script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jawatankuasa "Himpunan Hijau 2.0" Serah Surat Pemberitahuan Program Itu Kepada Pihak Polis !!

KUANTAN, 15 Feb - Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini, bagi menyerahkan surat pemberitahuan program tersebut kepada Ketua Polis Daerah Kuantan. Surat yang ditandatangani oleh Setiausahanya, Bang Seet Ping (foto) antara lain memaklumkan kehadiran mereka ke IPD Kuantan adalah untuk melaporkan kepada pihak polis program yang akan diadakan di Padang MPK 1, berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I pada 26 Februari ini. Turut dimaklumkan bahawa program tersebut adalah inisiatif penduduk Kuantan yang bimbang tentang kesihatan dan masa depan anak-anak mereka. Tujuan program itu adalah untuk memperjuangkan kesejahteraan, kelestarian dan keadilan alam sekitar seperti yang terkandung dalam "Piagam Bumi". Turut dinayatakan program itu turut menjemput NGO seperti SUHAKAM dan Majlis Peguam Negara untuk memantaunya. Mereka juga berharap pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan menghormati hak berhimpun seperti yang tertera dalam Perlembagaan Malaysia, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Piagam Bumi. Mereka juga berharap agar pihak PDRM memberikan kerjasama memastikan program itu nanti dapat berjalan dengan lancar.


Jawatankuasa Himpunan Hijau bergambar di perkarangan IPD Kuantan

[Memandangkan, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob mengatakan Kerajaan Negeri Pahang mengalukan kehadiran peserta berhimpun secara aman pada hari itu nanti. Bahkan, MB juga khabarnya ingin meluangkan masa jika beliau tiada program lain pada hari tersebut. Maka itu, adalah diharapkan agar pihak polis dapat memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan program ini berjalan dengan aman dan selamat. Tidak perlu ada unsur-unsur provokasi yang keterlaluan oleh pihak tertentu. Rakyat punyai hak untuk menyatakan bantahan mereka walau pun kerajaan tetap dengan pendirian mengatakan kilang Lynas tidak berbahaya kepada penduduk. Risikonya tetap ada untuk kita membantah!].
Share:

12 ulasan:

  1. Diharapkan pihak MPK atau polis dapat arahkan perhimpunan ni diadakan ditempat lain. Jangan buat dekat padang MPK1 didepan masjid.

    BalasPadam
  2. Bang seet ni org Kuantan ke?

    BalasPadam
  3. TOK NAN DAH JANJI, BOLEH BUAT DEMO.. OK TU. DAH BIASA BUAT, TAK KECOH PUNYA KECUALI POLIS YG PROVOK...
    PENIAGA2 BOLEH BERNIAGA HARITU.. OK TU!! DUIT MASUK!! KUANTAN TAK KECOH PUNYA, 100% CAYA LA!!!
    AMAN... BOLEH SANTAI SAMBIL BERHIBUR DAN CARI NOTA2 TTG LYNAS, UNT BUAT BANDINGAN!! OK TU...!!!

    BalasPadam
  4. Kenapa perlu berhimpun di padang hadapan masjid..banyak lagi padang MPK..kat stadium ada, kemunting ada..

    BalasPadam
  5. Dah la area tu tempat paling sesak...aku rase jalan mmg jem teruk la..dh la one way je jln kt situ...aku sokong berhimpun tp tempat tu tak sesuai...

    BalasPadam
  6. Diharapkan pihak MPK atau polis dapat arahkan perhimpunan ni diadakan ditempat lain. Jangan buat dekat padang MPK1 didepan masjid. Jangan cemarkan dihadapan rumah ALLAH ni dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. AJK perhimpunan ni yang berbangsa melayu@islam tak terfikir ke semua ni?

    BalasPadam
  7. Jangan gadaikan maruah agama...

    BalasPadam
  8. ajk Islam dua org aje.. hok lain tu gang satu lagi..

    BalasPadam
  9. Nak buat, buatlah kat lain. Ko orang nak buat bising ke, menyanyi ke, nak baca sajak ke apa ke lantak koranglah. Janji jangan depan masjid.

    BalasPadam
  10. Mereka dah kehabisan modal,akhirnya mereka akan menggali lubang kubur sendiri,berhimpunlah selalu-selalu bagi orang makin menyampah pada kau orang.

    BalasPadam
  11. alah. kecoh sgt. ari tu us. azhar idrus buat dlm mesjid korang tak dtg pun...

    BalasPadam
  12. TAKUT JEM DOK RUMAH. 26HB HARI AHAD LA BRO

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ECRL: Sultan Pahang Bertitah Jangan Sekadar Hanya Membina Stesen, Perlulah Dimanfaatkan Sebagai Hab Pertumbuhan Ekonomi Setempat

KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diharap menjadi titik perubahan kepada landskap pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur, s...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.