script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warga "Indera Mahkota Dua" Bimbang Tanah Runtuh !


KUANTAN - Penduduk di sekitar Indera Mahkota 2 di sini masih bimbang kejadian tanah runtuh di kawasan mereka akan berlaku kembali. Khadijah Abdul Manaf, 47 berkata, persimpangan IM2/3 di sini seolah-olah menjadi laluan ‘maut’ mereka kerana bila-bila masa sahaja kejadian tanah runtuh boleh berlaku. Menurutnya, ketika musim banjir awal Disember lalu, tebing Sungai Talam di sini runtuh yang menyebabkan jalan raya mendap dan pokok tumbang. “Semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi kerana bimbang ia akan membahayakan nyawa kami pula. “Tambahan pula, laluan ini merupakan antara laluan utama penduduk untuk pergi kerja serta laluan pelajar sekolah rendah dan menengah,” katanya. Khadijah berkata, musim persekolahan akan bermula minggu depan dan berharap agar PBT terus pantau keadaan jalan di sini. Sementara itu, bagi Saifullah Afendi,27 berkata, keadaan tanah runtuh dan jalan mendap ini sudah lama berlaku. Menurutnya, hujan ketika musim tengkujuh ini menyebabkan keadaan jalan di laluan itu diancam tanah runtuh. “Saya membesar di sini dan kejadian tanah mendap memang sering berlaku. “Namun, atas inisiatif PBT, kawasan ini ditambun dengan tanah dan batu agar boleh dilalui,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.