script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bolasepak: Amirulhadi Sah Milik Johor Darul Takzim !


PETALING JAYA - Kontroversi yang melibatkan bekas pemain sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal terungkai apabila Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) memutuskan beliau sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan. Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat hari ini telah mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang didapati meragukan. "Kontrak pemain Amirulhadi Zainal dengan PBNP pada pandangan kami meragukan dan oleh itu kami menganggap kontrak itu tidak sah," kata pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM semalam. "Kontrak itu menjadi sah kalau sekiranya kontrak itu ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan. Yang kedua, perlu dinyatakan dengan jelas apakah perkara-perkara, terma-terma, syarat-syarat perlu dinyatakan. "Dengan kata lain, kalau menandatangani kontrak kosong, itu tak sahlah. Kami mendapati ada keraguan dalam kontrak ini," kata Takiyuddin. Beliau bagaimanapun enggan menjelas lanjut berhubung kontrak Amirulhadi dengan PBNP. Menurut Takiyuddin, dalam kes melibatkan Amirulhadi itu, PBNP tidak berhak untuk menuntut sebarang pampasan daripada JDT mahupun daripada pemain berkenaan. Namun, Amirulhadi sendiri tidak terlepas begitu sahaja sebaliknya beliau dikenakan denda berjumlah RM25,000 berikutan kegagalan pemain itu dedahkan keadaan sebenar kepada JDT. Takiyuddin berkata, ketiga-tiga pihak dibenarkan kemukakan rayuan kepada FAM sebelum hari Rabu ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A+ SPM, Tuisyen Komuniti YASA-UMPSA 2025

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Road Tour Skor A+ SP...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.