script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ADUN PAS Sumbangkan "Bantuan Sekolah" Percuma !!


KUANTAN - Riak gembira jelas terpancar di wajah ibu bapa kepada 550 kanak-kanak yang diberi kesempatan mendapatkan pakaian dan keperluan sekolah secara percuma di sebuah pasar raya di Balok, di sini, semalam. Program membeli belah barangan sekolah berkenaan dianjurkan Pusat Khidmat Dun Beserah dengan hasrat membantu golongan kurang berkemampuan termasuk mangsa banjir. Seorang penerima, Che Fisah Mohd Nor, 39, berkata, segala keperluan sekolah tiga anaknya yang berusia 7 hingga 11 tahun sudah lengkap apabila bantuan disalurkan. Menurutnya, dia dan suami tidak perlu bersusah payah menyediakan wang persiapan sekolah anak-anak. “Saya dan anak-anak cuma datang bawa kupon untuk ditukarkan kepada barangan sekolah. “Ini kali pertama keluarga saya terima bantuan sebegini dan ia amat bermakna memandangkan suami hanya bekerja sebagai pemandu lori ikan manakala saya pula suri rumah sepenuh masa,” katanya. Seorang lagi ibu, Rashidah Mustafa, 34, turut melahirkan rasa gembira kerana sebahagian perbelanjaan sekolah anak-anak sudah dibiayai. “Saya ada empat anak yang masih bersekolah dan dengan bantuan ini, tiga daripada mereka selesai membeli pakaian sekolah. “Bantuan sebegini seharusnya diteruskan memandangkan keperluan sekolah anak-anak sangat penting, sekali gus membantu meringankan beban,” katanya. Sementara itu, Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, program amal berkenaan bukan kali pertama dianjurkan tetapi kali ini berskala besar. “Ramai keluarga terjejas akibat banjir dan selebihnya terdiri daripada orang miskin serta memang wajar dibantu. “Selain membawa mereka membeli-belah, kami turut sediakan bas untuk berulang-alik bawa mereka yang sebahagian besarnya dari Chendor, Sungai Ular dan Cherating,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.