SIBU, 16 Mei [1.34 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 21,103 pengundi atau 42.24 peratus daripada 52,158 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi setakat pukul 1 petang tadi. Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini. Sejumlah 52,158 pengundi dijangka mengundi bagi memilih Anggota Parlimen baru di 45 pusat mengundi dengan 110 saluran di 39 sekolah, dua taman didikan kanak-kanak, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam. Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat. Cuaca yang baik di sebelah pagi merupakan petanda baik bagi proses penggundian untuk berjalan lancar sebaik para pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibuka bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng atau calon Bebas Narawi Haron. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini. Para pengundi dinasihatkan keluar awal hari ini kerana Jabatan Meteorologi Department meramalkan ribut petir di sebelah tengah hari. Polis menggerakkan 2,000 petugas bagi memastikan penggundian berjalan lancar. Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang. Semua kotak undi akan dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini. Keputusan bagi pertandingan tiga penjuru dijangka diumumkan oleh SPR, dan paling awal keputusan dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya pada pukul 9.00 malam ini.
[Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu dilihat agak menarik untuk diperkatakan, kerana ternyata projek mee segera yang ditawarkan oleh puak-puak BN mencecah berbilion ringgit banyaknya. Kenapa ini berlaku? Pertamanya kerana BN takut majoriti pengundi di kawasan itu adalah pengundi berbangsa Cina. Penangan Hulu Selangor masih menghantui mereka. Keduanya, kerana terbukti kerajaan BN pimpinan Taib Mahmud gagal membangunkan Sarawak sejak sekian lama memerintah negeri itu. Bermakna kawasan Sibu telah dipinggirkan dari arus pembangunan, lantaran itulah wang yang banyak dijanjikan untuk membawa pembangunan ke kawasan itu. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh BN selama ini?. Mujurlah ada pilihanraya kesil parlimen Sibu ini, jika tidak sudah pasti rakyat di kawasan itu akan terus berada dalam kedaifan dan kemunduran buat selamanya selagi BN terus berkuasa di bumi Sarawak].






PKR bakal berkubur,,,,,,,
BalasPadamPKR bakal lenyap dan berkubur,,,
BalasPadambodohh..bila masa pulak PKR yg bertanding nii.. bukan ker DAP... gila meroyan kerr mamat sekor nii.. dok mengamuk x tentu pasal... PKR terus hidup selagi rakyat ada... setakat dua tiga kerat pemimpin yang dibeli tuu..x ader masalahnyerr.. ribuan lagi terus menyokong..tgok kat Ulu selangor..BN menang tak smpai 2 ribu.. kalu menang 30 ribu ok gakk kata x ada org sokong PKR... ada otak ke tak ada nii ...
BalasPadamBN dah terkubur dlm hidup..kahkahkah
BalasPadamaku yakin DAP akan kalah..buat penyedap je awal2 nih..mendahului..huhuhu
BalasPadamaik laen macam nie..tv arus perdana senyap jew..ade kptsn mengejut kew??hehehe
BalasPadambukan kat Sibu je yang ketinggalan arus pembangunan. Kira semua tempatlah. Dulu aku pernah lawat adik aku yang mengajar kat Semunjan. Lagi haprak punya tempat. Naik bot, jalan becak teruk.
BalasPadamMana perginya YB, YB, BN yang kononnya mewakili suara penduduk kat sana ? Apa yang dia orang buat ?
Cuba kalau pakatan yang menang kat kawasan mundur sarawak, apa kata puak UMNO / BN agaknya...?