Kami sungguh terkejut dengan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), yang mencadangkan supaya ditambah sembilan lagi kerusi parlimen di negeri ini untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Kenyataan yang dibuat semasa Konvensyen UMNO Pahang di UITM Jengka baru-baru ini, jelas sekali merupakan satu niat tersirat setelah menjangkakan UMNO BN akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah dia kerja yang dilakukan oleh puak-puak UMNO apabila berada dalam keadaan terdesak. Sepatutnya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan bukannya Adnan. Tetapi, kenapa beliau begitu berani mengeluarkan kenyataan seperti itu. Bukankah ini menimbulkan keraguan sebenarnya. Sebelum ini, memang kita ketahui bahawa tindakan SPR adalah untuk membantu dan memastikan kemenangan BN dalam setiap kali musim pilihanraya. Malah, sudah beberapa kali kenyataan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam SPR ini. Mereka pernah membuat persempadanan semula bagi memecahkan monopoli undi Melayu yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Kini, dengan kenyataan Adnan itu seolah-olah mengiyakan lagi telahan kita selama ini. Ternyata UMNO mencari jalan untuk memastikan mereka tidak dikalahkan dalam pilihanraya umum akan datang. Cadangan Menteri Besar Pahang ini juga dilihat berbaur hasutan buat SPR sebenarnya. Mereka tidak berani berpijak dibumi yang nyata selepas melihat gelombang kebangkitan rakyat semakin memuncak sekarang ini. Justeru itu langkah terbaik ialah memperbanyakkan kerusi parlimen di kawasan selamat bagi membantu talian hayat BN yang semakin nazak kini. Ini juga membuktikan bahawa BN semakin terdesak untuk memastikan kemenangan mereka kali ini.
[Pilihanraya Umum ke-13 dijangka masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan di seluruh negara. BN kian nazak dan bakal ditamatkan diwayat hidup mereka bila-bila masa sahaja. Oleh itu rakyat perlu berani menyuarakan pandangan dan pendapat agar ia dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat mendapat info tentang kebenaran. Justeru itu, seluruh rakyat terutamanya yang berada di negeri Pahang diseru bersatu tenaga untuk membawa perubahan baru dalam pilihanraya umum akan datang. Sudah tiba masanya pemimpin yang terlalu lama berkuasa diberi tunjuk ajar. Jika tidak, maka mereka akan terus rakus menzalimi rakyat dengan berbagai tekanan yang cukup membimbangkan].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Jangan lah marah kat Abang Long kawan. Dia tu terencat akal, lagi banyak kerusi lagi acap bolih tunjuk punggong dia.
ni la dia contoh politik tak matang,macamana boleh jadi mb kalau sifir politik macam ni,bila terkena sikit,terkejut bukan main,tapi berasa nak jadi pejuang,alahai kesian nan yaakob,Pada peperangan salib yang diketuai oleh Saluhudin al ayubi menentang King Richard dipihak kristian,diwaktu itu King Richard tak datang berperang dengan Saluhudin al ayubi,maka ditanya oleh Saluhudin,mengapa King Richard tak datang berperang,maka dijawap oleh pihak krietian bahawa King Richard sedang sakit,maka pergilah Saluhudin melawat King Richard yang sedang sakit,Saluhudin beritahu King Richard 'Tuan sedang sakit,saya doakan tuan cepat sembuh dan kita boleh berperang lagi,Begitulah betapa hebatnya jati diri seorang pemimpin,yang bukan saja beristiqamah tapi bermaruah juga,walaupun menghadapi musuh,tidak diambil kesempatan dari peluang yang ada demi maruah islam,Pemimpin hari ini seperti diatas,baru ditunjuk sedikit sahaja oleh ALLAH SWT dalam pilihanraya yang lepas,itu pun dah menggelabah sehingga nak diperluaskan jumlah parlimen,walhal jumlah parlimen ini adalah dibawah kuasa spr,bukan pemimpin politik,semakin lama berkuasa sehingga terlebih anggaran kuasa.
apa lah korang nak marah jek..pikir positif lah sikit..ini akan wujud peluang perkerjaan pada rakyat yang berkemahiran bercakap..
bg la dia nak bg pendapat...lg pun bukannya muktamad...wakaka
Jangan bimbang abang long nan ada stratigi yang canggih untuk UMNO Pahang. Percayalah parti UMNO BN tak nazak yang nazak dan yang akan tumbang nanti ialah parti lawan parti pakatan rakyat tumbang dengan presiden dia sekali ANNUAR IBRAHIM. Percayalah.....insyallah!
Kalau puak dia orang memerintah nanti abis semua, sampai beruk kera pun kena liwat nanti, pas tu puak yang satu lagi tu nanti akan ajar seluruh masyarakat Malaysia mencarut, mencaci, memfitnah, derhaka kepada raja dan negara dan takde kerja lain asyik buat demonstrasi siang malam...bangsat punya puak!
macamana ada orang boleh yakin yang anwar tu seorang peliwat.Tolong tunjukkkan bukti yg boleh meyakinkan orang kerana setakat ni takde bukti yg boleh diterima
Yang percaya Anwar peliwat mesti lah yang dah kena liwat aje sebab yang tahu hanya dua orang iaitu yang kena dan tukang liwat sahaja. Tapi kalau si sinfull tu bukan kena liwat tapi makan hasil asshole.Pelik, siap simpan KY pulak tu. Satu dunia punya doktor pelik, tak ada kesan tusukan tapi mani ada dalam jubur sinfull, mesti kote besar lidi aja.Badut pun tak percaya.
pemikiran org humno memang bawah sikit dari lombu.sekarang saper yang sibuk demo sana sini mcm org hilang akal.dulu kata macam beruk sekrang dia buat mcm aper pulak..mcm makyeh kot..hehehehe
mabuk apa menteri ni...tak salah aku,persempadanan semula kawasan pilihanraya hanya boleh di buat di parlimen...itu pun kalau mendapat 2/3 undi.
kalau salah tolong maafkan saya...
maklumlah budak darjah 6.
Mungkin 'senjata' peliwat tu lebih kecil daripada lidi kot. Sebab tu tiada kesan tusukan. Cuma ada kesan air mani je.
Post a Comment