script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiga Lelaki Mengaku Tak Salah Rosakkan Kereta Polis


KUANTAN - Tiga lelaki termasuk seorang juvana berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan merosakkan kenderaan peronda polis Rabu lalu di Teluk Chempedak. Bagaimanapun, dua lelaki terbabit, Lian Siak Kong, 23, dan Lim Chee Seng, 20 mengaku tidak bersalah manakala juvana berkenaan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama melakukan khianat dengan sengaja dan membaling tin ‘snow spray’ dan menendang kereta peronda berkenaan . Akibat perbuatan tidak bermoral itu, mereka turut mengakibatkan kerugian sebanyak RM25 ke atas laluan hadapan sebuah kiosk makanan segera di pusat peranginan Kuantan itu pada 25 Disember, jam 12.30 tengah malam. Mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali mengarahkan dua tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM2,500 manakala juvana dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 sementara menanti laporan sosial. Noor Zaihan kemudiannya menetapkan tarikh 29 Januari depan untuk sebutan laporan akhlak bagi pesalah juvana dan pra bicara bagi Siak Seng dan Chee Seng. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Farahah Mod Nazari. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.