script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Pahang Cadang MUIP 'Naik Kadar' Mahar Kahwin !


TEMERLOH - Pas Pahang meminta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyemak semula kadar mahar perkahwinan di negeri ini sebanyak RM22.50 yang dianggap terlalu rendah. Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu timbul semasa Mesyuarat Pertama Badan Perhubungan Pas Pahang, di sini apabila Pas Kawasan Pekan mengusulkan nilai mas kahwin dinaikkan kerana hampir semua harga barang meningkat. Menurutnya, Pas negeri akan memanjangkan usul ini kepada Muip dan harap ada pertimbangan untuk menaikkannya kepada satu nilai yang berpatutan mengikut keadaan semasa. “Pas Pekan cadangkan nilai mas kahwin dinaikkan pada kadar RM220.50, kami akan panjangkan perkara ini,” katanya pada sidang media, di sini. Tuan Ibrahim berkata, Pas Pahang telah menerima usul itu dan berpendirian perlu ada semakan semula oleh Muip. “Harga minyak (bahan api) pun setahun sampai tiga kali naik, jadi patut dah usul ini disemak semula,” katanya. Dalam perkembangan lain beliau berkata, seramai 2,000 sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Unit Amal Pas, Royalti (R) Anak, Anak Pahang di Perantauan dan Briged Nisa’ membantu mangsa banjir di Pahang, baru-baru ini. Menurutnya, sebanyak RM90,000 kutipan mangsa banjir akan diagihkan kepada Pas Kawasan yang terlibat banjir. “Ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan pakaian dan program Back To School kepada mangsa banjir,” katanya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Takpe.. Tok Mufti kata kadar tu relevan lagi.. Tak payah la politikkan sgt kadar tu. nanti jadi beban plak org nak kawin. Mahar naik, duit hantaran takkan turun punya. Duit hantaran tu la bleh jadi sebahagian pemberian suami kpd isteri. Takpe.. RM22.50 kira ok la. Pastu atas pihak pengantin la plak. Pihak pengantin boleh nak letak dalam akad tu kadar lebih daripada itu. Tak salah. RM 22.50 asas paling rendah. Jika nak tambah RM10K dalam akad bleh juga. So org yg miskin bleh kawin ikut kadar asas. Kadar asas utk elak org letak baah daripada itu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.