MARAN - Seorang pesara yang pernah bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran, Abdul Mubim Yaakob, 81, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah daerah ini tahun ini.
Pegawai PAID Maran, Sharafuddin Saad berkata, pemilihan pesara itu dibuat berikutan kegiatan aktif Abdul Mubim menjalankan pelbagai aktiviti dakwah kepada semua golongan termasuk masyarakat Orang Asli di daerah ini.
"Walaupun sudah lama bersara, Abdul Mubim tetap aktif berdakwah dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh mengukuhkan syiar Islam," katanya selepas majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat daerah di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jabatan Agama Islam Pahang, Dr. Sharifuddin Aiza Osman dan Pegawai Pejabat Agama Daerah Maran, Sharafuddin Saad.
Majlis tersebut diserikan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Qasidah Ababul Mustofa dari Kemaman, Terengganu dan ceramah oleh Mudir Madrasah Darul Mustafa, Habib Naqjamuddin al-Khirid.
Terdahulu dalam ucapannya, Sharafuddin berkata, pemilihan tokoh tersebut sama ada di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada individu yang komited terhadap usaha memartabat dakwah Islam.
Tambahnya, jasa dan pengorbanan mereka terhadap kemajuan Islam dihargai rakyat dan kerajaan walaupun mereka tidak menyangka atau mengharapkan balasan selama ini.
Beliau juga menyeru umat Islam bersatu memerangi pelbagai isu berkaitan yang boleh melemahkan agama Islam.
#sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan