script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kemaruk Bagi Pastikan Kemenangan BN Di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Maka Akhirnya SPR Tidak Benarkan Mafrel Terlibat Di Sana Nanti

Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2010 ini dijangka lebih banyak penipuan dan penyelewengannya. Ini berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pemantau Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Mafrel) atau badan NGO seumpmanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya kecil Sibu itu nanti. Wan Ahmad turut menegaskan bahawa SPR telah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya tersebut dapat dijalankan secara adil dan telus. "Mafrel tidak diperlukan di pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kita juga tidak memerlukan mereka sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu. "Kita telah membentuk enam pasukan penguatkuasaan. Wakil-wakil calon yang akan bertanding akan dijemput sebagai anggotanya," katanya hari ini. Tambah mengejutkan lagi kenyataan Wan Ahmad bahawa Mafrel gagal menghantar sebarang maklum balas atau laporan kepada SPR tentang perjalanan sembilan pilihan raya kecil yang telah dipantau oleh pihak itu sebelum ini. Padahal selama ini kita tahu bahawa Mafrel telah mengeluarkan beberapa hasil pemantauan mereka terhadap perjalanan pilihan raya kecil di negara ini. Ini kerana berdasarkan pengalaman Mafrel yang telah memantau pilihan raya sejak tahun 2004, banyak insiden salah laku dan pelanggaran pilihan raya yang besar berlaku di luar daripada pusat penamaan calon, pusat mengundi atau pusat penjumlahan undi. Malah Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh juga ada melaporkan beberapa masalah besar yang dipandang enteng oleh SPR iaitu permasalahan daftar pemilih yang sering diragui, penyalahgunaan jentera dan sumber kerajaan atau penawaran rasuah dalam bentuk wang, material dan projek ‘mee segera’ ketika berkempen selain kemungkinan berlakunya perbuatan atau tindakan ganas dan merbahaya semasa kempen.

[Soalnya sekarang kenapa SPR begitu takut kepada Mafrel?. Nampak benar SPR cuba untuk melindungi kerja jahat mereka di pilihanraya kecil Sibu kerana mereka telah mendapat mandat daripada UMNO BN agar memastikan mereka menang besar di Sibu nanti. Malahan juga, parlimen di Sarawak adalah talian hayat untuk UMNO BN terus berkuasa di negara itu. Justeru itulah, SPR amat takut dengan kelibat Mafrel sebenarnya. Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi SPR yang bangang itu boleh mengatakan Mafrel tidak menghantar laporan hasil pemantauan sembilan pilihanraya kecil sebelum ini, bukankah ini satu cerita dongeng yang direka-reka beliau. Umum mengetahui, pemimpin UMNO Selangor Noh Omar pernah mengeluarkan kenyataan supaya Mafrel dihalang memantau pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kononnya Mafrel berat sebelah dan tidak layak untuk menjadi badan pemantau. Walhal Mafrel menjalankan kerja mereka dengan baik. Apakah puak-puak UMNO BN takut dengan pendedahan "projek mee segera" oleh Mafrel, sedangkan ia memang berlaku?. Oleh itu, kami amat yakin Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu penuh dengan penipuan dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN dengan kerjasama oleh kroni dan proksi mereka iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri].
Share:

6 ulasan:

  1. Bukan apa! SPR adalah penipu besar dalam setiap kali pilihanraya. Kalau SPR tiada, dah lama UMNO mampus.
    Sesiapa yang menghalang SPR mesti menjadi musuh kepada dia.
    Berani kerana benar, takut kerana salah.

    BalasPadam
  2. kita doakan celaka la ke atas mereka yang cintakan kejahatan.AMIN

    BalasPadam
  3. Apa kena dengan SPR aku tak faham langsung. Kau buat je kerja kau. Yang bertanding biar bertanding. Yang nk mengampu UMNO tu kenapa ? Korang ingat siapa yang bayar gaji korang ? UMNO ?

    BalasPadam
  4. Adakah SPR tu - SAPU PONGKOK ROSMAH atau SPR itu - SENYAPKAN SUARA RAKYAT?

    BalasPadam
  5. Aku rasa lebih pada SENYAPKAN SUARA RAKYAT.

    BalasPadam
  6. Ataupun SIRI PERLEKEHKAN RAKYAT / SIRI PERBODOHKAN RAKYAT...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.