MARAN, 14 Mei [12.20 pm] - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran membantah keras pengeluaran lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya. Kenyataan itu telah dibuat oleh Pemangku ketuanya, Khairul Amin Osman (foto). Beliau dengan berani menegaskan bahawa kebenaran itu satu langkah silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial kerana alasan yang diberikan adalah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Malah, beliau juga menolak sebarang usaha yang tidak bermoral itu yang tidak menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang dilaung-laungkan selama ini. "Masyarakat pelbagai agama dan bangsa juga menolak perjudian pertaruhan ini kerana menjejaskan moral dan akhlak serta membawa masyarakat terjerumus kepada masalah lain. Jika kebenaran pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 ini diberi, maka akan ada pihak lain yang akan menggunakan perkara yang sama di masa hadapan", katanya. Beliau berkata, kelulusan lesen itu akan menjadi asas untuk merebaknya budaya baru pertaruhan dalam masyarakat. Menurutnya, ia perlu dikekang sebelum membawa negara ke kancah kerosakan moral dan akal budi yang lebih meruncing.
“Kerajaan seharusnya bertegas dalam soal ini bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang sebenar sebagai sebuah negara yang masyarakatnya berkeperibadian tinggi dan luhur . “Kita yakin masyarakat Malaysia keseluruhannya tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan meluluskan lesen ini, ia pasti mengguris perasaan terutama dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya. Beliau berkata, kebenaran perjudian pertaruhan Piala Dunia pastinya menambah lagi kerosakan moral yang semakin gawat kini. Peranan kerajaan adalah mempromosikan kebaikan dan bukan perkara yang merosakkan. Menurutnya, perkara itu amat dikesali kerana banyak bantahan dibuat berhubung lesen berkenaan namun ia seakan tidak diambil peduli walaupun pandangan yang dikeluarkan bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah disumbang oleh ahli agama. “Pemuda UMNO Bahagian mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang dikeluarkan agar lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen,” katanya.
[Kami amat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat ini. Biarpun berbeza perjuangan, namun kami mengambil ketetapan disini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran atas keperihatan mereka untuk melihat dari sudut yang lebih neutral dan telus. Jika perkara ini dibangkitkan oleh parti pembangkang, mungkin ianya dianggap politik. Namun, keberanian pemuda UMNO Maran mendahului Pemuda UMNO Malaysia itu amatlah dihargai dan perlu disokong oleh semua pihak. Sesungguhnya kita mahu rakyat menjadi "orang yang baik-baik" dan bukannya terus disogokkan dengan unsur-unsur perjudian yang haram dari sudut agama Islam. Memang kita tahu, Berjaya Group bukan dimiliki oleh orang Islam (Vincent Tan), namun harus diingat majoriti yang akan berjudi nanti adalah orang Melayu yang beragama Islam. Ini samalah dengan apa yang berlaku kepada Magnum dan Sport Toto. Apakah pemimpin Melayu Islam dalam UMNO sedar semua ini. Justeru itu, kebenaran lesen tersebut haruslah ditarik balik dengan serta merta sebelum umat Islam turun dijalanan untuk memprotes isu ini. Hadapilah kenyataan bahawa judi itu merosakkan, andainya masih ada yang berjudi maka itu salah mereka disisi agama. Namun, kebenaran memberi lesen amatlah tidak wajar sama sekali dan harus ditentang oleh umat Islam. Ia seolah-olah menggalakkan pula rakyat Malaysia ke arah kehancuran moral yang lebih dasyat]. Sumber: Sinar

pusat judi atas banjaran titiwangsa tu bila pulak pemuda maran nak bantah?
BalasPadamApakah bantahan Pemuda Umno Maran ini mendapat tempat di akhbar utama sepertiUtusan dan Berita Hairan selain TV3, RTM dan seangkatannya? kita tunggulah sehari dua lagi.
BalasPadam