script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dr.Hasan Ali: Tsunami Kecil Bakal Melanda Arena Politik Negara Dengan Tertubuh "JATI" 21 Feb Ini!

KUALA LUMPUR 15 Feb - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali (foto) meramalkan “tsunami kecil” bakal melanda arena politik negara ini, dengan tertubuhnya sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), JATI pada 21 Februari ini. Ramalan itu, ditegaskan beliau dalam program “Dalam Radar” terbitan Bernama Radio24, semalam, adalah berdasarkan kepada sokongan padu yang diterimanya dalam siri jelajah ke seluruh negara baru-baru ini di mana puluhan ribuan penduduk turun padang untuk menyambut kehadirannya. Beliau berkata, gambaran dan sambutan awal yang diterimanya meyakinkan beliau bahawa masa hadapan pergerakan kuasa ketiga di Malaysia adalah cerah meskipun ia merupakan sesuatu yang baharu dalam arena politik negara. "Saya percaya blok kuasa ketiga yang dirancang ini akan datangkan impak besar, setidak-tidaknya kepada kumpulan masyarakat Malaysia yang sudah tahu berfikir. Mutakhir ini, rakyat Malaysia sudah jadi sebuah masyarakat pemikir yang mana mereka tidak akan mudah terima sesuatu yang dianggap basi. "Kehadiran kuasa ketiga berkenaan sesungguhnya akan menjadi lebih dominan dan besar untuk melancarkan satu sistem gerakan yang sangat diperlukan di Malaysia. Pemecatan saya daripada Pas yang pada awalnya tidak signifikan dan dikatakan hanya cetuskan gelombang kecil, kini telah jadi suatu gelombang besar,” kata Dr.Hasan Ali.

Share:

12 ulasan:

  1. Hassan sedang perasan ribu ribu orang tunggu dia.....biasa la motivator berkelulusan town planning la katakan....hampih.Keramat cuma 200 aje yang datang...aku belah dengar jap aje dia merepek

    BalasPadam
  2. Lebih baik dengar HA daripada dengar Anuar ngarut. Ada jugak isinya pasal islam.

    BalasPadam
  3. PKR dah takut. Sekurang-kurangnya ramai peminat tegar PKR beralih arah pada JATI pulak pasni. Hahahaha

    BalasPadam
  4. kesiah kawan yang dah masuk PKR malu dengan gelagat pemimpin
    mereka.

    BalasPadam
  5. HASSAN DAH JADI TUKANG KARUT...
    DAH TERPERASAN,konon ORG MINAT/SOKONG DIA..kahkahkah
    TUBUH PARTI SENDIRI LA, KALU DAH RATUS RIBU NYOKONG..
    PARTI BARU-"HTKM" -HASSAN TUKANG KARUT MALAYSIA... kahkahkahkah!!!!
    ada berani ka..!! kalu jantan...

    BalasPadam
  6. sokong idea Pak Hassang.... kuasa ke 3 akan berkubur selepas KITA. Dah le tu Pak Hassang hang masa duk dlm pas... dulu lagi aku dan ramai lagi cukup menyampah dgn hang. Yang duk ikut ponggong hang tu si Deris mamak jer pasal nak projek, tapi la ni dia pun dah jauhkan diri... pasai apa -- hang dah tak ada apa pun.

    BalasPadam
  7. harap2 HA tercapai impian nak jadi menteri besar selangor....dah kemaruk sgt nampaknya.....

    BalasPadam
  8. Majoriti rakyat Malaysia seribu kali lebih hormat Dr HA berbanding ulama Sesumpah Lidah Bercabang dan si Insan Laknat Anugerah Iblis itu.

    BalasPadam
  9. Mejority pengundi atas pagar sudah bealih arah,mereka tidak lagi mempercayai gabungan sesat PAS,PKR &DAP.Harapan untuk PR menang sudah hilang umpama kabus pagi,semuanya berpunca dari perangai gila Anwar, kegelojohan utk mendapat kuasa Pas,dan kesombongan DAP.

    Anwar:

    Isu seks,Israel dan Pluralisma ugama tidak dapat beliau tangkis lagi.Pas terpaksa menanggung malu kerana terus bersingkokol dgn Anwar,yg memberi petunjuk bahawa Pas memang cakap tak serupa bikin,rela bersama dgn orang yg di syaki dari segi moral dan akidahnya.

    Pas:

    Meninggalkan Negara Islam dan hudud secara tidak langsungnya membri gambaran,Pas parti retorik.

    Ucapan dan pandangan Nik Aziz yg sering mengelirukan dari segi ugama.Kalau dulu T.Mahathir pernah di tuduh cacat akidah keran mengaitkan jangut nabi dan pisau cukur,sekarang Nik Aziz sendiri,mengatakan sesuatu yg lebih dari itu.Pandangan dan ucapan Nik Aziz ini sudah banyak di kupas oleh ahli ugama ygboleh di simpulkan oleh pendengarsebagi 'sesat'.

    Pemecatan Dr.Hassan Ali,menunjukan Pas lebih zalim dari perbuatan Mahahthir memecat Anwar satu ketika dulu.Anwar di pecat kerana isu moral dan ekonomi,diberi peluang membela diri sebelum di pecat,tapi Dr.Hassan di pecat kerana mahu membela akidah di mana sikap ini bertentangan dgn Pas yg mahu menjaga hati DAP dan PKR.

    Banyak lagi hal-hal yg menunjukan Pas bukan parti yg mempunyai prinsip teguh,tapi lebih kepada gerakan untuk mendapat kuasa.

    DAP;

    Kesombongan pengikut DAP ,cukup menjadikan orang Melayu berhati-hati dan khuatir utk menerima parti tersebut bersama memerentah negara ini.

    BalasPadam
  10. Koi dah bosan dengan Anuar nie...bikin masyarakat kucar kacir..tahniah HA untuk ceramahmu di Bandar Tun Razak jengka sebentar tadi..bagi koi PAS tak perlu kerjasama dengan Nuar ni..PAS boleh bergerak maju tanpa "sokong" yang membawa rebah spt Nuar ni...

    BalasPadam
  11. Hanya segelintir manusia terencat akal saja yang masih taksub mendewakan Anwar. Sebaliknya orang yang bijak sedikitpun sudah muak dan nak termuntah dengan manusia BADUT ini.

    BalasPadam
  12. Bagi can kat Hassan Ali buang air liur dia, dah kering sok berentilah dia...cita2 nak pegang MB tak kesampaian, habis PRU13 ni nanti senyap lah dia, biarkan dia dengan cita2 besar nya, nyesal aku antor anak kursus motivasi kat kem dia, sebab anak aku sekarang pun ngutuk guru nya plak....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ECRL: Sultan Pahang Bertitah Jangan Sekadar Hanya Membina Stesen, Perlulah Dimanfaatkan Sebagai Hab Pertumbuhan Ekonomi Setempat

KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diharap menjadi titik perubahan kepada landskap pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur, s...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.