script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, Walau SPR Buat Kontroversi Namun Akhirnya Calon DAP Menang Majoriti 398 Undi, Syabas Buat YB Wong Ho Leng

Syabas dan tahniah, akhirnya tepat jam 10.58 malam tadi, Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu iaitu Wong See Meng (Pegawai Daerah Sibu) mengumumkan juga keputusan yang dinanti-nantikan. Seperti yang dijangka, biarpun BN mendapat majoriti undi pos dan DAP hanya mendapat 70 undi sahaja namun kemenangan tetap berpihak kepada calon DAP iaitu Wong Ho Leng (foto). Beliau mendapat 18,845 undi, manaka calon BN Robert Lau Hui Yew mendapat 18,447 undi dan calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi sahaja. Kemenangan beliau itu disambut dengan laungan "hidup rakyat" dan "Dacing Penipu" oleh ribuan penyokong yang menunggu di luar Dewan Suarah, tempat kiraan undi pos dijalankan. Kemenangan DAP ini menunjukkan petanda jelas bahawa rakyat sebenarnya telah menolak BN secara total. Kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Sibu ini bermakna dua kerusi parlimen negeri (Bandar Kuching) itu telah dikuasai parti pembangkang. Ini memberi tamparan hebat kepada BN, kerana Sarawak adalah merupakan sebahagian daripada talian hayat untuk mereka terus berkuasa memerintah negara ini. Kekalahan ini memberi petanda awal bahawa harapan besar untuk Pakatan Rakyat menakluki Sarawak semakin jelas sekarang ini. Jika ini berlaku, maka harapan untuk mengambil alih Putrajaya bakal terlaksana dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun teruskan kemenangan ini dan buktikan rakyat mahukan perubahan dan tidak boleh diperbodohkan lagi oleh pemimpin UMNO BN dengan segala macam projek "mee segera"nya!

[Undi rosak pula berjumlah 395. Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang. Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu. Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi. Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Batang Ai].

Rakyat Hairan Kenapalah SPR Lembab Kali Ini

Rakyat Malaysia di seluruh negara amat terkejut dengan kelemahan SPR untuk mengumumkan keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu kali ini. Berbagai-bagai helah dan dalih yang digunakan oleh mereka untuk memastikan BN menang. Antaranya tidak memberikan Borang 15 yang telah ditandatangani oleh pegawai SPR kepada wakil calon DAP. Borang itu penting untuk melihat sendiri kiraan sebenar undi pos yang dikatakan memihak begitu banyak kepada BN. Aziz Yusoff perlu bertanggungjawab atas halangan ini. Nampak benar SPR memainkan peranan untuk memastikan BN menang biarpun mereka sepatutnya sudah kecundang kali ini. Apapun rakyat diminta bersabar dengan helah "komponen BN" itu. Apa jua keputusan maka mereka harus menerima. Kedudukan terkini DAP memperolehi kemenangan dengan majoriti semakin tipis iaitu 398 undi sahaja setakat ini. Kita tidak pasti pukul berapa SPR akan umumkan keputusan rasmi pilihanraya kecil Parlimen Sibu ini agaknya?

BN Menang Undi Pos, DAP Masih Dahului 300

Ramai pemerhati politik melihat, dengan majoriti 2,590 undi setakat ini, kemungkinan besar DAP akan dikalahkan oleh undi pos kiranya ia memihak kepada BN 100%. Tambahan pula setakat ini ada peti undi yang masih belum dikira dan dipercayai datangnya dari kubu kuat BN. Harus diingat undi pos kali ini berjumlah 2,571 undi kesemuanya. Maknanya, jika SPR memainkan peranan untuk membuat "magic" lagi kali ini, maka mereka boleh memenangkan BN biarpun DAP dilihat mendapat kepercayaan majoriti rakyat di Sibu. Apakah perubahan akan berlaku sebentar lagi selepas semua undi pos dikira?. Difahamkan Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya. BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi keseluruhannya. Namun calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang. Apakah ada sesuatu muslihat?

Pengerusi SPR Cemas Ketika Diwawancara TV3

Sungguh melucukan pabila melihat wajah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Yussof (foto) yang nampak cemas dan gelabah ketika diwawancara oleh wartawan TV3 mengenai perkembangan pilihanraya kecil Parlimen Sibu hari ini. Kelibat beliau dapat dilihat ketika lintas langsung yang dibuat oleh stesyen TV itu ke Pusat Pengiraan Undi di Sibu sebentar tadi. Ketika ditanya tentang jumlah peratusan keluar mengundi yang merosot, beliau mengatakan amat hairan dengan sikap pengundi di Sibu. Malah ada sesuatu yang aneh telah dikeluarkan oleh Aziz iaitu berkenaan peratusan pengundi itu. Sebelum ini dia mengumumkan peratusan adalah 59.86%, tetapi kemudian beliau mengatakan kemungkinan peratusan melebihi 60%. Malah, mengatakan pengumuman rasmi keputusan pilihanraya kecil kali ini akan dibuat selepas jam 10.00 malam dan bukannya 9.00 malam seperti yang dijanjikan oleh beliau sebelum ini.

Kenapa Media Arus Perdana Tidak Profesional

Kita amat terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh media arus perdana. Ia jauh sekali berbeza ketika pengumuman atau lintas langsung keputusan pilihanraya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini. Apa yang jelas, tidak kelihatan langsung keputusan tidak rasmi dicatatkan pada skrin TV seperti kebiasaannya. Biarpun DAP belum disahkan sebagai pemenang, sepatutnya media seperti TV3, RTM dan lain-lain perlu lebih profesional dalam melaporkan yang terkini dari Pusat Pengiraan Undi seperti kebiasaannya. Apakah dek kerana mereka melihat tanda-tanda DAP menang maka media diarahkan tidak membuat laporan kemenangan tersebut untuk tidak memalukan kepimpinan Kerajaan BN itu sendiri.



Share:

9 ulasan:

  1. makan gajioooooooooooooo,itu macam la

    BalasPadam
  2. harapan semua spr jangan jadi barua umno dan bn...jika terbukti menipu..rakyat akan bangkit dan bn akan kalah teruk..
    hari tu spr kata keputusan boleh diketahui 9.30 malam
    kenapa lewat diumumkan..spr bukan makan gaji dengan umno..takkan bila menang bn boleh terima tapi bila kalah x dapat nak terima

    BalasPadam
  3. gentlelah bro...kalah buat cara kalah....jangan nak main kotor..kata seorang penyokong pakatan rakyat.
    spr jangan ingat rakyat sekarang bodoh...jika menipu atau bantu bn menipu...akan tiba masanya rakyat bangkit dan bn akan kalah teruk
    kenapa umumkan lewat..
    ada yang bengang sampai cakap eloklah spr jadi komponen bn atau sayap umno

    BalasPadam
  4. sokong tok malim 100%..
    wahai org Islam di malaysia,
    bukala mata anda..
    kenapa ahli ugama berdiam diri,
    bila BN lulus lesen judi..
    Lu pikirla sendiri!!

    BalasPadam
  5. sebelum bn bagi lesen judi pun..korang bukan sokong bn pun?

    BalasPadam
  6. tak bagi lesen judi memang dah tak sokong..bagi lesen judi pandang gambar dacing meluat yang amat..kahkahkah

    BalasPadam
  7. Hulu Selangor maybe the start of UMNO's STOP (Selangor TakeOver Plan) but Sibu is the start of Pakatan's very own STOP (Sarawak TakeOver Plan)

    Congratulations 2 DAP
    Congratulations 2 Pakatan Rakyat
    PKR party machinery, please take note

    Sibu voters, be it Chinese, Malay Melanau or Dayaks
    I salute u for putting BN's grand scheme of regaining their 2/3rd majority 2 steps back
    I, a Muslim applaud ur pursuit for change in this country
    Now,fellow Chinese voters
    I thank you 4 sending the hard message to Najib that ur votes cannot be bought
    I hope some of you manage 2 secure an appointment with Najib 2 get those funds for the flood mitigation project

    Up next,
    a possible by election at Batu n Padang Serai or better yet, the Sarawak state election

    Praise to Allah for this win

    BalasPadam
  8. ini dah kira nasib baik. dulu dalam pilihanraya tahun 90an, zaman reformasi, berlaku black out di bandar kuching selama 3-4 jam ketika pengiraan undi dibuat. ramai orang mengatakan kejadian black out tidak masuk akal, malah orang yg bekerja dalam bidang elektrik pun mengatakan begitu. setelah keadaan normal semula jelas terdapat kiraan undi menyebelahi bn dgn mendadak. fikirkanlah

    BalasPadam
  9. biasalah kalau dah terdesak nak menang. Tak dapat kuda, anjing kurap pun ditunggangnye...hahaha..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.