script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Sukan: Hafiz Hashim Berjaya Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Aksi Badminton Piala Thomas !!

Syabas dan tahniah kepada pasukan badminton Malaysia apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala Thomas setelah menewaskan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil malam tadi. Muhd Hafiz Hashim (foto) menjadi wira negara apabila meraih mata kemenangan untuk Malaysia mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu. Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan kepada Hafiz, ketika kedudukan terikat 2-2. Hafiz ternyata tidak mengecewakan dan mudah menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam permainan perseorangan ketiga. Malaysia akan bertemu China pada perlawanan separuh akhir Jumaat ini. Skuad badminton negara bermula cemerlang apabila Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama. Pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menambah mata kedua selepas mengatasi pasangan Denmark, Carsten Mogensen-Mathias Boe, 21-17, 21-19. Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua. Kedudukan terikat 2-2 apabila bergu kedua negara Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How tewas 26-24, 12-21, 18-21 kepada pasangan Lars Paaske-Jonas Rasmussen.

Kemenangan Tercalar Gara-Gara Waktu Maghrib

Kejayaan Malaysia itu memang cukup membanggakan seluruh rakyat tidak kira kaum, agama atau fahaman politik masing-masing. Semuanya dilihat memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan. Namun, ada sesuatu yang kurang enak untuk didengar ketika perlawanan tersebut berlangsung. Apa tidaknya, aksi yang bermula jam 6.00 petang itu berakhir sekitar jam 11.00 malam. Maka, Stadium Putra Bukit Jalil telah dipenuhi dengan peminat yang datang berbondong-bondong untuk memberi sokongan. Akibat keasyikan ribuan peminat menyaksikan perlawanan itu, maka sebahagian besar daripada mereka terutamanya orang Melayu Islam dilihat telah gagal untuk menjalankan kewajipan kepada Allah iaitu solat Maghrib. Maklumlah, perlawanan tidak dihentikan ketika waktu Maghrib tersebut, dan masa solat itu pun pendek. Ini menyebabkan ada dikalangan mereka yang terpaksa meninggalkan benda yang wajib semata-mata tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan berkenaan. Turut kelihatan juga beberapa orang kenamaan yang turut melayan sama perlawanan dan dilihat terlepas untuk mengerjakan solat Maghrib. Apakah kejayaan seperti ini yang diinginkan?.


Sebagai umat Islam kita dianjurkan berdoa, tetapi jika berdoa sampai
melalaikan tanggungjawab terhadap agama, maka apa hukumnya?

Terkadang, kita hairan kenapa perlawanan dimulakan jam 6.00 petang iaitu kira-kira satu jam lebih sebelum masuknya waktu Maghrib. Sepatutnya penganjur kejohanan menghormati juga sensitiviti umat Islam di Malaysia ini. Sukan itu menyihatkan badan, tetapi jika sampai melalaikan manusia kepada tuntutan agama, apa hukumnya?, Apapun, kita amatlah berharap agar pasukan negara dapat merangkul kejuaran pada kali ini selepas melakukannya satu ketika dulu. Cuma, kepada seluruh peminat yang menyaksikan perlawanan akan datang, ingatlah! jangan sampai terleka memberi sokongan sampai terlupa tunai kewajipan masing-masing].
Share:

12 ulasan:

  1. msia menang sebab biq mama tk datang. klau tak lemas Hafiz

    BalasPadam
  2. tapi ada jgk penonton yg tunaikan tgjawab solat maghrib kat sana sbb ada surau di sediakan..tapi sebhgn je la kot sbb surau pun kecik sgt..penonton yg dtg bpuluh ribu..patutnya ruang solat biarlah besar utk menampung jemaah yg ramai..penganjur dan kementrian belia dan sukn patut peka dgn masalah ini..kata negara islam..hidup islam hidup pas forever..

    BalasPadam
  3. Kalau bab-bab solat mana ada org ambil peduli... kalau bab-bab judi semua terbukak bijik mata...

    Mufti UMNO pun x kata apa2....

    BalasPadam
  4. Pemain badminton tak menang pun tak kisahlah Habuan ribuan ringgit dan menanti mereka. Buat apa nak buang peluh perah keringat ?

    Itukan ajaran muzhab UNMO. Kalau tak caya, tengok jelah nanti.

    BalasPadam
  5. pemain malaysia.. kebanyakkannya lembik-lembik...nasib baikla lwn hafiz tu x segagah mana..kalau tidak dah lama 1 malaysia bungkus... mcm nasi lemak..

    BalasPadam
  6. Asik cari salah orang aja !!!!!
    Berilah cadangan yang bernas untuk selesaikan masaalah.......!

    BalasPadam
  7. nak beri cadangan macam mana ? dah pemain Malaysia macam agar-agar, nak buat macam mana lagi.

    Tengoklah nanti bila jumpa China...Chong Wei 50-50, Chun Han 95% kalah punya. Bergu utama ada harapan lagi, bergu kedua hanguslah, Hafiz baik balik uma, tengok cermin jer. Asyik nak control mancho je kat gelenggang. Wei, ini pertandinganlah, bukan latihan.

    Semangat, semangat 2010.

    BalasPadam
  8. org mcm hampa ni mmg tak sayang negara sendiri... yg tau nak kutuk org nak hina org...kalau hampa yg main aku rasa telur pun tak dan nak masak... tak gitu anon 3.20.

    BalasPadam
  9. HUAHAHAHAHA....AKU X MISS SEMBAHYANG. AKU X MISS SOKONG MALAYSIA...TAPI AKU BENCI TENGOK BIG MAMA KAT STADIUM. NASIB BAIK AKU TENGOK KAT RUMAH JE. HUHUHUHUHUHU

    BalasPadam
  10. Petang ni tau lah nasib !!!!!!!!!

    BalasPadam
  11. Siapa yang tak sayang negara sendiri ? Tapi mereka yang dah diberi tanggungjawap selalu mengabaikannya. Cuma pentingkan diri sendiri. Tu yang menyampah tu.

    BalasPadam
  12. 10.54 ! Bukan abaikan tanggung-jawab, kita ni bukan sentiasa sempurna, percaya lah kada' dan kadar, lepas sembahyang Jumaat ni kita ubah lah sikap dan berdoa semoga MALAYSIA BERJAYA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.