script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Penganjur "Himpunan Hijau", Di Perdaya, Padang MPK4 Ada Sukan Ragbi Hari Ini Dan Esok

KUANTAN, 25 Feb - Keputusan pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memberi kebenaran Himpunan Hijau di Padang MPK4 dekat sini, dilihat satu tindakan yang tidak wajar dan jelas cuba menipu pihak penganjur terbabit sebenarnya. Tinjauan krew kami ke lokasi berkenaan sebentar tadi, mendapati satu Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) Siri I anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) diadakan di padang itu mulai hari ini dan esok (25-26 Februari). Maknanya padang tersebut telah disewa dan akan digunakan untuk kejohanan terbabit. Maka, bagaimana pihak polis dan MPK boleh meluluskan kebenaran agar pihak penganjur Himpunan Hijau 2.0 berpindah dari lokasi asal (Padang MPK1) ke Padang MPK4 semalam?. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Masakan MPK tidak mendapat maklumat lanjut tentang apa-apa aktiviti di lokasi terbabit, atau mereka sengaja mahu memperdayakan pihak penganjur berkenaan. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan, dan jelas menghakis kepercayaan rakyat terhadap agensi terbabit. Sebelum ini di Padang MPK1, mereka mendakwa mahu mengadakan Kejohanan Futsal pada 15-26 Feb namun tiba-tiba ada pula projek ubah suai padang untuk persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini. Semua ini jelas menimbulkan tanda tanya, apakah kerajaan benarkan seperti di dakwa oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob atau rakyat perlu berhimpun dan bertempur dengan pihak berkuasa seperti biasa?. Nampaknya, harapan menjurus ke arah itu kini kian nampak tanda-tandanya. Maka, rakyat dan peserta diminta bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.


Bukti, kejohanan ragbi 7's MASUM siri I akan diadakan hari ini dan esok

Para peserta kejohanan ragbi sedang bersiap sedia untuk beraksi di padang

Dua pasukan ragbi tersebut sedang berlawan dalam kejohanan itu pagi tadi

[Sungguh mengejutkan bila ada acara sukan boleh diadakan di atas lokasi tapak, sedangkan MPK meluluskan tapak untuk Himpunan Hijau 2.0. Tidak mungkin pihak MPK tidak tahu ada kejohanan sukan di lokasi berkenaan. Sudah pasti perancangan untuk program tersebut sudah lama dilakukan. Maka, kenapa mereka boleh terlepas pandang dalam isu ini. Kemungkinan besar ini satu lagi permainan politik untuk menggagalkan himpunan esok. Apapun, semua pihak diminta bersabar dengan permainan ini. Jika mereka berbuat demikian maka eloklah rakyat dikerah turun ke jalanan bagi menyatakan bantahan mereka. Sokongan semua untuk meramaikan perhimpunan esok amatlah diharapkan demi kehidupan kita hari esok].
Share:

8 ulasan:

  1. Baru balik tengok perlawanan ragbi...best dari perhimpunan tu...

    BalasPadam
  2. Nampaknya kerajaan lebih "suka" rakyat membuat demontrasi di jalan rupanya.

    BalasPadam
  3. Mudah nya MELAYU DI TIPU HAHAHAHAHHAHA

    BalasPadam
  4. Nasib rakyat Pahang dapat MB samseng Dah MB gitu SS pula sombong ngan penjawat awam Dia kaya raya dapat lesen lombong kata nya ada 7 tapi guna proksi le asyik tukar penjawat awam tanpa fikir masaalah orang lain Ini petanda awal Pahang akan jatuh

    BalasPadam
  5. AKU NAK CAKAP ADNAN TAK BERBATU..MULUT JER BESAR TAPI PENANKUT TAIK... KALAU PR MEMERINTAH AKULAH ORANG PERTAMA AKAN SERGAH DIA...

    BalasPadam
  6. Umnco ni guru MURSHIDnya kan YAHUDI.

    Suka tipu sana sini sebab itu Palestin sampai sekarang tak aman.

    BalasPadam
  7. Ngapa tak main ragbi kat UMP bukan seberang tu ada padang....belajar jadi BANGANG ngapa?

    BalasPadam
  8. Radioactive material:-

    Lynas waste: Thorium 232 = 1-6 Bq/kg

    Cement product: Thorium 232 = 7-240Bq/kg

    Concrete product: Thorium 232 = 1-190 Bq/kg

    Tiles (Mozek) product: Thorium 232 = 20-200 Bq/kg

    Coal (Arang batu) plant: Thorium 232 = 4-69 Bq/kg

    Kaji & fahamkan dulu sebelum terpengaruh dengan agenda politik ni. Habis semua kilang simen, Petronas, stesen janakuasa arang batu kena tutup kalau standard Lynas pun tak boleh..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ECRL: Sultan Pahang Bertitah Jangan Sekadar Hanya Membina Stesen, Perlulah Dimanfaatkan Sebagai Hab Pertumbuhan Ekonomi Setempat

KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diharap menjadi titik perubahan kepada landskap pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur, s...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.