KUANTAN, 27 Dis - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini menafikan bahawa pihaknya memberi projek permbersihan kawasan banjir bernilai RM4 juta secara "direct award" kepada satu syarikat seperti yang didakwa sesetengah pihak. Isu itu panas apabila ada dikalangan mereka yang tidak berpuas hati dan sengaja menyebarkan fitnah berkenaan di laman sembang sosial Facebook baru-baru ini. "Itu fitnah semata-mata. MPK lantik 19 kontraktor yang berwibawa dan dapat disiapkan dalam tempoh 2 minggu dengan kos RM741000 saja. Bilangan rumah terlibat 9413 dan sisa banjir anggaran 14500 tan perlu dibersihkan dalam 35 hari dengan 142 lori yang sediada sahaja. Dengan melantik kontraktor menjadikan 277 buah lori dan kita dapat siapkan segera dalam tempoh dua minggu", kata satu kenyataan dari pihak berkuasa tempatan terbabit. Sementara itu, orang ramai yang ditemui berpuas hati dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik. Menurut seorang kontraktor "Dakwaan MPK beri projek itu kepada satu syarikat adalah tidak benar kerana saya juga mendapat kerja-kerja berkenaan terus daripada MPK.. Malah ketika taklimat saya dapati ada ramai lagi kontraktor berwibawa yang diberi projek berkenaan.. Ia projek emergency yang perlu disiapkan segera. Ramai juga sahabat-sahabat saya yang tidak dapat kerja berkenaan kerana tidak punyai cukup jentera seperti lori dan backhoe (JCB) seperti yang diminta... Maka, itu bagaimana ada pihak yang kata hanya satu syarikat yang dapat.. sedangkan ramai diantara kami buat kerja dirrect dengan MPK", kata kontraktor terbabit.
Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh kontraktor di Taman Sepakat
Backhoe (JCB) dan lori digunakan bagi memudahakan kerja-kerja berkaitan
[Tindakan pihak berkenaan yang membuat kenyataan rambang tanpa mendapatkan maklumat yang betul sebelum disebarkan adalah tidak wajar sama sekali. Difahamkan, pihak MPK telah pun memilih kontraktor berwibawa yang mempunyai kelengkapan jentera serta kepakaran bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan. Dalam tempoh yang singkat segala sampah, perabot dan barangan rumah yang rosak akibat banjir besar di Kuantan akhirnya berjaya dibersihkan. Projek segera susulan banjir besar yang melanda itu sememangnya telah diberikan kepada banyak syarikat dan bukanlah seperti yang didakwa oleh pihak terbabit. Justeru, orang ramai digesa tidak melayan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan imej Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menerusi laman sembang sosial seperti yang berlaku sekarang. Apa yang pasti segala kerja berkenaan telah diberikan secara telus dan adil kepada semua kontraktor terbabit dan bukannya kepada hanya satu syarikat seperti yang didakwa oleh pihak terbabit sebenarnya].








