan jahat mereka.Insya Allah kebenaran akan ditunjukkan Allah dlm masa terdekat.SamaX kita berdoa.
BalasPadamSeorang teman berkata,kerajaan BN nak tutup pekungnya.x nak rakyat tahu macamana pos malaysia rugi RM227 juta.MAS rugi,PROTON rugi,BBMB lingkup bila skandal BMF didedahkan...habis RM2 bilion lebih lenyap macam tu je dan bank kebanggaan kaum bumiputra..siapa lagi kalau bukan kita orang Melayu akhirnya tumbang biarpun 2 kali dibailout Petronas.
BalasPadamPerwaja menerima nasib yang sama macam BBMB.Puluhan juta lenyap dan ada sumber mengatakan bilion ringgit hilang begitu saja.
UMNO yang mendominasi pemerintahan negara mengamalkan sikap kedekut dengan rakyat sendiri bila enggan memberikan royalti minyak kepada kelantan tapi rela hati memberikan dua telaga minyak kepada brunei yang bernilai RM320 bilion.
Duit sebanyak RM320 bilion boleh meningkatkan pendapatan negara dan seorang rakan berkata orang umno mana reti kira duit yang banyak amaunnya pasal belajar matematik dalam BI.
Pendek kata umno dah x reti uruskan reta negara sampai GSTpun dia cakap baguih....Cukai dah jadi bagus..baguih ka taruk air dalam tangki minyak keta....apa nak jadi dengan umno.rakyat sengsara hang x peduli asalkan duit masyuk....yang RM320 bilion tu hang biaq pi.ada ka patut.
Kapal selam lak beli yang tak boleh selam.jadilah kapal timbul.dulu kapal timbul ni ada kat lombong-lombong.orang panggil kapal korek.
PKFZ yang rugi RM8 bilion lebih apa citer...ong tee kiat memang betul-betul ada ong..tiong king sing ngaku beri dia berjuta-juta ringgit kat paperpun boleh lepas.
umno anggap duit bilion-bilion ni macam duit 5 sen.
rakyat tak lupa dr mahathir sambung kontrak bekalkan air kepada singapura dengan kadar 3 sen seribu gelen.rakyat 1 singapura untung dan rakyat negara ni kena bayar bil air lebih mahai....lepas tu singapura botolkan air tu jadi air mineral jual balik ke malaysia.reganya rm1 lebih sebotol.bijakkan umno uruskan kewangan dan reta negara.
tak cukup dengan air....pulau batu putih pun jatuh ke tangan singapura.ada rakan cakap pasal kita ada peguam negara macam ghani patail....menyedihkan bila kegagalan ini yang sepatutnya membuatkan ghani patail dan bapak menteri bernama rais letak jawatan.malu besar dan rais boleh cakap win win situation pasal kita dapat ketulan batu bernama middle rock kalau tak salah laporan paper...ini yang dibanggakan bapak rais.
patutlah ketika dia jaga paper,negara kita sama level dengan zambia dalam kebebasan akhbar.
benda ni mana orang kampung tahu.mana orang felda tahu....pasai tulah umno boleh menang di kawasan ni.sedih memang sedih.sampai bila nak biar umno perabih duit dan reta negara.
ada yang tanya lepas ni apa lagi nak beri kat negara jiran...kitakan kaya dengan hasil bumi tapi rakyatnya menanggung rugi dek tindakan pemimpin umno.harap-harapnya apa yang dilakukan bukan atas nasihat apco
Aku ghase depa-depa ni la yang buat macam jadi Lebai jadi lebih malang, menang sorak kampung tergadai...tukar pulau macam tukar kain...tak ada rasa rugi..silap2 malaysia tergadai habih...
BalasPadamTak ad apa yang pelek. Sebonarnya DNA tu najib punya. Saiful p jumpa dia minta habuan. Lu orang ingat balik SD Balasubramaniam..Dia ada sebut najis ni ada keinginan luar tabie.Main jubuq.
BalasPadamChe Det mempopularkan liwat.Dulu orang tak kisah sangat liwat ni tapi bila anwar dikaitkan dengannya,puluhan ribu turun di jalanan jadi street fighter untuk membelanya.
BalasPadamDahlah tivolli villa tempat meliwat diubah tarikhnya beberapa kali.paling kelakar tarikh liwat dikatan berlaku,tivolli villa masih belum ada lagi.Terpaksalah pinda tarikh lagi.
Tilam tanpa cadar dibawa ke mahkamah dan Augustine Paul selaku hakim dikenali ramai dengan ungkapan tak relevan.
Ramai yang susah nak terima pasal munawar anes yang dikaitkan itu seorang tua dan tidaklah menghairahkan untuk diliwat.
10 tahun kemudian berulang kembali....kali ni saiful yang lebih muda dan tegap mengaku jadi mangsa.ramai yang susah nak percaya pasal anwar pulak dah tua dan sakit belakang.takkan saiful tak melawan bila diliwat.
laporan doktor pusrawi boleh jadi rujukan...
apakah jika anwar dipenjarakan kebangkitan rakyat dapat dibendung.....beribu-ribu lagi anwar akan muncul dan menggantikan tempatnya
meloyanya baca utusan meloya kata seorang teman.tajuk mukadepan anwar khianati kawan.motif tentulah untuk buruk-burukkan anwar.
BalasPadamsiapa gerangan rachel motte tak penting tapi tulisannya digunakan utusan meloya untuk menyerang anwar.
mungkin ada beberapa perenggan dalam tulisan ini yang editor utusan meloya terlepas pandang sebelum tulisan ini diterbitkan.
Motte berkata,kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan,pro amerika dan berani berterus terang kepada dunia islam bahawa ia adalah sekutu strategik amerika.
jadi,benarlah kerajaan bn sekarang pro amerika.motte mengutuk anwar dan memuji najib.umum tahu siapa yang dipuji oleh amerika adalah proksinya.
lagi dalam tulisannya motte berkata pada sidang kemuncak nuklear di washington baru-baru ini,najib berikrar akan membantu amerika dalam pelbagai bidang.
kita taklah terer dalam teknologi nuklear dan seorang penganalisis politik mengaitkannya dengan tindakan kerajaan bn menghentikan jualan gasolin kepada iran.
terima kasih utusan meloya.sekarang rakyat dah tahu siapa pro amerika.
semakin ramai pertikai tindakan polis tembak mati budak sekolah arwah aminulrashid.
BalasPadamtadi ada terdengar gebang di kedai kopi seorang mamat sambil baca paper komen tentang isu ni.
apasal kejar sampai 6 km tak contact member buat roadblock.follow aje keta tu and ambik nombor platnya.
seorang mamat tu lagi cakap tentang fungsi panel yang ditubuhkan.setakat memantau buat bazirkan masa,tenaga dan wang ringgit katanya.
seorang lagi mamat tu pertikai kredibiliti ahli panel.Sorang tu KPN pencen.dulu masa kes memali dialah KPN.Sekarang timbalan pengerusi genting.Gentingkan ada kasino...apa kepakaran kamal effendi ni.bukan ke dia bekas polis.shafie abdullah pulak peguambela abdul razak baginda dalam kes altantuya.....berbuih-buih mulut mamat ni memberikan penerangan kepada rakan-rakannya yang lain.abu seman yang jadi chief ni masalah babi kat tempat dia dulupun fail..tak boleh settle.yang sorang lagi tksu kdn..keja bawah dia...polis lak dok bawah kdn...susah rakyat nak percaya macam ni.
apasal tak tubuhkan suruhanjaya diraja siasat perkara ni.aku confirm kalau yang kena tembak tu anak menteri atau vip,polis yang menembak tu dah dihukum.
ketika ini seorang rakan mamat ni menyampuk,rupa-rupanya inilah harganya bila keadilan dikompromi.takkan kena ada kabel untuk mendapatkan keadilan,katanya....
Bapak rais kena letak jawatan pasal ketika dia jadi menteri luar,negara kita kehilangan pulau batu putihkepada singapura dan dua telaga minyak seluas 1.9 juta ekar kepada brunei.
BalasPadamApakah ini win win situation yang dimaksudkan bapak rais.perkara ni bukan kecik anak.satu suruhanjaya di raja perlu ditubuhkan siasat perkara ini.
RM320 bilion hilang begitu saja.ramai yang mula mempersoalkan tindakan kerajaan bn ini.mula-mula serah telaga...lepas ni entah apa pula.kenapa kabinet boleh bersetuju dengan idea gila ini.patutnya perkara ini dirujuk ke parlimen untuk dibahaskan.dah kira menderhaka pasal tak rujuk kepada Yang Di Pertuan Agong.ini reta negaralah....bukan reta umno dan bn.
sangat memalukan ada kerajaan seperti sekarang.uruskan reta negara tak reti.
gerombolan dah bergaduh.ada kalangan gerombolan x puas hati ezam jadi senator.dahlah dulu musuh politik sekarang dah jadi geng... 2 tahun lepas lompat masuk umno dari pkr dapat jadi senator.
BalasPadamsiapa yang tak puas hati.kalau hari tu gerombolan terpaksa bersabar bila bapak rais dan shabery dilantik jadi menteri.bekas pemimpin s46 dan kini dah jadi menteri.
sekarang pemimpin pkr pulak belot diberi layanan istimewa.ada yang jadi senator.
mereka lak telan air liur je.
Seelok2nya...bapak2 menteri yang menggadai harta negara, menyeleweng disumbatkan aja dalam jail sehingga akhir hayat...
BalasPadamBapak2 menteri ni... mmg perlu dihukum sedemikian. Harta negara adalah harta rakyat.. jgn dok sedap je nak buat sesuka hati...
selagi UMNO berkuasa, selagi itulah rakyat akan merana..
Bacalah sendiri -http://belantan.blogspot.com/2010/05/anwar-kantoi-rayuan-terakhir-ditolak.html
BalasPadamJUBUR Saiful kena buasir ke ? Kalau tidak macam mana kapas ada pada jubur budak bengong tu! Nak cari makan jangan sampai jual air mani pada juburlah! Karut punya berua Umno!!
BalasPadamJubur dia dah bernanah..sbb tulah ada kapas...
BalasPadamsuruh Pak Jib jadi Hakim Kak Mah jadi jurutulis Mahkamah
BalasPadamI will vote others except BN/UMNO eventhough my life at stake....
BalasPadamAndy
biarkan mereka jawab di hadapan allah nanti segala apa yg berlaku pada masa tu duit tak de nilai, tapi aku tak puas hati kerana pm bukan dilantik oleh rakyat najid dilantik oileh umno bengang betul
BalasPadam