KUALA LUMPUR, 15 Feb - Peserta mogok lapar yang turut mengancam membakar dirinya hari ini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh setelah mengalami dehidrasi ekoran tidak makan dan minum selama 24 jam. Gan Ee Seng (foto), 55 tahun bertindak demikian untuk terus mendesak kerajaan negeri Pahang yang masih gagal membayar wang sebanyak RM70 juta kepada syarikat pembalakan di mana beliau turut melabur. Bapa kepada tiga orang anak ini melabur di dalam syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan kelmarin memulakan mogok lapar beliau di Padang Kota Damansara dekat sini. Berbekalkan sebuah khemah dan tidur hanya beralaskan sekeping kotak, tindakan Gan ini menarik perhatian beberapa ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut meninjau keadaan beliau. Gan yang kelihatan lemah dan tidak bermaya hanya terbaring tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata walaupun kehadiran ramai pemberita dan orang awam di kawasan berkenaan. Beliau difahamkan turut mengalami masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan hanya diberi minuman sebelum van ambulans tiba. Antara yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, R Sivarasa (Subang) dan Tan Kok Wai (Cheras). Tan menyifatkan perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan memberi kesan kepada pelaburan di negeri berkenaan. “Kerajaan Negeri Pahang gagal untuk membayar sejumlah wang seperti yang diperintahkan mahkamah. Perkara ini tidak patut berlaku dan usaha Gan adalah supaya kerajaan negeri mengambil perhatian mengenai hal ini,” katanya kepada wartawan yang hadir.
Kerajaan Negeri Pahang Harus Bertanggungjawab
Sementara itu Lim pula berkata perkara tersebut pernah dibawa ke parlimen dan mahu kerajaan negeri Pahang serta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (foto), bertanggungjawab di atas perkara tersebut. Malah beliau turut mengarahkan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan polis untuk terus memantau Gan yang mengancam untuk membakar dirinya. “Saya akan mencuba yang terbaik untuk menghentikan hal seperti ini. Kami membantu apa yang mampu. Dan saya telah arahkan ahli MBPJ dan polis untuk berada di sini kerana beliau (Gan) mahu membakar dirinya,” kata Lim. Baik Lim mahupun Sivarasa, mereka tidak bersetuju dengan tindakan Gan membakar diri. Namun menyifatkan ia sebagai satu usaha berterusan untuk kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap isu ini. Pada September 2008, Kerajaan Negeri Pahang diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu. Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan. Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang dengan faedah pada kadar lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran. Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa Pengarah Perhutanan Negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai. Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik UMNO di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Kalau tuntut kerajaan Pahang diisytihar muflis boleh tak?
BalasPadamHAHA KELAKAR SUNGGUH LA STATE GOMEN NI.YB/X YB/KRONI KORANG BOLEH BG BIJIH BESI SAMPAI BERJUTA/RATUS RIBU PERMONTH INCOME SORANG.TP BERHUTANG TAK MAMPU NAK BAYAR.DARI BAGI DEPA BAIK LA MASUK DALAM ACC GOMEN TU.BOLEH JUGAK BAYAR HUTANG.TU PON TAK BULEH PIKIAQ.PELIK BIN AJAIB PAHANG YANG KAYA DENGAN HASIL BUMI NI.
BalasPadamPahang kaya dengan segala sumber asli tapi diperah oleh gulungan tertentu dan umum mengetahui sipaa itu 'gulungan kecil atau elite' itu. Selagi BN menerajui gormen Pahang dan Malaysia selagi itu negara ini akan terus menjunam ke lembah hutang yang sekarang ini telah mencecah 450 BILLION. Greece bangkerap sebab hutang berbillion-billion. Waktu itu yang akan berhadapan hutang ini adalah rakyat bukannya elite2 yang akan lari tinggalkan Malaysia menuju ke Australi, Indonesia dan kemana juga janji hidup bahgia. Tapi rakyat Malaysia akan jadi penggangur dan sebahagian perempuan akan jadi 'household maids' dinegara orang. Tapercaya UNDI LER BN.
BalasPadamBOLEH KE PERINTAH MAHKAMAH DI INGKAR..?? TAK KENA MASUK "LOKAP" KE PEGAWAI YG DIDAKWA??
BalasPadamAPA JADI..??
KALAU BEGITU MENGAPA, SEBOK NAK KENA LOKAP JE ORG INGKAR MAHKAMAH /TAK BAYAR HUTANG / ATAU DI "MUFLISKAN..??
LYNAS AKAN BEROPERASI "MAC 2012" INI. JANGAN BIMBANG BRO!!
BalasPadamKASI BAYAR PUNYA!!!
RM 5,000,000,000.00 HASIL, NAK BAYAR DUIT BALAK CUMA RM 65,000,000.00.
SIKIT JE TU, BRO.. JANGAN MELENTING LA!!.. ITU CUMA 1.3% SAJE MA!! KUKU SAJE MA!!
YE'LAH.NGAPA TAK AMBEK TINDAKAN? DAH TERANG DAN TERBUKTI SURUH BAYAR.APEKE HE NI? TAK PATUT..TAK PATUT.
BalasPadamApek ni yang dapat balak? Pastu tak jadi nak saman pulak. Sebelum ni apek nilah yang banyak bahan balaknya kat pahang ni. Padahal tak keluar satu sen pun hahahaha
BalasPadamKayalah apek ni kalu dapat. Anak bini sedara mara takyah keje sampai mampus. Boleh bukak kasino lagi hahahaha.
BalasPadamMenda takpenah posa. Melantak je sepanjang tahun. Lapar sikit dah tak tahan. hahaha
BalasPadampublisiti murahan...
BalasPadam