TEMERLOH - UMNO Bahagian Temerloh dengan gabungan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah usaha pihak tertentu yang mahu mengadakan perhimpunan haram menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.
Bantahan itu sebagai menyatakan kebimbangan badan gabungan tersebut terhadap gerakan di luar konteks budaya Malaysia yang mahu menggulingkan kerajaan pilihan rakyat.
Selain ahli UMNO Bahagian Temerloh termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri serta parti Gerakan, bantahan aman lebih 100 orang itu antaranya disertai oleh Kelab Warisan Inderapura, Persatuan Ketua Kampung Mukim Semantan, Persatuan Belia Aktif Bolok dan Persatuan Belia Sungai Kepong.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Nor Azmi Mat Ludin berkata, laporan polis turut dibuat di Balai Polis Lanchang bagi membolehkan pihak berkuasa keselamatan menjalankan penyiasatan segera ke atas penganjur yang terlibat.
Katanya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab bercadang mengadakan perhimpunan haram tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan ketenteraman.
"Kami memandang serius usaha yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu dan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan mengugat keselamatan negara.
"Kami mengutuk tindakan mengheret rakyat khususnya golongan muda untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi tulen negara ini," katanya kepada media semalam. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan