script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Penduduk Ulu Tembeling Kecewa, MB Digesa Siasat Ada Pihak Cuba Rompak Projek Ladang Rakyat Yang Diluluskan Kerajaan Negeri

JERANTUT, 10 Mei [10.34 pm] - Sebelum ini media telah beberapa kali melaporkan masalah yang menimpa rakyat Pahang yang mendiami kawasan pendalaman terutamanya di Ulu Tembeling. Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak telah beberapa kali melaporkan tentang permasalah rakyat setempat, namun ternyata ia tidak berkesudahan sehingga ke hari ini biarpun negeri Pahang diperintah oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Rakyat di kawasan Ulu Tembeling terus terpinggir dari arus pembangunan, malah kehidupan mereka sesetengahnya sudah begitu daif dan amat memerlukan pembelaan. Namun apa yang ingin kami paparkan disini ialah satu berita yang amat mengejutkan dan menyakitkan hati sebahagian besar rakyat di kawasan terbabit. Ia berkaitan dengan isu "pembatalan projek cadangan Felcra Ulu Tembeling" yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat di kawasan ini. Persoalannya kenapakah projek ini tiba-tiba dibatalkan sedangkan difahamkan Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan kawasan seluas 2500 ekar kepada agensi FELCRA untuk membangunkan ladang rakyat bagi program membasmi kemiskinan penduduk di Lembah Tembeling dari Kampung Pagi, Kuala Sat, Kampung Bantal, Mat Daling dan Gusai. FELCRA pula dikatakan telah menubuhkan badan pengurusan terdiri dari pengurus dan kakitangan dan ditempatkan di pejabat FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan buat sementara.

Setelah bersedia untuk dilaksanakan, keputusan kajian oleh Ibu Pejabat FELCRA mendapati tanah berkenaan tidak sesuai untuk tanaman sawit kerana muka buminya yang terlalu berbukit yang akan menyukarkan penuaian kelak. FELCRA juga telah memohon Kerajaan Negeri menukarkan syarat asal tanaman sawit kepada tanaman getah, namun ditolak oleh mesyuarat EXCO atas alasan tanah tersebut membabitkan kawasan hutan simpan kekal Taman Negara, bagaimanapun, pejabat tanah diarahkan mencari kawasan lain yang sesuai sebagai ganti. Masalahnya para penduduk kini tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku. Sepatutnya sebarang alasan mengenai tanah berkenaan diberi diperingkat perbincangan ketika memberikan kelulusan dahulu dan bukannya ketika memohon tukar syarat. Proses ini melambat-lambatkan projek yang sepatutnya disegerakan kerana penduduk telah sekian lama menunggu. Sementara itu difahamkan juga taklimat di mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Jerantut mengesahkan bahawa tanah itu bertaraf "State Land" dan tidak ada kena mengena dengan hutan simpan kekal Taman Negara kerana terletak diseberang Kampung Bantal dipisah oleh Sungai Tembeling. PTDJ mengakui bahawa tanah tersebut bersih dari hutan balak kerana telah dilesenkan sejak lama dahulu, dan ia adalah kawasan belukar tebal yang berbukit-bukau. Penduduk dimaklumkan sebelum mesyuarat EXCO tersebut, ada pihak telah turun naik Pejabat Perhutanan berusaha menukar lapuran dari taraf "Tanah Kerajaan" kepada "Hutan Simpan kekal" dan menyediakan kawasan gantian yang masih hutan dara. Bagaimanapun, usaha "Individu" tersebut buat masa ini dikatakan gagal kerana Jawatan kuasa Tanah bertegas dengan keputusan meneruskan projek berkenaan di tempat asal. Maka, jika benar seperti yang dilaporkan, pihak Kerajaan Negeri dan Menteri Besar perlu menyiasat kegiatan "individu" itu sekiranya tidak mahu dikaitkan sebagai pemegang saham bersama. Begitu juga Jabatan Perhutanan Negeri. Rakyat dikawasan ini keliru dengan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" kerana apa yang terbukti adalah sebaliknya iaitu "pemimpin diutamakan dan rakyat dibiarkan". Itulah kata-kata yang dikeluarkan sendiri oleh penyokong UMNO Jerantut ini sebenarnya. Mungkin dek kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku di kawasan mereka sejak zaman berzaman itu.

[Luahan hati dan perasaan ini kami petik dari blog UMNO Jerantut sendiri. Sila klik disini untuk membaca komen dari rakyat kawasan berkenaan. Terkadang kami merasa sedih melihat apa yang berlaku. Sangkaan kami hanya penyokong pembangkang sahaja yang ditipu dan dianaktirikan oleh kerajaan UMNO BN. Rupa-rupanya penyokong BN sendiri mengalami nasib yang sama malah lebih teruk dari itu. Kami masih ingat luahan YB Wan Amizan yang disiarkan oleh NTV7 satu ketika dulu. Beliau merintih mengharap simpati kerajaan, katanya sudah lebih 30 tahun rakyat di kawasannya menderita dengan berbagai masalah yang tiada kesudahan. Bukannya perkhidmatan jalur lebar internet yang diminta, tetapi sedikit pembangunan bagi mengubat hati pengundi dan rakyat yang menyokong mereka. Namun, harapan tinggal harapan dan kedaifan penduduk di kawasan ini terus menjadi bualan rakyat Pahang. Mungkinkan mereka akan terus begini, "dulu, kini dan selamanya", walaupun Perdana Menteri Malaysia berasal dari negeri Pahang ini?. Diharapakan pihak Kerajaan Negeri dapat mengambil berat perkara ini dan jangan hanya menunggu adanya pilihanraya kecil barulah rakyat mahu didahulukan. Jika beginilah senarionya, maka lebih baik rakyat menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang kerana keadaannya sama sahaja, mereka akhirnya dinafikan hak untuk menikmati pembangunan itu].

Share:

4 ulasan:

  1. PKR pergi berambus dari bumi malaysia kamu semua penyebar fitnah perosak masyarakat,,,,PKR sampah negara,,,,,,

    BalasPadam
  2. PKR bawa budaya si kitul fitnah mengfitnah budaya PKR,,,PKR semuga parti anda pupus dari negara Malaysia,,,,,pergi berambus PKR parti busuk hati simpan syaitan dalam hati,,,

    BalasPadam
  3. PKR suka tabur fitnah dan sahabat syaitan

    BalasPadam
  4. Sedara tiga ekor kat atas 2, ngapa nak marah-marah ? suka depalah nak kata apa, Malaysia kan BOLEH !!
    Marah-marah pun sahabat syaitan gak Sedara, jangan lupa tu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.