script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Misi Tutup Skandal Scorpene Altantunya, Akhirnya Najib Terpaksa Hantar Bekas Panglima ATM Yang Terhina Jadi Duta Malaysia Ke Perancis

Berita menarik media arus perdana hari ini, ialah perihal perlantikan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal (foto) menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia Ke Perancis daripada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Ramai yang terkejut dengan perlantikan ini, kerana beliau pernah ditamatkan jawatannya dengan penuh kehinaan oleh pentadbiran kerajaan 1Malaysia Najib Razak suatu ketika dulu. Lebih menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang ketika itu. Malah cara beliau ditamatkan perkhidmatan juga telah memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya. Ini menimbulkan kemusyikalan dikalangan rakyat. Malah penamatan kontraknya secara tergesa-gesa dek kerana beliau dipercayai merupakan proksi rapat kepada PM terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Oleh yang demikian, melihat kepada insiden yang berlaku terhadap dirinya yang membuatkan seluruh anggota tentera di Malaysia terhina ketika itu, maka atas dasar apa pula tiba-tiba PM Najib melantik beliau sebagai Duta Malaysia Ke Perancis. Mungkinkah ada agenda tersirat yang diarahkan oleh PM kepada beliau memandangkan ada ura-ura kes pembeliau kapal selama Scorpene mahu disiasat oleh pengamal undang-undang di negara itu agaknya. Inilah yang menyebabkan Najib bagai "cacing kepanasan" dan akhirnya menghantar orang yang arif dalam tentera untuk melaksanakan misinya di sana. Apakah ini ada kena mengena dengan usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene Altantunya dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tambahan pula Duta yang baru dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara dan sangat sesuai memainkan peranan itu.

[Apa yang pasti perlantikan bekas Panglima Angkatan Tentera ini sudah pasti mempunyai misi yang telah dirancang dengan baik sebenarnya. Tambahan pula kini terdapat berita gempar tentang Misi seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Bukankah misi ini perlu dihentikan jika mahu nama Malaysia terutamanya Najib Razak tidak tercalar dipersada antarabangsa. Lantaran itulah, langkah terbaik Najib perlu menghantar orang yang ada kaitan dengan angkatan tentera untuk melaksanakan tugasan tersebut. Apapun, kita amat yakin bahawa misi ini pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Apapun, tahiah kita ucapkan kepada Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal atas perlantikan beliau yang cukup bermakna dan misteri itu]
Share:

15 ulasan:

  1. Carilah orang lain jadi Duta. Orang dah pencen nak relaks. Macam turun pangkat je. Kalau jadi PM ok gak..

    BalasPadam
  2. sebelum ni org dok raba pompuan la ni dia ni palk jadi Duta?lepas ni org atasan yang ada kes besar akan di hantar jadi Duta BuTa

    BalasPadam
  3. Benarkah jadi duta ni kebal daripada segala mak nenek pendakwaan?Jika benar tak heranlah depa dilantik jadi duta.
    kalau citer pasal kapal selam yang tak leh menyelam ni sampai 1001 malam tak habis.
    hari ni dok heboh pasai keta chief polis selangor hilang kena curi.macamana nak jaga keselamatan orang kalau keta sendiri kena curi tanya seorang teman.
    sama macam citer 2 telaga minyak yang umno bagi free kat brunei.tak banyak...RM320 bilion je.
    bukan takat tu aje....kita juga kehilangan 10 ribu km persegi wilayah kita kepada brunei.
    ini kira lagi luas daripada pulau batu putih yang kita terpaksa serahkan kepada singapura.
    bukan takat pak lah tapi seluruh menteri kabinet ketika itu bertanggungjawab kerana merahsiakan perkara ini pasai pak lah kata kabinet meluluskan tindakannya itu.
    pasai apa menteri kabinet dari sabah dan sarawakpun sokong.Sabah rugi RM17 bilion pendapatan minyak yang boleh diperolehi daripada 2 telaga minyak itu.
    umno kena jawab pasai merahsiakan perkara ini daripada parlimen,yang di pertuan agong dan rakyat.boleh dianggap derhaka kerana menyerahkan wilayah negara sendiri kepada negara jiran.

    BalasPadam
  4. Kerajaan bn cakap judi bola orait.baru sebentar tadi awang adek umumkan idea yang nak cari wang lebih menjelang piala dunia.
    Ada seorang rakan bagitau buat modal prk di sibu.
    sapa gerangan tokey judi bola ni masih jadi teka-teki.judi bola ni memang untung tapi taklah sebesar keuntungan yang dapat kita nikmati melalui 2 telaga minyak yang jatuh kepada brunei.RM320 bilion jika dapat kat kita x perlu kerajaan BN buat judi bola plus laksana GST.Tak kena gayanya boleh hantar setiap umat islam tunai haji percuma sekali seumur hidup.

    BalasPadam
  5. lebih heboh daripada jom heboh.sumber dalaman umno mengesahkan ezam akan dilantik jadi timbalan menteri.
    Najib kena tangguh dulu lantik ezam kerana bantahan keras daripada pemuda umno.
    Berjuang bagai nak rak tapi sapi yang dapat nama....KJ sendiri dah boleh nampak hayatnya dalam politik hampir ke penghujungnya kalau ezam jadi timbalan menteri sedangkan dia dilantik jadi senatorpun tidak....
    Tambah seorang lagi pesaingnya.....Nak menangkis cabaran mukhriz,khir toyo dan razalipun tak mampu..inikan pulak ezam.bantuan daripada rakan-rakannya yang belot awal boleh menjadikan ezam ketua pemuda umno yang baru.itulah persepsi ramai pemimpin pemuda umno yang yakin kemasukan ezam ke dalam umno untuk memenuhi agenda peribadinya menjadi ketua pemuda umno yang baru.tambah pula dengan penghijrahan rakan-rakan PKRnya ke dalam umno akan menguatkan lagi cengkaman ezam dalam umno.

    BalasPadam
  6. ramai yang risau jika ezam nak bertanding ketua pemuda.dulu mereka terpaksa mengalah kepada geng s46.ada yang dilantik jadi menteri seperti rais yatim dan shabery chik.sekarang kena beralah pulak dengan geng pkr...payah ni.
    jika bekas orang kanan dan pengikut anwar dalam umno menyokong ezam seperti zahid hamidi,zambri,zahid mat arip,lokman adan dan lain-lain sokong ezam....berkuburlah hasrat mukhriz jadi ketua pemuda.razali dan khir toyo juga menerima nasib yang sama.KJ yang tak ada apa-apa lagilah awal-awal dah menyerah kalah

    BalasPadam
  7. KJ pulak kedudukannya dalam umno ibarat telur di hujung tanduk.bapak mertua sibuk menjawab dan menepis serangan daripada dr mahathir tentang isu telaga minyak RM320 bilion.
    ramai yang merasa heran kenapa dr mahathir menyerang pak lah dalam isu ini.
    jika berlarutan perselisihan pak lah dan dr mahathir,yang mendapat labanya ialah ezam.
    senangnya nak dapat jawatan dalam umno.keluar parti.caci,maki parti.lepas tu masuk balik parti dalam 2 tahun dapat jadi senator....kata seorang pemuda umno yang totok umnonya

    BalasPadam
  8. umno bergolak kerana berebut kuasa.kemasukan ezam menjadikan pemuda umno berpecah kepada 4 puak.KJ,Mukhriz,Khir Toyo dan Ezam.Jika razali berhasrat menjadi ketua pemuda..pesaingan jadi semakin sengit.inilah jangkaan seorang penganalisis politik ketika ditemui.
    Siapa jadi PM lepas Najib kalau BN memerintah lagi.....
    Ramai yang meramalkan sepupunya hishamudin.kempunanlah muhyidin jika ini berlaku.
    Zahid Hamidi berkemungkinan akan bertanding timbalan presiden umno.
    Perebutan ini akan mengoncangkan umno.
    siapa yang memulakan langkah akan menang.tindakan menyerang dan merampas negeri pakatan rakyat akan merugikan masa mereka untuk mengejar jawatan tertinggi dalam parti.
    Najib hampir pasti akan melantik hishamudin.Persaingan berlegar di antara zahid,muhyidin dan hishamudin.Ramai yang meramalkan muhyidin akan kecundang kerana zahid berkemungkinan akan menjadi TPM jika hishamudin jadi PM.dia juga bekas su najib.
    lainlah jika muhyidin berkompromi dengan dr mahathir dan menjadikan mukhriz sebagai regunya.....kata penganalisis politik itu lagi ketika mengakhiri perbualannya

    BalasPadam
  9. Ikut teori penganalisis politik itu tadi.Hishamudin akan memilih zahid sebagai regunya.Zahid perlukan ezam untuk dapatkan sokongan akar umbi.
    Muhyidin akan memilih mukhriz sebagai gandingannya kerana pengaruh dr mahathir.jika dr mahathir menyokong hishamudin peluang mukhriz jadi pm malap.
    KJ boleh menilai sendiri kedudukannya dalam umno tanpa sebarang jawatan.
    pilihan terbaik sertai PR atau jadi MP bebas macam Ibrahim Ali.

    BalasPadam
  10. Dalam kem umno mula mempersoalkan sumbangan ezam sampai dilantik jadi senator.
    Setakat buruk-burukkan anwar dalam PRK sebelum ini dia dah buat tapi impaknya tak ada.
    Kecewa memang kecewa tapi siapa yang berani pertikaikan keputusan najib.
    kali ni ezam bawak masuk soldadunya yang sudah pasti akan mengancam kedudukan mereka jika berlaku perebutan jawatan dalam parti.itulah yang mereka risaukan.

    BalasPadam
  11. Takyah lah berebut rebut, APNO dah nak kulluhom. 2 tahun je lagi.

    BalasPadam
  12. Biase la tu.mesti ada rancangan tersembunyi..

    Nak kena cover kesilapan-kesilapan lalu..

    Lagipun najib kenalah pilih orang yang arif pasal selok belok ketenteraan...

    Apa pun marilah sama-sama kita doakan semoga rancangan APNO tidak diredhai Allah..

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. syabas....umno sambut ulangtahun ke 64nya selasa depan dengan benarkan judi bola.orang kalau makin tua terasa nak tobat selalu ke masjid....
    rakyat melihat umno dah jadi parti perkauman....rasis.azhar,ketua pembangkang pulau pinang cuba timbulkan peristiwa berdarah 13 mei.kini nama beliau sebaris dengan ismail,hamidah dan nasir satar dan sekapal dengan brahim ali chief perkasa.
    rakyat tertanya-tanya mengapa polis selangor berat sebelah...bila umno berdemo boleh.perkasa tu second chief dia datuk fuad hasan,adik beradik musa hasan jugak.demo pijak kepala lembu dulupun orang umno yang terlibat...luah seorang teman yang tak puas hati dengan sikap berat sebelah polis.Elok musa hasan dan khalid abu bakar disiasat kerana salahguna kuasa.
    Ekoran kenyataan rasis azhar...undi kaum cina dijangka bertambah dan memihak PR yang diwakili calon dap.seorang penganalisis politik berpandangan kenyataan bekas pegawai khas najib nasir satar yang menghina kaum cina dan india masih berbekas di hati mereka.kaum india dihina sebagai pengemis dan kaum cina pula jual tubuh atau pelacur.sampai sekarang nasir tak kena dakwa....kata beliau.
    sekarang rakyat dah bijak dah umpan isu perkauman dah tak main lagi.kalau x reti main bola main ajelah guli...nasihat penganalisis politik itu kepada umno yang mendapat suntikan baru dengan kehadiran penasihat yahudi..apco
    kita semua tahu yahudi kejanya menjahanamkan umat islam.huru-huru yang berlaku di negara kita sekarang barangkali tempiasnya daripada apco..tambah beliau lagi

    BalasPadam
  15. Pegawai Tentera ni mana ada maruah.. yg depa tau..sket2 `yes sir, yes dato', yes tan sri dan bla..bla..bla..

    setialah konon.. dahla dok yes2nyo.. zaman askar dah habis.. tapi kalau nak ganjaran leh la terima jawatan tu...

    kalau koi la...tak embuhnya jadi duta disebalik udang..buat sakit kepala je... dok jaga orang besar, tapi depa tak jaga kita pungggg...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.